Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 6 - Bella ... - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 6 - Bella ...

Trending

Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 6 - Bella ...

Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 6 - Bella ... | Hi korang! Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-6 ini melibatkan 11 peserta membuat persembahan vokal dengan tugasan lagu masing-masing. Minggu lepas sambil Kak Bell memasak menjengah jugalah kejap-kejap tengok Gegar Vaganva 8. Tak sangka jangkaan Kak Bell untuk keputusan gegar vaganza 2021 minggu 6 meleset! Macam mana dengan tekaan korang?

Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 6


Untuk minggu lalu, persembahan yang Kak Bell suka adalah Nikki, Aliff Aziz, Suki Low dan Ani Mayuni. Persembahan Kak Adibah, Kak Bell tak tonton sebab sibuk kat dapur. Sayup-sayup je dengar. Show Ani Mayuni memang ada peningkatan termasuklah peserta lain. Mulanya Kak Bell target Nikki boleh dapat top 3 sebab dia nyanyi best. Tapi juri lebih arif akhirnya terus Nikki tersungkur ke tangga ke-6. Abang Shidee lagi mantap ya.

Kak Bell ada juga tengok reaction video dari Cikgu Sarah Ismail tentang persembahan Upiak dan peserta lain. Memang nampak sangat kurang chemistry antara Usop-Upiak dan beberapa persembahan lain. Nama pun duet tapi ada jugak yang tak blend. Bagi show Bandi Amuk pun sama tapi Ewal Kristal dah support habis-habisan. Markah Bandi dengan Upiak pun beza sikit sangat dan akhirnya Upiak menjadi peserta yang tersingkir. Netizen ramai betul komen last week yang Upiak bakal tersingkir.

Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 6

Akhirnya Suki Low berjaya juga rangkul tempat pertama. Baru je Kak Bell sebut minggu lepas kan! Duet Suki-Khai Bahar memang best sangat. Nampak chemistry dan kolaborasi nyanyian depa mantap. Tahniah buat Suki! Gegar vaganza 2021 minggu 6 keputusannya adalah seperti berikut.

Info Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2021
Tarikh : 26 Disember 2021
Tema : Seiring Dan Sejalan

Keputusan Markah Minggu 6 Gegar Vaganza 2021
1. Suki-Tiga Malam Tanpa Bintang – Duet Bersama Khai Bahar (83.70%)
2. Aliff Aziz-Belenggu Rindu – Duet bersama Iman Troye (76.20%)
3. Adibah Noor-Tanya Sama Itu Hud Hud – Duet Bersama Ali Sariah [Masdo] (71.90 %)
4. Aweera-Setahun Sudah Berlalu – Duet Bersama Azmi Saat (68.90%)
5. Shidee-Di Sudut Kamar Hatiku – Duet Bersama Haqiem Rusli (64.00%)
6. Nikki-Gurindam Jiwa – Duet bersama Syamel (62.50%)
7. Ani Mayuni-Chikadun – Duet Bersama Dinie Rashid (61.80%)
8. Azan Scan-Malam Semakin Dingin – Duet Bersama Tajul (61.20%)
9. Saiful Apek & Yassin-Hampir Ke Situ – Duet Bersama Erni Zakri (60.90%)
10. Bandi Amuk-Separuh Nafas – Duet Bersama Ewal Kristal (56.40%)
11. Upiak Isil-Misha Omar – Duet Bersama Usop (56.30%)


Juri Jemputan: Jennifer Thompson
Anugerah Digi Next Level/Artis Betul-Betul Luar Biasa : Suki Low
Bintang Cuckoo Healthy Home : Sa.Ya
Bintang Paling Power Meow: Suki Low
Peserta Tersingkir Minggu Ke-6 Gegar Vaganza 8: Upiak Isil

Jangan lupa next week, gegar vaganza 2021 full konsert minggu ke-7 menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) jam 9 malam. Temanya Kentang Kelentong. Kak Bell bet Bandi atau Sa.Ya kot tersingkir. Korang teka siapa peserta gv8 yang bakal tersingkir?

Program realiti Gegar vaganza 2021 GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam. Datuk Ramli MS merupakan ketua juri tetap disamping Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia Hetty Keos Endang. Manakala setiap minggu akan menampilkan seorang atau dua juri jemputan yang diundang khas.

Peserta gegar vaganza 2021 melibatkan 13 peserta iaitu Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz sebagai peserta lelaki. Manakala peserta wanita tersiri daripada Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil. Kejutan pada edisi kali ini adalah penyertaan kumpulan Nico serta juga duo Saiful Apek dan Yassin.

Sumber gambar Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post