Makan Cucuk-Cucuk Steambot Sedap Di Amoi Steamboat TTDI - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Makan Cucuk-Cucuk Steambot Sedap Di Amoi Steamboat TTDI

Trending

Makan Cucuk-Cucuk Steambot Sedap Di Amoi Steamboat TTDI

Hi korang! Kadangkala bila dah boring nak makan nasi atau menu biasa semasa dinner buat tekak ni tak puas. Tak lalu makan dibuatnya. Jadi mesti nak cari menu makan yang lebih ringan kan? Kalau kat TTDI ni ada banyak juga tempat makan yang best. Kalau malam di tapak pasar malam, berderet gerai-gerai jual pelbagai jenis makanan yang pelbagai. Memang tak sah kalau tak berhabis sebab semua buat tekak rasa nak makan.

steamboat near me
steamboat near me
 
Kali ni Kak Bell nak kongsi satu lagi tempat makan best di TTDI iaitu menu cucuk-cucuk steamboat. Memang ada banyak je tempat atau restoren yang menyajikan steamboat dan grill, tapi tempat cucuk-cucuk steamboat ni santai je dijual dengan van. Kak Bell makan cucuk-cucuk steambot sedap di Amoi Steamboat TTDI yang terletak di depan Secret Recipe TTDI dan berdekatan McD TTDI. Haritu lepas makan Miecord Char Kuey Teow terus menyinggah kat van Amoi Steamboat ni. Memula was-was jugak sebab ingat tak halal. Tapi dah usha-usha logo ada tanda Halal.

steamboat near me

steamboat near me


Kat Amoi Steambot ni ada macam-macam jenis cucuk-cucuk yang korang nak. Ada jenis bebola yang pelbagai, sayuran dan juga sotong fresh, kerang dan sebagainya. Untuk harga korang boleh tengok cucuk lidi tu ada ditandakan dengan warna hijau (RM3), merah (RM2.50), hitam (RM3.50) dan biasa tanpa warna (RM2). Bab harga ni standard la area TTDI kan, tak dapat la secucuk RM1.

Walaupun agak pricey tapi memang terbaik cucuk-cucuk steamboat kat Amoi Steamboat ni. Korang boleh request untuk celur biasa atau goreng tepung kat sini. Kuah dia sangat lah sedap terutama bila makan yang goreng tepung. Biasa kalau Kak Bell datang akan beli brokoli goreng tepung, cendawan goreng tepung atau kangkung. Brokoli tu memang hot item dan cepat habis. Masa mengarang ni pun Kak Bell cadang dah nak pergi lagi esok beli cucuk-cucuk brokoli goreng tepung. Haha.

steamboat near me

Kalau datang sini ada juga disediakan beberapa buah meja untuk korang duduk santai menikmati steamboat cucuk ni. Memang sangat puas hati. Jom siapa yang nak try Kak Bell bawa nanti.

cucuk-cucuk steamboat kuala lumpur, steamboat area kl, cucuk-cucuk steamboat halal, amoi steamboat TTDI halal, tempat steamboat sedap TTDI,kedai makan near me,steamboat near me.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post