Hi semua! Akhirnya setelah sekian lama tak menonton layar besar sejak PKP
haritu, harini Kak Bell ke GSC Mid Valley menonton filem terbaru Spider-Man.
Selepas mula tayang pada 17 Disember 2021, baru semalam berkesempatan nak
tonton. Last tengok movie Spiderman di panggung ialah filem Spider-Man: Far
From Home. Spider-Man: Into the Spider-Verse Kak Bell tonton online aje. Dah
lama jugalah Kak Bell tak buat ulasan filem. Jadi, jom baca lebih lanjut dan
semak ulasan Spider-Man: No Way Home Malaysia review.
Spider-Man: No Way Home merupakan filem terbaru Marvel Studio dan filem
trilogi ketiga Spiderman yang digarap oleh Jon Watts. Filem ini menjadi
salah satu filem yang paling dinanti pada tahun 2021 dan telah memecahkan
rekod box office USD1.05 billion setelah seminggu tayangan di era pandemik
ini. Untuk Spider-Man: No Way Home rated adalah 94% score dari rotten
tomatoes dan score 8.8/10 dari IMDb.
Genre: Adventure, Action, Comedy, Fantasy
Pengarah: Jon Watts
Produser: Kevin Feige, Amy Pascal
Penulis: Chris McKenna, Erik Sommers
Release Date (Theaters): Dec 17, 2021 (Wide)
Distributor: Columbia Pictures
Sound Mix: Dolby Digital, Dolby Atmos
View the collection: Marvel Cinematic Universe
Sinopsis/Ulasan Filem Spider-Man: No Way Home
Spiderman No Way Home mengisahkan tentang Peter Parker (Tom Holland) yang
dikecam setelah membunuh Mysterio (Jake Gyllenhaal) dalam sekuel Spider-Man:
Far From Home. Peter Parker telah difitnah sebab dah bunuh Mysterio yang
dianggap oleh sesetangah orang sebagai wira dan identiti Peter Parker telah
didedahkan dan diketahui umum. Media The Daily Bugle yang dipimpin J Jonah
Jameson (JK Simmons) terus memberitakan Parker sebagai dalang dari
pembunuhan Mysterio.
Kehidupan privasi Parker telah mula hilang dan dianggap sebagai public enemy
dan turut melibatkan MJ (Zendaya) dan rakannya Ned Leeds yang turut terima
perhatian media dan masyarakat setempat.
Peter kemudiannya mendatangi Doctor Strange (Benedict Cumberbatch) yang
pernah sama-sama berjuang melawan Thanos dalam Avengers 3: Infinity War
(2018). Parker meminta bantuan Strange agar membuat semua yang kenal Parker
lupa jika dirinya adalah Spiderman. Strange sebelumnya sudah diberi
peringatan oleh Wong (Benedict Wong) untuk tidak melakukan mantra, akhirnya
tetap memilih membantu Peter Parker. Disebabkan Parker menganggu mantra
Strange, kesilapan berlaku dan menyebabkan multiverse terbuka dan villian
yang menentang Parker dari semesta lain masuk ke dalam semesta yang dihuni
Peter dan Strange sekarang.
Doctor Strange kemudian mengarahkan Parker untuk tangkap semua mahluk datang
untuk dihantar semula ke semesta asal mereka. Tetapi Peter Parker mengambil
keputusan menghalang Strange kerana menurut pandangan Peter, semua orang
berhak mendapatkan kesempatan kedua dan menjadi berniat untuk menyembuhkan
semua vilian tadi sebelum dipulangkan.
Secara tak sengaja, Ned dan MJ yang ingin mencari Peter Parker telah
berjumpa dengan Spider-Man No Way Home Tobey Maguire dan juga versi Andrew
Garfield semasa Nedd yang memakai cincin Strange berjaya membuka portal.
Seterusnya ketiga-tiga spiderman sama-sama bekerjasama melawan villian yang
datang dari alam mereka.
Rata-rata ramai yang beri komen dan berpendapat filem terbaru ni menjadi
karya Spider-Man terbaik yang pernah tayang di layar lebar. Boleh dianggap
sekuel ini adalah sebagai salah satu filem terbaik Marvel-Sony.
Apa yang Kak Bell nak cakap jalan cerita, sinematograpi dan lakonan semua
watak memang best. Kisah Spiderman No Way Home cukup berbeza dari dua filem
sebelumnya, kali ini filem nya lebih menonjolkan Peter yang lebih dewasa,
family-oriented dan bukan lagi sebagai watak remaja yang kebudak-budakkan.
Memang bezalah ceritanya kalau dah di bawah Marvel kan.
Ada beberapa part yang memang berkesan buat Kak Bell sedih dan terpaksa
ambik tisu lap air mata. Teremosi sungguh bila scene-scene sedih. Bila semua
Spiderman cerita kisah silam dan kisah sedih mereka semuanya menyambung dan
alami benda sama iaitu 'kehilangan'. Jadi dalam filem ni memberikan
pembelajaran untuk merelakan dan menghargai apa yang dimiliki sekarang dan
semua orang berhak mempunyai peluang kedua. Perkataan "with great power
comes great responsibility" juga turut menjadi kutipan penting bagi
ketiga-tiga Spiderman. Bila Peter Parker minta Dr strange untuk buat semua
orang lupakan diri dia, memang rasa sedih sangat. Semuanya demi kepentingan
untuk orang yang Peter sayang.
The Green Goblin (Willem Dafoe) dari Spider-Man (2002)
Doctor Octopus (Alfred Molina) dari Spider-Man 2 (2004)
Electro (Maxwell Dillon) dari The Amazing Spider-Man 2
Sandman (Thomas Haden Church) dari Spider-Man 3 (2007)
Lizard (Rhys Ifans) dari Amazing Spider-Man (2012)
Penghargaan yang diberikan Marvel terhadap kesemua watak dalam filem Sony
sebelumnya memang best dan buat semua para penggemarnya rasa puas. Filem
Spider-Man: No Way Home memang best dan korang patut tonton di pawagam. Kak
Bell rasa Spider-Man: No Way Home full movie disney plus belum ada lagi.
Kena tunggu lama sikit la kot. Then, spiderman no way home post credit scene
ada 2 untuk movie Doctor Strange dan juga next Spiderman-Venom movie. Kak
Bell bagi 9/10 bintang!