Sudio mempunyai pelbagai gadjet Bluetooth dari headphone hinggalah produk
true wireless. Sekarang Kak Bell dah ada Sudio Nio, Sudio Tretton dan paling
terbaru Sudio T2, yang telah berada di pasaran Malaysia pada 8 Oktober 2021.
Kalau korang nak tahu Sudio T2 ini adalah generasi terbaru wireless ear bud
terlaris Sudio Tolv. Kak Bell belum pernah cuba Sudio Tolv, tapisecara
logiknya pastilah produk baru Sudio T2 lebih baik dan upgraded sebab ianya
model Sudio Tolv yang telah dinaik taraf.
Apakah Ciri Jenama Earbuds Yang Bagus?
Jadi sebelum korang dapatkan sebuah ear buds, apa ciri utama yang jadi
keutamaan korang? Adakah dari segi harga, spesifikasi atau sekadar jenama?
Antara ciri yang perlu korang cari sebelum beli earbuds selain dari kualiti
sound adalah versi Bluetooth latest, Touch Control, kalis air (peluh) atau
tidak, ketahanan bateri dan latency rendah. Selain tu, korang juga kena
consider perbezaan keselesaan untuk earbuds, earphones, headphones atau
headset yang berbeza dari individu ke individu. Pada Kak Bell ciri yang
perlu ada adalah harga yag berpatutan dan kualiti audio yang bagus semasa
penggunaan.
Ciri, Spesifikasi Dan Kelebihan Wireless Earphone SUDIO T2
Sudio T2 ini direka untuk lebih mewarnai kehidupan. Ciri penting yang
diketengahkan adalah pembatalan bunyi bising (active noise cancellation)
dari persekitaran supaya pendengaran lebih jelas tanpa gangguan. Selain itu,
Sudio T2 menghadirkan mikrofon pembentuk pancaran "beamforming", untuk
mengawal bunyi persekitaran untuk panggilan yang lebih jelas serta pemacu
dinamik (driver) yang memberikan bunyi yang lebih jelas dan berkualiti.
Apa Itu Driver? Transducer atau driver adalah alat pada IEM dan
headphones yang mengubah signal elektrik menjadi suara untuk kita
dengar.
Kelebihan Sudio T2
Active Noise Cancellation
Teknologi pembatalan bunyi bising Sudio T2 akan membatalkan bunyi bising
sebelum sampai ke telinga semasa mendengar.
Mikrofon Bentuk Pemancar (Beamforming Microphone)
Setiap fon telinga Sudio T2 mempunyai susunan mikrofon pembentuk pancaran
dwi, satu mikrofon dihalakan ke luar untuk menangkap persekitaran ambien
dan satu mikrofon dihalakan ke arah mulut anda untuk menangkap suara anda.
Algoritma pemprosesan isyarat digital dalaman Sudio T2 menganalisis
gelombang bunyi dan mengurangkan bunyi ambien. Jadi suara anda sentiasa
kuat dan jelas.
Reka Bentuk Selesa
Setiap fon telinga menempatkan pemacu dinamik 8mm dan mempunyai
touch-sensitive panel. Ada 2 dual beamforming mikrofon di setiap fon telinga,
yang membantu mengendalikan ciri pembatalan hingar dan persekitaran. Saiz
bekas pengecasnya selesa, ergonomik dan cukup kecil untuk dipegang di
tangan. Tak menjadi masalah untuk dimuatkan dalam poket dan dibawa ke
mana-mana.
Ciri Lain Sudio T2
- Earphone wireless tanpa wayar
- Beamforming microphones, Active Noise Cancellation (ANC)
- Dynamic audio driver
- Splash proof
- Jangkahayat bateri sehingga 35 jam
- 7.5 jam masa mendengar dengan sekali caj
- Pengecasan pantas 10 minit untuk 2 jam penggunaan
- Teknologi Bluetooth 5.2 dengan penghasilan bunyi lancar dan jelas
- Menyokong capaian Bluetooth 5.0 ke atas dalam range 10 meter
- Pengecasan type-C
- 4 varian warna: Hitam, Putih, Sand dan Jade
- 3 tahun warranti antarabangsa dengan Sudio SPHERE
Apa Barang Yang Anda Dapat Dengan Pembelian Sudio T2
- 2 fon telinga
- Bekas pengecasan
- Kabel pengecasan
- Empat tip telinga saiz XS hingga L
**Set price USD 129/MYR 549
Perbezaan Sudio T2 dan Sudio NIO
SUDIO NIO | SUDIO T2 | |
---|---|---|
Jenis driver | Dynamic | Dynamic |
Buttons | Touch panel | Touch panel |
Type | True Wireless | In-ear - True Wireless |
Microphone | 2 per side, 4 in total | 2 per side, 4 in total |
Berat |
Jumlah berat: 43g Earphone: 4g Charging case: 35g |
Jumlah berat: 46.2g Earphone: 5.3g Charging Case: 35.6g |
Water protection level | IPX4 | Splash proof |
Compatibility | Android, iOS | Android, iOS, Mac OS, Windows, Linux |
Playtime |
Up to 20 hours in total Up to 5 hours 30 minutes on one charge |
Up to 35 hours in total Up to 7 hours 30 minutes on one charge ANC + Music: Up to 6 hours 30 minutes |
Quick charge | 15 min pengecasan= 1 jam play time |
10 min pengecasan= 2 jam play time |
Time to full charge (min) |
Earphones: 90 minit Charging case: 120 minit Both together: 150 minit |
Earphones: 60 minit Charging case: 60 minit Both together: 60 minit |
Wireless | Yes | Yes |
Bluetooth version | 5.0 | 5.2 |
Range | 10 m | 10 m |
Bluetooth codec | SBC | SBC |
Charging type | USB | USB |
USB contact type | USB-C | USB-C |
My Verdict
Sudio T2 yang Kak Bell gunakan adalah varian warna sand (warna pasir).
Kali ini Kak Bell dapatkan warna sand sebab dah ada Sudio NIO warna hitam
dan Sudio Tretton warna pink. Terdapat 4 pilihan warna untuk Sudio T2 selain
warna Sand iaitu warna hitam, putih dan warna jade (hijau pastel). Dari segi
reka bentuk T2 memang sangat ergonomik dan selesa untuk tangan. Bekas cajnya
berbentuk bujur, saiz tidak terlalu besar dan memang tiada masalah kalau
dimasukkan ke dalam poket. Tapi Kak Bell lebih prefer pegang sebab ada
disediakan tali pemegang untuk kurangkan risiko jatuh semasa di bawa
berjalan atau letak sahaja dalam beg supaya lebih selamat.
Buat penggunaan pertama kali, elok caj dahulu sehingga penuh. Korang boleh
semak ada led kecil pada bekas pengecaj dan juga pada kedua-dua fon telinga.
Kalau bateri pada fon telinga kurang, led akan berkelip warna merah dan
boleh caj semula masuk dalam bekas pengecaj.
So far, Sudio T2 ni adalah wireless ear phone terbaik dan terbagus yang Kak
Bell ada. Kalau dibandingan julat harganya amat berpatutan dengan kualiti
yang ditawarkan. Semasa penggunaan, memang sangat puas hati dan Active Noise
Cancellation Sudio T2 memang terbaik untuk batalkan bunyi bising persekitaran. Bila masuk dalam telinga, memang dah
tak dengar dah bunyi sekeliling. Kalau ada yang panggil memang confirm tak
dengar sebab tip telinga memang betul-betul fit dalam telinga. Kalau
mendengar dalam waktu yang lama pun tidak perlu nak laraskan atau betulkan
kedudukan ear phone dalam telinga sebab Sudio T2 memang akan fit dalam ruang telinga. Cuma gunakan saiz tip telinga yang tepat
supaya lebih selesa. Untuk saiz tip, Kak Bell pakai ear tip saiz S. Tip telinga ni kadang-kadang agak payah sikit nak masukkan, kena ada caranya dan lebihkan sabar. Lama-lama dah biasa akan jadi mudah.
Respon panel sensitif T2 juga bagus dengan tindak balas cepat dan tidak
terlalu sensitif. Meaning, maklum balas dari tindak balas bila disentuh
sangat boleh diterima dan normal. Cara menggunakan Sudio T2:
• Tekan punat di earbud selama 5 saat untuk menghidupkan, teknik yang sama
untuk mematikan bunyi muzik.• Bila bunyi telefon masuk cuma tekan mana-mana butang kiri atau kanan untuk menerima panggilan masuk.
• Untuk menamatkan panggilan telefon tekan 3 saat sahaja untuk mematikan perbualan.
Pengalaman bunyi semasa mendegar atau menonton movie menggunakan Sudio T2
memang sangat memberangsangkan. Terus terang bunyi yang dihasilkan lebih
baik, jelas macam tonton wayang Dolby Digital! Frekuensi untuk bunyi treble
dan bass memang beri impak sangat baik pada Sudio T2. Memang terbaik bila
dengar muzik dan korang akan dengar dengan jelas perincian bunyi bass dan treble. Punchy and smooth! Korang boleh setkan volume pada kadar 80% ke atas untuk pengalaman bunyi
terbaik. Baru puas masa menikmati lagu. Nak volume-up ke 100% pun boleh tapi takut pekak la pula nanti.
Kesimpulannya, Sudio T2 adalah gadjet paling selalu Kak Bell pakai dan bawa
ke mana-mana setiap hari. Memang korang akan puas hati dengan bunyi yang
dihasilkan dari Sudio T2 ni. Bagi korang semua yang turut nak menikmati
kualiti Sudio T2 ni boleh pakai kod diskaun 15% di bawah.
15% discount code: BELLT2
Website Link: https://www.sudio.com/my/
Instagram: www.instagram.com/sudio
Facebook: www.facebook.com/sudiosweden