Hi semua! Lama juga Kak Bell tak berkongsi tentang kucing. Sebenarnya ada
je beberapa perkara yang hendak dikongsikan tapi masa tak menyempat. Balik
kerja dah lewat dan sibuk menguruskan anak bulus yang berpuluh ekor tambah
yang sakit lagi, jadi memang masa Kak Bell didedikasikan untuk depa. Harap
Kak Bell tabah higga ke akhirnya. Hehe.
Sebelum ni Kak Bell ada kongsikan tentang kisah kucing tak boleh kencing,
kucing susah kencing atau kucing kencing sikit atau berdarah. Selalunya
kerap terjadi pada kucing jantan dan turut berlaku juga pada kucing betina.
Dalam kes kucing jantan, penyakit batu karang atau
FLUTD
(Feline Lower Urinary Disease) dianggap kronik sebab saluran kencing kucing
jantan lebih panjang dan sempit serta mudah tersumbat berbanding kucing
betina. Kalau kucing betina kebanyakkannya disebabkan infeksi dan biasanya
masih boleh kencing walaupun sedikit sebab saluran kencing kucing betina
lebih besar.
Kak Bell ada pengalaman 4 ekor kucing jantan kena FLUTD, 2 masih kekal sihat
iaitu Sky (umur 8 tahun) dan Toby manakala Dexter & Didi tak dapat
diselamatkan kerana lambat bawa ke vet untuk rawatan. Kucing betina si Lucy
& Combi pernah kena susah kencing dan Luna pula kencing berdarah.
Sekarang Luna dah totally sihat. Untuk makluman, penyakit ni biasa akan
on-off berlaku jadi kena pantau selalu terutama tentang pemakanan, level
stress dan juga sebab hidrasi sebab kurang minum air.
Kenapa Kucing Kencing Sedikit Atau Tak Boleh Kencing?
Penyakit batu karang atau FLUTD ini berlaku kerana saluran kencing kucing
tersumbat oleh kristal, batu atau pasir halus. Bagi kes kucing betina
selalunya kerana jangkitan.
Cik Lucy
Berikut adalah sebab berlakunya kucing susah kencing:
Disebabkan oleh makanan dan diet tak seimbang. Biasanya terjadi kerana
makanan kucing (dry food) yang mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Biasanya jenis cat food yang murah, berwarna warni dan kandungan tak
seimbang. Batu karang boleh terbentuk didalam pundi kencing atau didalam
uretra. Kak Bell suggest pakai jenis premium atau super premium. Boleh baca
TIPS PILIH MAKANAN KUCING.
Kencing kotor biasanya disebabkan oleh bakteria, atau juga disebabkan oleh
virus dan fungus. UTI jarang terjadi pada kucing muda kerana urin kucing
muda biasanya berasid dan ini menghalang pertumbuhan bakteria penyebab UTI.
Tetapi ada juga kes berlaku pada kucing muda (kurang 10
tahun). Penyakit seperti diabetes dan
penyakit buah pinggang
lebih kerap berlaku pada kucing yang berumur lebih 10 tahun, maka mereka
lebih mudah dijangkiti UTI kerana terdapat perubahan pada acidity urine. UTI
lebih kerap terjadi pada kucing yang berumur sebagai punca utama FLUTD, dan
diikuti oleh urolithiasis.
Urethral obstruction adalah keadaan saluran kencing (urethra) kucing
tersumbat separuh atau total merupakan keadaan yang amat serius. Ianya
mengakibatkan kucing tidak boleh kencing walaupun meneran dengan lama. Ianya
disebabkan oleh batu karang atau tersumbat oleh residue atau sedimen kotoran.
FIC atau juga dikenali sebagai Interstitial Cystitis selalunya merupakan
penyebab jangkitan kuman pada saluran/pundi kencing kucing yang berumur
kurang 10 tahun. Puncanya adalah tidak diketahui.
6) Kucing tahan kencing.
7) Berpunca dari stress.
8) Kucing hidapi diabetes dan hipertiroidism.
Tanda-Tanda Kucing Menghidap FLUTD, Susah Kencing & Kencing Sedikit
Banyak kucing yang dapatkan rawatan ke veterinar sebenarnya menghidap FLUTD.
Penyakit ni pada kucing dianggap common dan biasa berlaku terutamanya kucing
jantan. Kebanyakkannya sebab obesiti dan sebab makanan kering 'dry food'
yang kandungan garamnya tinggi.
Combi
Antara tanda dan simptom kucing menghidapi FLUTD seperti:
- Tidak boleh kencing atau kencing dengan jumlah urin yang sedikit atau tak kencing pun (tidak lawas)
- Kencing berdarah (urin warna merah)atau urin kucing berkeladak (urin warna coklat)
- Kerap keluar masuk litter box dan hanya kencing 2,3 titik
- Kencing diluar dari litter box
- Meneran (straining) dan bising(crying) semasa kencing
- Kerap menjilat kawasan pembukaan urinary tract kerana sakit semasa kencing
- Murung dan tidak aktif
- Dehidrasi
- Muntah disebabkan keracunan ammonia urin
- Bahagian abdomen yang mengeras
- Kuat minum air sebab haus
Kaedah Pencegahan & Persediaan Rawatan Kucing Susah Kencing
Ada beberapa rawatan yang boleh dibuat tetapi ianya bergantung kepada tahap
kronik kesakitan kucing samada tak boleh kencing langsung atau kencing
sedikit. First, korang boleh pegang bahagian bawah abdomen dan rasa pundi
kencing kucing terasa keras.
Toby
Kalau keadaan tak kronik, vet boleh pasang cateter dan buat flushing tanpa
perlu warded. Kalau masih tak ok, kena bawa semula ke vet. Kalau kronik,
perlu warded 2 ke 3 hari untuk proses drip dan flushing stiap hari hingga
keadaan meow ok. Biasa kalau warded, dekat RM1000 juga kena (Kak Bell biasa
pergi Hospital Veterinar Jalan Gasing).
- Boleh berikan suplemen seperti Uty-Oxi atau Nefrotec Himalaya.
- Beri makanan pada jumlah yang kecil tetapi lebih kerap bagi mengelakkan obesiti.
- Tukar makanan kepada wet food atau pilih 'dry food' jenama yang lebih baik atau untuk makanan khas masalah urinary seperti jenama Hills, Royal Canin atau Science Diet. Kak Bell beri Vital Plus With Urinary Care + BRIT CARE STERILIZED URINARY HEALTH.
- Air lobak putih (ni Kak Bell tak sure sebab vet tak bagi pakai dan belum pernah cuba. Ada juga yang kata berkesan).
- Pastikan air minuman kucing sentiasa bersih dan kerap ditukar baru.
- Sediakan litterbox yang mencukupi untuk elak kucing stress.
- Bersihkan litterbox dua kali sehari atau lebih kerap.
Nefrotec Himalaya Herbal Supplement Untuk Kucing Susah Kencing
Sejak semalam Kak Bell perasan kucing betina Cik Lucy dengan Combi asyik
keluar masuk litter box tapi tak ada air kencing. Jadi Kak Bell bagi
Nefrotec Himalaya sebagai persediaan awal. Dua-dua ekor ni memang payah
kalau nak makan ubat. Tak kira la ubat tablet atau cecair, kena berperang
atau bedung tangan kaki depa baru boleh bagi ubat. Kesan cakar atau tangan
luka tu memang biasalah.
Lucy dah kencing lepas amik Nefrotec
Disebabkan ubat Himalaya ni besar, lagilah payah nak bagi depa makan. Jadi
Kak Bell larutkan dalam sedikit air dan paksa makan menggunakan syringe.
Alhamdulillah, selepas beberapa jam Cik Lucy terus dah boleh kencing dan
Combi baru kencing setitik dua. Asalnya beli Nefrotec ni untuk kucing jantan
tapi tak berkesan dan memang perlu bawa ke vet.
Kucing jantan samada sudah neuter atau tidak, memang mempunyai risiko yang
tinggi menghidap susah kencing disebabkan uretra blocking. Untuk kes kucing
payah kencing ni, kalau berlarutan dan hampir 24 jam tak boleh kencing,
mesti nak bawa ke vet kerana kucing akan mati jika dibiarkan. Kucing Kak
Bell si Sky dan Toby tu pun kadang-kadang lepas 6 bulan atau setahun pernah
kena balik penyakit ni. Kalau dah bagi ubat masih tak ok, silalah bawa ke
vet secepat mungkin sebab isu kucing tak boleh kencing adalah isu kecemasan
yang boleh mengakibatkan kematian kucing.
Kredit: http://kucingkuduniaku.blogspot.com/