Hi semua! Tahun 2021 sudahpun sampai ke penghujung dan jenama MILO UHT
ingin menutup tahun ini dengan peraduan "Lengkap & Menang". MILO UHT
menawarkan para penggunanya peluang untuk memenangi ganjaran tunai dalam
bentuk akaun simpanan melalui peraduan yang sedang berlangsung di seluruh
negara mulai 25 Oktober 2021 hingga 19 Disember 2021.
MILO UHT sedar bahawa ramai rakyat Malaysia telah dihimpit kesukaran sejak
kebelakangan ini, terutamanya ibu-bapa yang harus mengimbangi antara keperluan
diri mereka apabila bekerja dari rumah dan anak-anak mereka yang menjalani
pembelajaran dalam talian. Bagi mengurangkan sedikit sebanyak tekanan ibu
bapa, MILO UHT yang datangnya dalam pembungkusan sedia-untuk-diminum, dapat
memudahkan ibu bapa bukan sahaja untuk menikmatinya di rumah tetapi juga untuk
dibawa anak-anak sebagai bekalan ke sekolah apabila persekolahan dimulakan
semula.
Pada masa sama, mereka juga ingin memberi sokongan dan penghargaan terhadap
para pengguna setia MILO UHT dengan menawarkan peluang untuk pelanggan meraih
pelbagai hadiah hebat melalui peraduan “Lengkap & Menang”.
"Meskipun tidak seberapa, mudah-mudahan hadiah ini semua dapat membawa kegembiraan dan keselesaan kepada para pemenang dan keluarga masing-masing, sekaligus membantu meringankan bebanan kewangan yang mungkin mereka lalui sekarang. Ganjaran akaun simpanan, sebagai contoh, adalah satu cara yang baik untuk membantu mereka bangkit dan bina semula kehidupan setelah ditimpa kesusahan,” kata April Wong, Pegawai Ekesekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Hadiah Simpanan Wang Tunai Sebanyak RM10,000
Hadiah menarik yang ditawarkan adalah hadiah mingguan berupa satu hadiah
utama wang tunai bernilai RM10,000 dan 20 hadiah sagu hati sebanyak RM300.
Hadiah wang tunai tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan
Maybank/Maybank Islamic.
Peraduan ini turut menawarkan pelbagai hadiah menarik lain dalam bentuk
peranti elektronik, antaranya komputer riba Dell Inspiron 15 3000, tablet
Samsung Galaxy Tab S6 Lite LTE dan telefon pintar Samsung Galaxy A32.
Kesemua hadiah ini dipilih khas dengan niat untuk meringankan bebanan
keluarga termasuklah bagi memudahkan anak-anak kecil menjalani kelas dalam
talian serta ibu-bapa yang dikehendaki untuk terus bekerja dari rumah.
Bagaimana Untuk Menyertai Peraduan “Lengkap & Menang” MILO?
Peraduan “Lengkap & Menang” MILO ini terbuka kepada semua rakyat
Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas yang memiliki dokumen pengenalan yang
sah. Berikut adalah cara penyertaan:
Langkah 2: Tulis nama penuh bersama nombor kad pengenalan peserta di muka depan resit dan sertakan jawapan yang betul untuk silang kata yang disediakan.
Langkah 3: Hantarkan sekeping gambar resit pembelian yang jelas ke
nombor WhatsApp: 018 388 2393.
Setiap pembelian RM6 akan diberikan 1 peluang kemenangan dan anda boleh
menghantar lebih daripada satu penyertaan. Jangan lupa untuk jawab 1
soalan yang tertera di risalah dan hantarkan penyertaan melalui WhatsApp
SAHAJA. Walaubagaimanapun, setiap penyertaan WhatsApp hanya boleh
mengandungi satu imej resit asal sahaja. Satu resit hanya boleh digunakan
sekali Penyertaan. WhatsApp berulang yang menggunakan resit bercetak yang
sama akan dibatalkan.
Untuk maklumat lanjut dan FAQs PERADUAN MILO LENGKAP DAN MENANG, sila
layari
www.milo.com.my. Selamat mencuba!