Amalan Zikir Harian Rumi, Zikir Isnin Hingga Zikir Ahad | Zikir adalah perkataan Arab yang bermaksud ingat atau sebut dan lebih
merujuk kepada mengingati Allah atau menyebut nama-nama Allah. Zikir isnin
hingga zikir ahad adalah bacaan zikir harian amalan Imam al Ghazali yang
paling mudah dibuat setiap hari untuk mendapat pahala dari Allah S.W.T. Bagi
yang nak amalan zikir harian rumi juga bolehlah dapatkan di bawah.
Amalan doa/zikir ini boleh diamalkan sebagai zikir harian selepas solat atau
boleh sahaja dibaca ketika waktu senggang. Sekurang-kurangnya dapat pahala
dari tidak melakukannya langsung. Korang boleh rujuk kelebihan zikir harian
berikut dan juga zikir harian rumi bersama dengan terjemahannya.
Berdasarkan suatu hadis, Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling
disukai oleh Allah adalah "subhanAllahi wabihamdi".
"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah, "Sukakah engkau (Muhammad SAW) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(muhammad saw menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi(Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya)
Zikir Harian Imam al-Ghazali
Berikut adalah zikir harian popular yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali.
Sebaik-baiknya, setiap zikir ini dibacakan sebanyak 1000 kali tetapi ada
juga yang membacanya 100 kali (zikir harian 100 kali). Tidak kiralah berapa
banyak, yang penting semakin banyak kali dibaca dan diamalkan, lebih banyak
pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T. Kita mulakan dengan zikir hari
jumaat sebagai penghulu hari dan seterusnya.
Zikir Harian Jumaat
Ya Allah(Wahai Allah)
Fadhilat dan Kelebihan :
Anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha dan bagi wanita, akan merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.
Zikir Hari Sabtu
Laa ilaha illallah(Tiada Tuhan Melainkan Allah)
Fadhilat dan Kelebihan :
Diberikan ketenangan pada jiwa yang mengamalkannya.
Zikir Hari Ahad
Yaa Hayyu yaa qoyyum(Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal)
Fadhilat dan Kelebihan :
Kehidupan anda akan dipelihara oleh Allah tuhan.
Zikir Hari Isnin
Laa haula walaa quwwata illaa billa hil aliyyil azim(Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar)
Fadhilat dan Kelebihan :
Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.
Zikir Hari Selasa
Zikir hari selasa | Allahumma solli ala sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi
wa'ala alihi wasohbihi wasallim
(Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad Nabimu yang Ummi, dan ke atas kelurga serta sahabat-sahabatnya dan
ucapkan salam kepada mereka)
Fadhilat dan Kelebihan :
Anda
akan diberikan rahmat oleh Allah tuhan dan mendapat syafaat Nabi Muhammad saw
di akhirat kelak.
Zikir Hari Rabu
Astaghfirullahal'azim(Aku memohon keampunan kepada Allah)
Fadhilat dan Kelebihan :
Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati anda.
Zikir Hari Khamis
Subhanallahil azimi wabihamdih(Segala puji bagi Allah yang maha besar dan segala puji bagi-Nya)
Fadhilat dan Kelebihan :
Akan
dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. Setiap kali disebut akan
tertumbuh satu pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.
Ibu saya sendiri selalu mengamalkannya 1000 kali sehari dan banyak kelebihan
yang Allah tunjukkan ketika beliau mengamalkannya. Apa yang saya ingat,
ketika bersolat, ibu cerita yang beliau dapat merasakan jantung atau anggota
badan kita turut berzikir kepada Allah. Cukuplah sekadar membuktikan bahawa
sememangnya banyak khasiat dan kemanisan berzikir. Jadi, marilah kita
bersama-sama jadikannya satu amalan, menunaikan solat dan bersedekah amalan baik supaya kita akan mendapat kebaikan di dunia dan
di akhirat.