Jangan lepaskan peluang unruk dapatkan diskaun hebat produk pelancongan
negeri Selangor!
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor akan menyertai pameran
pelancongan, MATTA FAIR 2021 yang kembali semula menemui para pengembara
seluruh Negara pada 20 dan 21 November ini di Pusat Dagangan Dunia, Kuala
Lumpur (world trade centre). Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Tourism Selangor tidak
melepaskan peluang menyertai MATTA Fair edisi kali ini bersama para operator
produk pelancongan Negeri, yang akan menemui para pengunjung di Pavilion
Negeri Selangor sepanjang dua hari MATTA Fair berlangsung.
Menariknya, delegasi Negeri Selangor akan disertai oleh pihak Sky Mirror
Travel & Tours, Selangor Fruit Valley, Farm In The City, Wet World
Waterpark, Windlab Indoor Skydiving, Jumpstreet Malaysia, Park Inn By
Radisson dan FlowRider 1 Utama; yang menawarkan tawaran potongan harga dan
diskaun hebat khas buat para pengunjung!
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sememangnya telah menjejaskan industri
pelancongan Negara dalam skala yang besar hingga pameran pelancongan MATTA
Fair yang secara lazim diadakan pada setiap suku tahun sebelum pandemik,
telah dibatalkan pada tahun 2020, dan hanya kembali dianjurkan pada suku
ke-empat tahun 2021 pada kali ini, setelah kadar imunisasi Negara semakin
menunjukkan perkembangan yang positif.
Pihak penganjur, Malaysia Association of Tour and Travel Agents (MATTA)
menjangkakan edisi MATTA Fair kali ini akan menarik seramai 20,000 orang
pengunjung dalam tempoh dua hari, dengan jumlah pengunjung dihadkan kepada
hanya 2,000 orang pada satu-satu masa.
MATTA Fair yang berkonsepkan “Consumer Fair” turut disertai oleh Agensi
Pelancongan, produk operator, hotel dan syarikat penerbangan dari seluruh
Negara, seiring dengan visi pihak penganjur untuk membantu merancakkan
semula industri pelancongan di Malaysia, serta menjamin kelangsungan
perniagaan para penggiat industri. MATTA Fair juga merupakan sebuah landasan
bagi produk operator pelancongan Negeri Selangor mempromosikan perkhidmatan
dan pakej pelancongan mereka serta jualan terus kepada orang
ramai. Harga tIket flight juga labih murah di MATTA FAIR.
Inisiatif jualan secara langsung ini mampu meningkatkan jumlah kedatangan
pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor, serta memajukan perniagaan
dalam industri pelancongan di era norma baharu. Inisiatif secara bersemuka
ini juga mampu memberi keyakinan kepada orang ramai untuk terus melancong ke
Negeri Selangor dengan selamat dalam pembudayaan norma baru dengan mengikut
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis
Keselamatan Negara.
Penyertaan pihak Tourism Selangor dalam MATTA Fair adalah bertepatan dengan
Kempen “Pusing Selangor Dulu!” yang memfokuskan kepada sektor pelancongan
domestik di ambang pandemik Covid-19. Kempen yang telah secara rasmi
dilancarkan pada Disember 2020 lalu sedang digiat digerakkan di landasan
digital, laman sesawang rasmi dan laman media sosial rasmi Tourism Selangor;
Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube.
Sejak dilancarkan sehingga kini, Kempen ini telah berjaya menerima lebih 22
juta reach di laman media sosial dengan tandapagar #PusingSelangorDulu yang
menerima sambutan yang sangat menggalakkan oleh orang awam yang turut
berkongsikan video dan seleksi gambar mereka bercuti ke Negeri Selangor di
laman media sosial.
Justeru, isi masa terluang anda hujung minggu ini, dan jangan lepaskan
peluang untuk #PusingSelangorDulu dengan mendapatkan pelbagai tawaran
diskaun dan potongan harga menarik hanya di Pavilion Negeri Selangor di
MATTA Fair pada 20 dan 21 November ini! Jumpa di sana!