14 Peserta The Masked Singer Malaysia Kembali Bersiaran Untuk Musim
Kedua
| Program realiti pertandingan nyanyian penuh misteri yang berjaya
mencetuskan fenomena di musim pertamanya pada September 2020 lalu kini
kembali! The Masked Singer Malaysia full episode musim kedua akan mula
bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di
saluran Astro Warna HD (107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di
aplikasi Astro GO dan On Demand.
Seperti sedia maklum, program ini merupakan idea asal daripada program
nyanyian di Korea iaitu The King Of Mask Singer kini dibawa untuk versi
Malaysia. Program ini juga diadaptasi di negara-negara lain seperti
Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat, di mana ia berjaya
mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai.
Sama seperti musim pertamanya dan mengekalkan format asal program realiti
‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta The Masked Singer Malaysia musim
ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh dan menyembunyikan identiti
masing-masing. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan
dipertaruhkan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu
sehinggalah dinobatkan sebagai juara.Siapakah mereka di sebalik kostum ini?
Nantikan, 28 Januari ini untuk mengetahui identity masked singer malaysia
musim kedua!
Sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul
dinobatkan sebagai pemenang masked singer malaysia musim pertama selepas
menewaskan 11 peserta yang lain dalam kostum Bunga Raya The Masked Singer
Malaysia. Tempat kedua pula ialah Vanessa Ben dalam kostum rajah brooke the
masked singer malaysia dan di tempat ketiga dimenangi oleh Tuju untuk kostum
orang utan the masked singer.
Kini The Masked Singer Malaysia musim kedua bakal membuka tirainya semula
dengan kehadiran 14 orang barisan selebriti terkemuka negara, terdiri dari
nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi,
pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan
ramai lagi. Mereka akan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat
nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri yang juga terdiri dari figura
dihormati dalam industri.
Peserta The Masked Singer Malaysia 2022
Untuk musim kedua ini ada sedikit penambahan apabila peserta The Masked
Singer Malaysia 2022 dinaikkan kepada 14 orang yang terdiri daripada
selebriti dengan pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, pelawak,
influencer dan ramai lagi.
Untuk musim ini, terdapat 14 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh
barisan peserta. Senarai masked singer malaysia 2 adalah Bujang Senang,
Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim
Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung.
Kesemua kostum ini direka khas oleh Akma Suriati Awang, individu yang
bertanggungjawab membawakan kostum-kostum pada musim pertama sebelum ini.
Beliau memiliki lebih 50 tahun pengalaman dalam rekaan dan perundingan
fesyen.
Selain berkarya sebagai penatarias industri filem, beliau juga
bertanggungjawab untuk rekaan kostum bagi pelbagai produksi teater mega
seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Siti Di Alam Fantasi’, ‘Mahsuri’,
‘Puteri Gunung Ledang’, dan ‘Chow Kit Road’. Tahun ini, pereka fesyen
terkenal, Hatta Dolmat turut menyerikan kostum “The Masked Singer Malaysia
2” dengan sentuhan beliau dalam pelbagaikan gaya kostum ketika persembahan.
Barisan Juri Untuk The Masked Singer Malaysia 2
Musim ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan (9) orang figura
yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri yang mana mereka
ini diberikan penghormatan untuk menduduki kerusi Juri Tetap. Barisan Juri
Untuk The Masked Singer Malaysia 2 adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael
Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura,
Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala, menggalas tugas Hos pula
adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal.
Terdahulu, program The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatat
sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Best TV
Format Adaptation (non-scripted) di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos
lalu. Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri
kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun,
Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Untuk musim ini, program ini akan bersiaran dalam durasi dua jam & dua
setengah jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi
rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Program realiti The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi
dengan siri Live+ yang bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 8.30
malam, mulai 28 Januari 2022. Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan
Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta
di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang
program berlangsung.
Sementara itu SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk
musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.