Rakyat Malaysia kini boleh melancong ke Turki dengan sekatan COVID-19
yang Minimum
Setelah sekian lama terkurung di rumah, kebanyakan orang mungkin tidak sabar
lagi untuk keluar dari rumah, walaupun sekadar ke kedai runcit. Mulai 11
Oktober 2021, perjalanan rentas negeri serta ke luar negara telah dibenarkan
kepada mereka yang telah lengkap vaksinasi, di mana Malaysia telah merupakan
antara 10 negara teratas di dunia dari segi jumlah penduduk yang telah lengkap
vaksinasi. Anda mungkin telah mula menempah percutian ke Pulau Pinang, Pulau
Langkawi dan destinasi pelancongan domestik yang lain tetapi impian
pengembaraan anda ke destinasi di luar negara masih belum menjadi kenyataan. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda sudah boleh merancang untuk melancong ke negara Turki melalui satu pengalaman perjalanan yang lebih mudah!
Di Turki, lokasi di mana temunya rantau-rantau Timur dan Barat, anda pasti
akan menemui apa yang diingini selama ini – tidak kiralah sebuah penjelajahan
tapak arkeologi bersejarah ataupun pengalaman menyelam di lautan yang terindah
di dunia. Imej-imej pemandangan indah dengan belon-belon udara panas pastinya
akan muncul dalam pencarian Google bagi negara ini. Cara pengangkutan yang
luar biasa ini boleh dinikmati di beberapa tempat tetapi Cappadocia perlu
dimasukkan dalam senarai tempat yang wajib dikunjungi untuk tujuan tersebut,
terutamanya semasa matahari tenggelam dengan pemandangan struktur batu-batan
semula jadi indah yang dikenali sebagai ‘cerobong asap pari-pari’ (fairy
chimneys).
Anda juga boleh berendam di kolam air mata panas Pamukkale. Pusaran airnya di
sini kelihatan bagai ‘kastil kapas’, yang juga merupakan asal-usul nama tempat
ini. Dengan musim sejuk yang kian menjelang, mulai Disember hingga Februari,
para penggemar aktiviti lasak harus mengunjungi Bursa, sebuah destinasi
pergunungan bersalji untuk bermain ski. Buat mereka yang inginkan sesuatu yang
luar biasa, kunjungilah pinggiran pantai Laut Hitam, di mana terletaknya Biara
Sümela yang dibina atas sebuah tebing yang curam dan juga Uzungöl, dengan
pemandangan hutan pokok pain umpama sebuah perkampungan Eropah yang indah. Selain itu, tidak dilupakan destinasi wajib ke Hagia Sophia yang dikenali sebagai masjid biru.
Kepada penggemar makanan pula, jika aiskrim adalah salah satu makanan
Turki yang ingin anda cuba, maka perjalanan ini amat berbaloi untuk anda.
Nikmatilah cita rasa unik dari setiap wilayah seperti ‘simit’, snek roti
rangup yang boleh didapati dari gerai tepi jalan atau ‘midye dolma’, hidangan
kekupang yang disumbat dengan nasi, rempah, bawang dan buah kismis.
Cara Pergi Melancong Ke Turki
Visa tidak diperlukan bagi warganegara Malaysia yang ingin memasuki negara
Turki. Anda hanya perlu sediakan pasport dengan tempoh sah enam bulan dari
tarikh ketibaan untuk mendapatkan kebenaran lawatan sosial di Türkiye selama
90 hari. Semua warganegara Malaysia, tanpa mengira status vaksinasi dibenarkan dan diberi peluang untuk melawati negara ini. Mereka yang telah lengkap vaksinasi dikecualikan
daripada ujian saringan COVID-19 Polymerase Chain Reaction (PCR).
Fairy Chimneys Turkey
Biara Sümela
Semua vaksin termasuk Sinovac diluluskan untuk tujuan kecemasan oleh
Kementerian Kesihatan Republik Türkiye, bukan seperti negara-negara Eropah
yang lain. Individu yang pernah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh enam bulan
sebelumnya juga dibenarkan melawati Türkiye dengan dokumen yang dikeluarkan
oleh pihak berkuasa negara yang berkenaan. Sebaliknya, mereka yang belum
divaksinasi atau separa vaksinasi adalah wajib untuk menyerahkan keputusan
ujian PCR yang negatif, sekurang-kurangnya 72 jam sebelum ketibaan mereka di
Türkiye, atau keputusan negatif ujian rapid antigen, sekurang-kurangnya 48 jam
sebelum ketibaan di Türkiye.
Anda juga boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu menjalani kuarantin
hotel yang membosankan setibanya di sana. Negara ini telah mengambil
langkah berjaga untuk memastikan semua warga kerja pelancongan mendapat
vaksinasi lengkap agar keselamatan pelancong lebih terjamin. Program vaksinasi
ini melibatkan warga kerja di syarikat penerbangan, lapangan terbang, tempat-tempat penginapan, agensi pelancongan dan juga pemandu pelancong profesional.
Tiket penerbangan sudah ditempah dan anda sudah pun bersedia dengan kemasan
pakaian yang bakal digayakan untuk posting Instagram. Tetapi, sebelum anda
menaiki kapal terbang ke destinasi percutian idaman anda, anda perlu mengisi Borang
Ketibaan Pelawat (Traveller Entry Form).
Sediakan butiran peribadi anda termasuk nombor pasport dan nombor penerbangan
serta alamat tempat penginapan anda di Turki. Selepas borang tersebut
dilengkapkan, anda akan diberikan satu kod QR HES, seumpama kod MySejahtera,
tetapi ia hanya perlu digunakan di sesetengah tempat sahaja seperti muzium dan
dewan konsert. Simpan kod ini untuk diguna pakai ketika anda mendaftar masuk
ke penerbangan anda di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Kolam air mata panas Pamukkale
Ia adalah penting untuk memastikan anda mempunyai perlindungan insurans
kesihatan untuk COVID-19 serta bekalan wang tunai yang mencukupi. Türkiye juga
menawarkan Insurans Bantuan Perlindungan Pelancong, satu pakej perlindungan
insurans perjalanan khas yang menawarkan perlindungan rawatan perubatan untuk
COVID-19. Tawaran itu sememangnya akan memberi lebih jaminan kepada mereka
yang tiba di negara tersebut.
Terutama sekali, pastikan bahawa anda sentiasa mendapat informasi terkini
berkenaan peraturan COVID-19 bagi ketibaan di Türkiye kerana ia mungkin akan
berubah dari semasa ke semasa. Amat jelas bahawa perjalanan ‘norma baharu’
sebegini ketika nak pergi melancong mungkin memerlukan persediaan yang lebih rapi tetapi inilah masa terbaik untuk anda menempah percutian ke Turki!
Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.goturkiye.com/