Peraduan Memasak U.S Potato Goodness: Resepi U.S Crinkle Cut Fries Prawn Fritters - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Peraduan Memasak U.S Potato Goodness: Resepi U.S Crinkle Cut Fries Prawn Fritters

Trending

Peraduan Memasak U.S Potato Goodness: Resepi U.S Crinkle Cut Fries Prawn Fritters

Hi semua! Lama sungguh Kak Bell tak memasak. Sampai berhabuk dah dapur dibuatnya. Kebetulan datang rajin, baru-baru ni berperang kejap di dapur siapkan juadah istimewa menggunakan kentang A.S (U.S Potatoes). Kak Bell sediakan Resepi U.S Crinkle Cut Fries Prawn Fritters. Resepinya sama sahaja macam buat cucur tetapi ditambahkan jejari kentang U.S. Untuk kali ini, Kak Bell akan kongsikan tentang kebaikan kentang A.S dan juga peraduan cuba resepi U.S Potatoes. Ada hadiah menarik menanti korang semua!


Kebaikan Kentang A.S (U.S Potatoes)

Sajian kentang goreng adalah menu popular. Walaubagaimanapun kentang goreng USA atau kentang A.S ini mempunyai kelebihan dan perbezaan dengan kentang goreng lain yang ada di pasaran. Kentang A.S ni terbukti merupakan makanan yang berkhasiat untuk diet dan sesuai untuk orang yang buat aktiviti aktif.

U.S Potatoes tidak mengandungi lemak, natrium dan kolesterol, serta membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat, Potassium, Vitamin B6 dan Vitamin C. Kentang A.S ni juga cepat empuk dan sesuai untuk dipanggang, stim, rebus ataupun digoreng untuk hidangan seharian anda.


Resepi U.S Crinkle Cut Fries Prawn Fritters

Untuk resepi ini memang sangat mudah. Siapa saja yang tak pandai buat cucur kan! Cuma ada gunakan jejari kentang crinkle cut ditambah dalam resepi ini. Kak Bell tambahkan sedikit serbuk soda bikarbonat, sayur taugeh, daun kucai, cili merah dan juga udang segar! Korang boleh tengok video memasak kat bawah ni dan jangan lupa bantu view dan like posting ni.


Peraduan Klik Resepi U.S Potato Goodness

Untuk menang peraduan ni, Kak Bell perlukan korang klik dan view resepi penuh U.S Crinkle Cut Fries Prawn Fritters kat bawah ni. Don't worry, korang pun boleh menang hadiah jika sertai peraduan ni. Baca kat bawah nanti Kak Bell terangkan lebih lanjut.






Beriku adalah cara-cara untuk korang sertai Peraduan Memasak U.S Potato Goodness

1) Pilih satu resipi masakan berasaskan U.S. Potato dalam laman web https://uspotatogoodness.com.my/potato-recipes/

2) Sediakan juadah pilihan korang dan snap gambar dengan kreatif dan menarik.

3) Hantarkan gambar penyertaan korang ke emel jbella8868@gmail.com bersama dengan nama resipi yang korang dipilih dari laman web U.S. Potato.

3 penyertaan paling kreatif dan menarik akan memenangi wang tunai RM50 setiap seorang. Tiga nama pemenang ini akan layak untuk bertanding peringkat seterusnya dan berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu sebuah Air Fryer. Tarikh akhir penyertaan pada 11:59 malam pada 25 Nov 2021. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Nov 2021.


Mana yg pakar memasak tu boleh la cuba. Serlahkan kretiviti korang dengan menyediakan resepi berasaskan ubi kentang menggunakan resipi di website U.S Potato.Good luck!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post