ULASAN FILEM STAND BY ME DORAEMON 2: DITAYANGKAN BUAT PERTAMA KALI MENERUSI ASTRO FIRST - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal ULASAN FILEM STAND BY ME DORAEMON 2: DITAYANGKAN BUAT PERTAMA KALI MENERUSI ASTRO FIRST

Trending

ULASAN FILEM STAND BY ME DORAEMON 2: DITAYANGKAN BUAT PERTAMA KALI MENERUSI ASTRO FIRST

Istimewa buat penonton dan peminat di Malaysia, kali ini Astro First membawakan Stand By Me Doraemon 2 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 4 November ini. Bersempena ulang tahun ke 50 tahun Doraemon, pihak produksinya telah menghasilkan sekuel kepada filem Stand By Me Doraemon (2014), iaitu Stand By Me Doraemon 2. Filem ini telah pun ditayangkan di negara asalnya, Jepun dan berjaya menjadi filem kedua dengan kutipan box office tertinggi di Jepun pada minggu pembukaannya, di samping tersenarai dalam top 10 filem kutipan paling tinggi di Jepun untuk tahun 2020. Selain itu, filem ini juga menerima komen positif daripada penonton serta peminat setia Doraemon. Komen yang paling banyak memenuhi ruang media sosial adalah filem Stand By Me Doreaemon 2 penuh dengan emosi yang menyentuh perasaan.


Release date: November 20, 2020 (Japan)
Directors: Takashi Yamazaki, Ryuichi Yagi
Adapted from: Doraemon
Pelakon suara: Wasabi Mizuta (Doraemon), Megumi Ohara (Nobi Nobita), Yumi Kakazu (Shizuka
Minamoto), Tomokazu Seki (Suneo Honekawa ) dan Subaru Kimora (Takeshi "Gian" Gōda)
Music by: Naoki Satō
Box office: $78.5 million

Filem ini diarahkan oleh dua pengarah animasi hebat di Jepun, Takashi Yamazaki (Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik di Japanese Academy Awards pada 2006) dan Ryuichi Yagi, yang mana mereka juga merupakan pengarah yang sama untuk filem prekuel, Stand By Me. Takashi Yamazaki amat terkenal dengan mengarahkan animasi terbaik, antaranya ‘Parasyte’ dan ‘Space Battleship Yamato’.


Bukan itu sahaja, menerusi filem berdurasi 95 minit ini turut menjelaskan maksud sebenar nama Nobita. Nobita sering dimarahi oleh ibunya dan menganggap dia bukan anak kandung kepada keluarga tersebut. Namun, dia mula menghargai pengorbanan setiap ibu bapa sejurus selepas merentas masa sekali lagi ke saat Nobita dilahirkan. Tidak lengkap jalan cerita animasi Doraemon jika tiada alat-alat menarik mahupun canggih yang keluar dari poket Doraemon; jadi menerusi Stand By Me Doraemon 2 turut mempamerkan alat-alat baru Doraemon serta babak merentas masa terowong masa.

Rata-rata pelakon suara untuk watak-watak dalam filem ini juga adalah pelakon yang sama dari filem prekuel seperti, Wasabi Mizuta (Doraemon), Megumi Ohara (Nobi Nobita), Yumi Kakazu (Shizuka Minamoto), Tomokazu Seki (Suneo Honekawa ) dan Subaru Kimora (Takeshi "Gian" Gōda).

 

SINOPSIS FILEM STAND BY ME DORAEMON 2

Kisah Stand By Me Doreaemon 2 bermula apabila Nobita terjumpa satu-satunya anak patung pemberian neneknya, lalu membuatkan dia rindu untuk bertemu dengan nenek. Jadi, Nobita dan Doraemon telah merentas masa silam untuk melihat neneknya dari jauh. Tanpa sengaja, Nobita bersembunyi di dalam bilik dan neneknya percaya Nobita datang dari masa depan. Jadi, nenek memberitahu dia mahu Nobita hidup bahagia dan berharap dapat melihat siapakah bakal isteri Nobita. Bagi memenuhi hajat nenek, Nobita dan Doraemon telah merentas masa hadapan sewaktu hari perkahwinan Nobita. Nobita dewasa tidak muncul di hari perkahwinannya bersama Shizuka. Nobita (kanak-kanak) dan Doraemon segera mencari Nobita dewasa. Rupanya Nobita dewasa telah masuk ke terowong masa dan pergi ke zaman kanak-kanaknya kerana tidak yakin dengan dirinya mampu untuk membahagiakan Shizuka. Kemudian kedua-dua Nobita bertukar badan dengan menggunakan alat dari poket Doraemon. Malangnya, alat tersebut tidak sepenuhnya siap, jadi kesannya akan membuatkan kedua-dua Nobita hilang ingatan.


Doraemon cuba sedaya upaya untuk mengembalikan kedua-dua Nobita. Akhirnya, mereka sedar dan segera kembali ke masa hadapan dan memperbaiki keadaan huru-hara yang berlaku di majlis perkahwinan. Di saat Nobita memberi ucapan bagi melengkapkan majlis perkahwinannya, Nobita melahirkan rasa sayang terhadap nenek, ibu dan ayah yang telah banyak berkorban dalam membesarkan Nobita, dia juga berjanji akan hidup bahagia.

ULASAN FILEM STAND BY ME DORAEMON 2

Istimewa, jika kebiasaannya animasi dihasilkan dalam 2D, tetapi Stand By Me Doraemon 2 dihasilkan dalam bentuk grafik komputer 3D dan jalan ceritanya diadaptasi daripada filem pendek, Doraemon: A Grandmother’s Recollections(2004). Kisah bermula apabila Nobita merentas masa lampau untuk bertemu neneknya, dan kemudian mendorong Nobita dan Doraemon untuk melihat Nobita sewaktu dewasa di saat bersedia untuk melangsungkan perkahwinan dengan Shizuka. Pelbagai elemen positif dan banyak pengajaran diselitkan menerusi watak utamanya Nobita. Mungkin selama ini watak Nobita amat sinonim dengan karakter yang kurang keyakinan diri dan sering dibuli, tetapi di dalam filem ini menyaksikan bagaimana karakter tersebut mengubah masa depan Nobita.



Watak Doraemon di dalam filem ini juga dilihat seperti kebiasaannya sentiasa ada bersama Nobita di kala gembira, sedih dan cemas. Kali ini juga turut memberi fokus pada kesetiaan Doraemon dalam persahabatan dengan Nobita apabila diuji ketika satu insiden telah berlaku. Tidak dilupakan watak lain seperti Gian, Suneo, Shizuka turut menghiasi filem ini dan menampilkan sisi berbeza apabila mereka sudah dewasa.

Terdapat beberapa babak menyentuh perasaan seperti apabila Nobita bertemu neneknya, gelagat Gian dan Suneo, serta imbau kenangan Nobita dan Doraemon. Meskipun ia filem animasi tetapi babak dan iringan muzik serta lagu tema bertajuk ‘Rainbow’ (Niji) nyanyian Masaki Suda mampu menjentik hati penonton. Lagu Rainbow dihasilkan bagi menggambarkan kegembiraan Nobita dan Shizuka.


Jangan lupa saksikan filem animasi, Stand By Me Doraemon 2 yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 4 November 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Manakala, bagi yang ingin menonton filem koleksi Doraemon The Movie: Nobita’s, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Doraemon The Movie: Nobita's Chronicle of the Moon Exploration (2019) dan Doraemon The Movie: Nobita’s New Dinosaur (2020), bermula 28 Oktober lalu dengan satu harga istimewa RM18.00. Selain itu, bagi filem Doraemon The Movie: Nobita’s New Dinosaur (2020) juga boleh dilanggan dengan harga RM15.00 bermula 21 November akan datang.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post