Hi semua! Minggu lepas Kak Bell sempat menjengah ke NSK Grocer Quill City
Mall yang baru dibuka di pusat bandar Kuala Lumpur. Selalu kalau nak
shopping barang dapur pergi jugalah ke NSK Kuchai Lama. Bezanya, NSK Grocer
ni sebuah kedai runcit moden dan inovatif pertama terbesar NSK sebagai
rangkaian pemborong dan peruncit tempatan di Malaysia.
NSK Grocer Quill City Mall Kuala Lumpur Gedung Runcit Moden Terbesar Kumpulan NSK
NSK Grocer ini dikatakan gedung runcit moden terbesar denagn konsep kedai
runcit moden baharu yang pertama di Kuala Lumpur. Ruang dalamnya berkeluasan
85,000 kaki persegi yang merangkumi bahagian makanan, barangan kering,
barangan basah dan juga ada bahagian borong. Memang luas gila, bersih dan
sangat selesa kalau nak datang memborong. Sesuailah dengan lokasinya di
tengah-tengah bandar KL kan.
Pelancaran NSK Grocer haritu telah diadakan pada 8 Januari 2022 dan
pelanggan yang hadir semasa hari pelancaran berpeluang dapat baucar tunai
RM100 secara percuma untuk 100 pelanggan terawal. Bukan itu sahaja, 1000
pelanggan terawal akan dapat buah limau dan juga pelbagai promosi istimewa
seperti Harga Gempak selama 1 Jam dimana barangan terpilih dijual dengan
harga RM1 sahaja.
Kak Bell pergi haritu semasa hari sebelum pelancaran. Sempatlah Kak Bell
usha socmed katanya seawal subuh dah ada orang beratur ya. Memang tidaklah
Kak Bell nak berebut pergi. Tak apalah pergi hari lain semasa dalam tempoh
harga promosi. Sempatlah beli sedikit barang dan bestnya ada bahagian yang
menjual bunga atau tanaman hidup. Mana yang mencari pokok keladi viral tu
bolehlah datang sini.
Masa datang haritu, Kak Bell juga ada try makan di food court atau kedai
makan di sana. Asam laksa dia memang sedap sangat. Nanti nak datang cuba
makan menu yang lain pulak.
NSK adalah tempat biasa kalau nak beli barang secara borong atau pukal.
Konsep ala-ala luas macam IKEA gitu la. Memang sangat menjimatkan dan semua
barangan ada di bawah satu bumbung.
Lokasi & Waktu Operasi NSK Grocer Quill City Mall KL
Kalau nak datang sini, sangatlah mudah samada naik kenderaan sendiri, naik
Grab atau naik Monorel berhenti dekat stesen Medan Tuanku. Kak Bell haritu
pergi dengan Grab sebab jalan menuju parking tu agak sempit. Kalau bawak
keta besar maunya Kak Bell langgar dinding. Haha. Lokasi dan waktu operasi
NSK Grocer Quill City Mall KL seprti berikut:
NSK Grocer
LG-19-21 Lower Ground
Quill City Mall KL.
9.00 pagi hingga 11.00 malam
Untuk maklumat lanjut mengenai Qull City Mall Kuala Lumpur, sila layari
https://www.quillcitymall.com.my/.
Tags:
Santai