Timba Ilmu Pengetahuan Luar Bilik Darjah Di Tempat Menarik Di KL Dan
Selangor | Rombongan lawatan sambal belajar merupakan aktiviti yang sangat
menyeronokkan dan ianya paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar, tidak kira
di peringkat Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah. Program lawatan
seperti ini akan membantu para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan yang
berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas. Susulan pembukaan semula sesi
persekolahan bagi tahun 2022, ketahui 6 tempat lawatan sambil belajar di
Selangor dan Kuala Lumpur yang menarik untuk dilawati.
Muzium Coklat terletak di Kota Damansara dan telah beroperasi sejak tahun
2013. Muzium Coklat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini mengalu-alukan
kedatangan para pelajar untuk membuat lawatan dan pada masa yang sama 3
elemen asas iaitu, pendidikan mengenai koko dan coklat, proses pembuatan
coklat dan pembelian coklat keluaran tempatan. Paling menyeronokkan, pihak
Chocolate Museum akan membuat
demonstrasi pembuatan coklat secara langsung dan para pelajar dapat merasai
coklat yang dihasilkan!
Pastinya semua orang tahu mengenai Zoo Negara dan pernah melawatinya. Zoo
Negara menyediakan sesi seminar dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti
pemuliharaan dan pengurusan hidupan liar. Lawatan ini dapat memberi
pengetahuan tentang tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dan
keselamatan awam. Ini adalah selaras dengan matlamat utama Zoo Negara iaitu
pemuliharaan hidupan liar. Selain itu, pihak Zoo turut menyediakan satu
program yang dinamakan Zoo Camp Programme yang merangkumi aktiviti Night
Walk, Wildlife Enrichment Programme dan Campfire.
Untuk makluman Zoo Negara tidak termasuk dalam senarai tempat menarik di
kuala lumpur percuma. Ada bayaran masuk ke
Zoo Negara
dan hanya percuma untuk warga OKU (sila kemukakan kad OKU).
Walaubagaimanapun, Zoo Negara Malaysia ada menawarkan tiket masuk percuma
sebagai hadiah hari lahir khas untuk semua warganagera Malaysia sahaja. Anda
hanya perlu bawa myKad/myKid untuk pengesahan di kaunter tiket dan tiket
kemasukkan percuma selama 30 hari dari tarikh lahir anda.
Selangor Fruit Valley terletak di Bestari Jaya. Kawasan yang terbentang luas
dengan pelbagai daya tarikan membolehkan para pelajar untuk mengalami
sendiri pengalaman aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah
tempatan dan sayur-sayuran yang segar. Pelbagai aktiviti menarik yang
terkandung dalam program lawatan tersebut termasuk aktiviti memetik sayur
dan menoreh getah, lawatan ke taman haiwan dan rumah kampung, serta pelbagai
lagi.
Lawatan ke Kampung Sungai Sireh dan Kampung Haji Dorani akan memberi
pengalaman yang sangat memuaskan dan menggembirakan kepada para pelajar!
Disini, mereka dapat merasai suasana kampung dan mempelajari sendiri cara
kehidupan orang kampung. Aktiviti seperti menggagau ikan dan menganyam daun
kelapa, serta lawatan ke sawah padi dan rumah tradisional turut ditawarkan
di sini. Lokasi ni juga memang terkenal sebagai tempat penginapan menarik di
Selangor.
Antara tempat menarik untuk program lawatan sambil belajar adalah di
Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong.
Mempunyai keluasan 600 hektar dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit
Lagong, ia menawarkan pelbagai aktiviti alam semulajadi kepada para pelajar.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berjoging di Rover Track,
berkelah, berbasikal serta dapat mempelajari mengenai keunikan alam semula
jadi. Para pelajar juga tentu terpegun melihat keindahan sekililing di FRIM.
FRIM juga tidak termasuk sebagai daftar tempat menarik di Selangor yang
percuma. Pas masuk percuma hanya untuk kanak-kanak atau pelajar Malaysia
(ketika dalam pakaian sekolah) dan juga percuma untuk warga OKU. Boleh semak
pass admission fees
di sini.
Taman Botani Negara Shah Alam merupakan salah satu tarikan yang tidak asing
lagi di Negeri Selangor. Mula dibangunkan pada 24 April 1986, Taman Botani
Negara telah menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan,
penyelidikan, pemuliharaan bagi pembangunan botani dan lain-lain yang
berkaitan dengannya. Ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk membawa para
pelajar untuk mempelajari proses penanaman bunga, lawatan ke taman haiwan,
nature walk dan penjagaan alam sekitar. Selain itu, kemudahan yang
disediakan seperti tram akan membuat lawatan ini lebih menyeronokkan!
Tidak dinafikan lagi, program lawatan sambil belajar adalah sangat
menyeronokkan bagi para pelajar, malah banyak perkara boleh dipelajari
mereka. Lawatan sambil belajar ke tempat menarik di kl dan Selangor tentunya
akan memberikan sebuah pengalaman pembelajaran yang tidak akan dilupakan.
Memang sesuai sebagai tempat menarik untuk dating dengan anak-anak dan
keluarga.
Walau bagaimanapun, para pelajar serta pengunjung adalah diingatkan untuk
sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan
Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara
seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di
tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Pihak sekolah atau para ibubapa juga boleh melayari laman sesawang rasmi
Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam
merancang program lawatan ke Negeri Selangor atau terus ikuti laman media
sosial rasmi Tourism Selangor.