Sambut Ketibaan Tahun Harimau Dengan Peraduan Menang Emas KITKAT - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sambut Ketibaan Tahun Harimau Dengan Peraduan Menang Emas KITKAT

Trending

Sambut Ketibaan Tahun Harimau Dengan Peraduan Menang Emas KITKAT

Sambut ketibaan Tahun Harimau Dengan Peraduan Menang Emas KITKAT | Tahun Baharu merupakan titik permulaan sebuah perjalanan yang mengujakan buat ramai orang. Pada masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk meraikan segala pencapaian dan kenangan yang dikecapi sepanjang tahun bersama keluarga dan kawan kawan. Tahun ini, jenama konfeksioneri terkemuka di Malaysia, KITKAT ingin mengajak semua pengguna untuk “Kongsikan Kasih Sayang, Kongsikan Detik Keemasan” pada musim perayaan ini. Untuk menyempurnakan saat penuh bermakna ini, rangkaian KITKAT Gold edisi terhad amat sesuai diberikan sebagai hadiah kepada sanak taulan dan rakan bagi meraikan semangat kekitaan pada Tahun Baru Cina yang akan datang.


Keseronokan dalam bertukar-tukar hadiah, atau berkongsi sekotak coklat dengan orang tersayang adalah detik yang cukup indah untuk dinikmati. Tahun ini KITKAT Malaysia berbesar hati untuk menawarkan pek perayaan dengan reka bentuk yang lebih unik, yang cukup sesuai untuk dikongsikan atau dihadiahkan kepada orang yang tersayang.


Rangkaian KITKAT Gold Edisi Terhad Dengan Kotak Penyimpanan KITKAT Prosperity CNY

Rangkaian KITKAT Gold Edisi Terhad didatangkan dalam rekaan eksklusif bungkusan emas yang diserlahkan lagi dengan elemen-elemen perayaan yang bersinar dan berkilauan, sesuai bukan sahaja untuk dikongsi bersama malahan juga diberikan sebagai hadiah perayaan untuk Krismas dan Tahun Baru Cina. Rangkaian edisi terhad ini terdiri daripada pelbagai jenis pek-pek istimewa termasuklah KITKAT Gold 4 Jejari Tunggal, Beg Perkongsian KITKAT Gold, Sarung Beg Perkongsian Perayaan KITKAT 12 kepingan, Sarung Perayaan KITKAT Bar, KITKAT Senses, KITKAT Cele-break dan kotak penyimpanan KITKAT Prosperity CNY.


KITKAT Gold menawarkan wafer rangup istimewa KITKAT yang disaluti gabungan dua lapisan coklat - coklat kuningan emas (di atas) dan coklat susu halus (di bawah), disempurnakan lagi dengan rasa kaya kacang dan mentega. Memberikan anda pengalaman yang unik dan mempesonakan dalam setiap gigitan.


Jom Sertai Peraduan Menang Emas KITKAT Sempena Tahun Harimau 2022

Sempena tahun Harimau yang bertuah bagi Tahun Baru Cina kali ini, KITKAT juga ingin berkongsi detik keemasan (Golden Break) bersama para pengguna melalui pelancaran Peraduan Menang Emas KITKAT. Peraduan unik ini yang bermula dari 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022, menawarkan hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM460,000 untuk dimenangi.

• HADIAH UTAMA: Jongkong Emas 4 Jejari KITKAT - 10 x pemenang (bernilai RM16,000 setiap satu)
• Hadiah Pertama : RM8,888 - 12 x pemenang
• Hadiah Istimewa : RM888 – 18 x pemenang
• Hadiah Mingguan : RM188 - 80 x pemenang mingguan

Cara penyertaan peraduan:

• Langkah 1 : Beli mana-mana produk KITKAT Konfeksioneri bernilai RM8 dan ke atas dalam satu resit
• Langkah 2 : Tulis nama dan nombor Kad Pengenalan (seperti tertera pada Kad Pengenalan) di atas resit pembelian asal;
• Langkah 3 : Tangkap gambar resit tersebut dengan jelas
• Langkah 4 : Hantarkan gambar resit melalui WhatsApp ke 018-228 3911


#KITKATEasyRecipeasy

KITKAT Gold juga ingin berkongsi resipi kek dan kuih istimewa (KITKATEasyRecipeasy) yang menggunakan KITKAT Gold edisi terhad. KITKAT mengajak para peminatnya untuk mencuba dan menikmati ciptaan lazat baharu ini bersama orang tersayang!

KITKAT Gold Tiramisu (Klik untuk resepi)


KITKAT Gold Crème Brulee donuts (klik untuk resepi)


Anda boleh tonton video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan dilancarkan melalui https://www.youtube.com/KitKatMalaysia

Kunjungi laman sosial mereka di https://www.facebook.com/kitkatmalaysia untuk maklumat lanjut.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post