Hi semua! 2 hari lepas cuti dari bekerja dan Kak Bell memang totally
berehat sahaja di rumah. Memang duduk rumah hingga tak turun ke kedai
langsung nak beli makanan dan seadanya. Dah masuk waktu petang, nasi pun
belum ditanak apatah lagi nak masak menu hidangan lain. Barang dalam peti
ais pun tak ada apa, cuma ada telur, sayur kucai dan cili. Lately memang
jarang masak dan tak top-up pun barang basah atau sayur takut kejung je
nanti dalam peti ais. Bila dah perut kelaparan, jadi pakai je apa barang
yang ada.
Disebabkan malas nak tunggu nasik masak, Kak Bell masak lauk ajelah. Nampak
tak punya lah malas bila tak datang mood nak memasak. Asalnya nak buat telur
hancur, kemudian makan dengan daging burger Ramly. Tapi bila tengok ada
sedikit lagi baki daun kucai masa buat cucur udang + crinkle fries aritu,
Kak Bell campak je sekali buat Resepi Telur Hancur Sayur Kucai yang ringkas.
Bahan-bahan
3 biji telur ayam
1/2 potong cili merah
Sedikit daun kucai
Secukup rasa Maggi
Serbuk lada hitam/lada sulah
Sedikit minyak
Cara Buat Resepi Kucai Dengan Telur
1) Basuh telur dan pecahkan. Kemudian pukul rata telur.2) Potong daun kucai dan cili merah.
3) Perasakan telur tadi dengan sedikit secukup rasa.
4) Panaskan minyak kemudian masukkan telur.
5) Kacau dan pecah-pecahkan telur hingga hancur.
6) Kemudian masukkkan kucai dan cili merah.
7) Taburkan sedikit serbuk lada hitam/lada sulah.
7) Kacau dan biarkan hingga kucai layu dan sedia dihidang.
Mudah sahaja kan. Untuk telur tu boleh sahaja nak tambahkan sedikit air
putih nak bagi warna telur hancur tu cantik putih macam kat hotel. Kemudian
masak sayur kucai tu sekejap sahaja sebab kucai cepat layu dan masak. Oklah
selamat memasak!