Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Trending

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Masakan salai selalunya dikaitkan dengan Negeri Sembilan. Apa saja tak disalainya, daging lembu, itik, ayam dan ikan keli antara menu yang popular. Teknik menyalai ni digunakan dalam kebanyakan masakan mereka sebelum dimasukkan ke dalam masak lemak cili api yang tidak menggunakan bawang dan wajib ada kunyit hidup! (cara salai daging Negeri Sembilan). Kali ini Kak Bell nak berkongsi mengenai Daging Salai Cik Lyn yang telah rasmi dilancarkan baru-baru ini di Hotel Impiana KLCC. Jom ikuti review Daging Salai Cik Lyn, menu yang telah Kak Bell cuba dan perbezaan keunikan rasanya.

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Apa Itu Daging Salai, Beza Salai Dengan Bakar

Salai ialah kaedah menyediakan daging yang diamalkan sejak zaman prasejarah. Daging diletakkan di atas para di salai/ di asapkan sehingga daging menjadi kering dan bertujuan untuk mengawet makanan supaya tahan lebih lama. Beza salai dengan bakar adalah proses menyalai menggunakan haba dari bara api dan asap serta dimasak dalam ruang tertutup seperti rumah salai untuk mendapatkan aroma salai.


Majlis Pelancaran Daging Salai Cik Lyn

Majlis pelancaran produk daging salai Cik Lyn ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Di majlis yang sama turut diadakan sesi menandatangai perjanjian persafahaman MoU diantara Cik Lyn Smoked Mansion dan juga Koperasi Harapan Mutiara Pulau Pinang Berhad sebagai pengedar di bahagian negeri utara.

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Majlis pelancaran turut diserikan dengan sesi demonstrasi masakan oleh Dato Chef Ismail bersama Tan Sri Noh dan isteri untuk menyediakan hidangan daging salai masak lemak dan kerabu lawa daging salai. Acara juga dihoskan dengan personaliti TV tidak asing lagi, Maria Tunku Sabri.


Daging Salai Cik Lyn Dibuat Di Cik Lyn Smoked Mansion Terengganu

Awalnya Cik Lyn Smoked Mansion, adalah sebuah smoked house yang kecil dan kini syarikat pengilangan Cik Lyn Smoked Mansion yang terletak di Terengganu sudah mampu meningkatkan dan memperbesarkan lagi keupayaannya dalam aspek pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk daging salai Cik Lyn.

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Melalui syarikatnya, Mozlyn.com, pengasasnya Puan Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew mempunyai misi sebagai syarikat bumiputra muslim yang dapat menerokai pasaran antarabangsa seterusnya memajukan dan meningkatkan ekonomi bumiputera.

Perniagaan Daging Salai Cik Lyn telah di mulakan pada tahun 2020 sepenuhnya oleh Lynda Chew, seorang usahawanita yang gigih dalam bidang perniagaan. Berpendidikan dalam ijazah sarjana muda seni reka Dalaman & Luaran dan sebelum ini Puan Lynda pernah menjadi pereka seni bina kontena (kontraktor) yang kebanyakan di dominasikan oleh kaum lelaki. Puan Lynda Chew juga terlibat dalam beberapa sukarelawan, koperasi & persatuan. Beliau juga turut memberi bantuan & sumbangan di masa saat-saat getir pandemik dan ketika bencana banjir baru-baru ini.


Beliau juga telah mencapai kejayaan dalam beberapa bidang perniagaan sebelum ini dan mempunyai sebuah kedai spa dan bengkel besi (fabrication). Apabila pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun 2020, beliau telah menceburi dan menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan daging salainya. Dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2021 dan menubuhkan operasi rumah salai (smoked house) di Besut, Terengganu. Untuk makluman, Puan Lynda Chew juga bakal menerima Anugerah Outstanding Women Award Sabah 2022 bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2022.

Daging Salai Cik Lyn Menggunakan 100% Tempurung Kelapa

Daging Salai Cik Lyn yang berasaskan daging & itik (Wek-Wek Salai) dihasilkan melalui proses salai menggunakan 100% tempurung kelapa dan tidak menggunakan kayu atau oven. Proses pembakarannya mengambil masa sehingga 4-5 jam bagi menghasilkan aroma salai yang menyelerakan dan unik.

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Sebagai sebuah syarikat produk Muslim Halal, daging yang dipilih adalah daging berkualiti premium yang bermutu dan mempunyai tekstur rasa yang istimewa, manakala itik pula adalah itik organic yang sihat dan berkualiti. Daging salai mereka hanya mengandungi 5% lemak dan lebih sihat berbanding daging salai biasa.

Diantara keistimewaan daging salai keluaran Mozlyn.com ini adalah:
  • Rempah rahsia yang digunakan adalah gabungan resepi tradisional dan Western bagi menghasilkan citarasa yang luar biasa & unik
  • Dapur rekaan khas untuk mengekalkan pengasapan (proses salai)
  • Menggunakan 100% tempurung kelapa sebagai bahan bakar secara tradisional

Daging/Itik Salai Cik Lyn mempunyai 3 perisa iaitu Moist, BlackPepper & Spicy dan datang dalam 4 jenis saiz berbeza iaitu 150gm, 300gm, 200gm & 500gm. Isian 150gm hanya boleh didapati di stesyen minyak sahaja manakala saiz lain boleh didapati di pasaraya.


Cara Penyimpanan Daging Salai, Daging Salai Tahan Berapa Lama?
Untuk makluman, daging salai yang dipasarkan telah dimasak. Cara penyimpanan daging salai seperti berikut:
  • Simpan di peti sejuk (freezer) untuk daging tahan lebih 6 bulan.
  • Bertahan di suhu biasa/luar selama 7-8 hari saja. Elakkan tempat yang panas.
  • Simpan di chiller daging tahan dalam tempoh masa sebulan atau kurang
  • Daging tak perlu direbus dulu sebelum di masak.

Menu Resepi Daging Salai Cik Lyn
Semasa majlis pelancaran, Kak Bell dapat merasa beberapa hidangan resepi daging salai Cik Lyn seperti menu daging salai masak lemak cili api, daging salai masak lawa, Sushi daging salai cik lyn, kebab dan beberapa menu lain. Dagingnya cukup lembut dan aroma salainya memang sedap! Jadi tidak tidak perlu masak terlalu lama dan ianya menjimatkan masa didapur!

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli


Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Memandangkan sambutan yang baik terhadap permintaan daging salai sejak beroperasi syarikat pengilangan Cik Lyn smoked mansion telah membuat perancangan untuk memperbesarkan perniagaan daging salai ke pasaran dalam negara Asia Timur, Asia Tenggara, Timur Tengah dan seterusnya ke peringkat Eropah dan Amerika. Buat masa sekarang, rundingan sedang dibuat dengan beberapa negara luar seperti Morocco, Singapura dan Brunei atas permintaan membekalkan daging & itik salai Cik Lyn.

Review Daging Salai Cik Lyn Resepi Asli

Syarikat Mozlyn.com juga dalam perancangan untuk pembinaan Kiosk Mozlyn mampu milik dan pembukaan kafe atau Restaurant Francise My Way. Produk mereka sudah mula berada di pasaran dilokasi berikut:

1. Pasaraya Merhaba
2. Pasaraya Ikhwan
3. Jaya Grocer
4. Rosyam Mart
5. Shell Seremban
6. Shell Karak Highway (arah Kuantan) Bentong
7. Shell Karaka arah KL (Bentong)
8. Petronas Klang (Taman Rishna)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman di bawah.

IG: @dagingsalai.ciklyn

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post