Pelbagai deretan filem menarik dan
pelbagai genre bakal menanti penonton serta penggemar filem Malaysia menerusi filem Astro First 2022.
Terbaru, filem pertama romantik drama yang akan dipersembahkan di platform
Astro First bagi tahun ini, GRACIAS BARCELONA bakal menemui penonton bermula
13 Januari ini Di Pawagam Rumah Anda, saluran 480. Filem terbitan Azura
Pictures ini mempertaruhkan gandingan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah
Bintang Popular 2015, Fathia Latiff bersama pelakon hebat, Kamal Adli. Ini
merupakan kemunculan semula Fathia Latiff menerusi filem dan penampilan
filem pertama Kamal Adli selepas berkahwin. Jom baca lebih lanjut untuk
mengetahui ulasan filem Gracias Bercelona.
Gracias Barcelona menjalani sesi penggambaran di Barcelona, Sepanyol dan
tentunya ia memaparkan sinematografi menarik buat tontonan. Antara lokasi
popular yang menjadi latar seperti La Sagrada Familia, Stadium Camp Nou
Football, Casa Batllo, Port Olympic Barcelona dan pantai Port Olimpic.
Malah, ia dipadatkan lagi dengan jalan cerita yang diinspirasikan daripada
pengalaman pelajar ketika berada di negara asing dan cabaran sekembali ke
tanah air untuk memulakan perjalanan kehidupan baru.
Fathia Latiff Kembali Bercinta Dengan Kamal Adli Di Sepanyol Dalam Gracias Bercelona
Berbeza dengan kebiasaan filem romantik, Gracias Barcelona mengetengahkan
kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhianati. Malah,
ia turut menyelitkan nilai kesetiaan dan cabaran yang dihadapi bagi pasangan
baru dalam menempa alam perkahwinan. Sementara itu, selain pelakon Fathia
Latiff sebagai Fathia dan Kamal Adli sebagai Kamal, barisan pelakon lain
yang turut menggerakkan jalan cerita ini adalah pelakon Afiq Muiz (sebagai
orang ketiga), Bell Ngasri (rakan baik Kamal) dan Aleza Shadan (ibu Fathia).
Filem ini turut diiringi dengan lagu tema utama bertajuk ‘Gracias
Barcelona’, nyanyian Nadia Hasnan, lirik oleh Leaism dan komposer oleh El
Moe Hussaini. Mengikut tema filem, lagu ini turut digubah mengikut rentak
Spanish, Flamenco dan Latin.
Gracias Barcelona mengisahkan tentang Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta
sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke
Malaysia . Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas
dengan ujian alam perkahwinan. Siapa yang melukakan dan terluka?
Tajuk : Gracias Barcelona
Genre : Drama Romantik
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Azura Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Malaysia
Durasi Filem : 90 minit
Jumlah Hari Penggambaran : 14 hari
Tarikh Penggambaran : 2016
Lokasi Penggambaran : Barcelona, Sepanyol & Klang Valley, Malaysia
Tarikh Tayangan di Astro First : 13 Januari 2022
BARISAN PELAKON
Kamal Adli sbg Kamal
Fathia Latiff sbg Fatiha
Afiq Muiz sbg Adam
Bell Ngasri sbg Azraf
Sinopsis Filem Gracias Bercelona
Kamal bertemu Fatiha di Barcelona, Sepanyol ketika mereka menjadi pelajar di
Universiti yang sama. Pertemuan yang pada mulanya tiada membibitkan apa-apa
perasaan, akhirnya bertukar kepada rasa cinta. Demi menghalalkan sebuah
perhubungan, terutama ketika di negara asing, mereka mengambil keputusan
untuk bernikah tanpa pengetahuan keluarga di tanah air. Kasih sayang Kamal
terhadap Fatiha terlalu mendalam, tiada yang dapat memisahkan mereka dan
sanggup berkorban apa saja demi Fatiha. Kehidupan dan dugaan hidup di negara
asing berlainan, tiada dugaan dari keadaan sekeliling atau dari pihak
ketiga.
Sekembalinya mereka ke tanahair, Fatiha sedang mengandung. Keluarga yang
terasa dipinggirkan kerana tidak diberitahu akan perkahwinan mereka, mula
menyisihkan diri. Tidak seperti yang dijangkakan, walaupun Kamal dan Fatiha
mempunyai ijazah luar negara, sekembalinya mereka ke Malaysia, mereka masih
tidak mendapat peluang pekerjaan yang berpatutan dengan kelayakan mereka.
Hiduplah Kamal dan Fatiha dalam serba kesempitan, apatah lagi dengan
kehadiran bayi.
Dugaan dan ujian mula mendatang apabila dihimpit kesempitan hidup. Kasih
Fatiha terhadap Kamal mula tergugat. Barulah Fatiha rasakan yang dia belum
bersedia untuk hidup bekeluarga dan membesarkan seorang bayi dalam usia
muda. Naluri mudanya mula mendambakan kesenangan hidup, tidak mahu memikul
tanggungjawab membesarkan bayi dan hidup dalam kesempitan dengan suami yang
tidak dapat memberinya kesenangan hidup.
Kehadiran kekasih lama Adam menambahkan konflik cinta Kamal dan Fatiha.
Fatiha meninggalkan suami dan anak demi mengejar kesenangan hidup, lupa
segala janji pada Kamal untuk sentiasa setia hidup bersama dalam susah dan
senang. Kamal membawa diri mengembara ke negara negara di Eropah demi untuk
melupakan kelukaan di hatinya. Akhirnya, Fatiha tersedar dari
keterlanjurannya yang lari dari masalah dan mengejar kesenangan, hingga
melupakan cinta dan kasih yang kuat tersimpul mati di hati Kamal.
Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam
Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022. Untuk melanggan sila ke
saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan
hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara
berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi
akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.