Mengharapkan tahun yang lebih menyerlah dan penuh semangat, Shiraz Projects
Sdn Bhd dengan bangganya membawakan KONSERT SLAM MENTARI MUNCUL LAGI pada
tahun hadapan, Februari 2022. Konsert kumpulan legenda dan terkenal SLAM ini
bakal dipersembahkan buat para peminat konsert tempatan khususnya. Bagi
mempersembahkan senarai katalog lagu-lagu hits mereka, venue kali ini akan
diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari
2022, jam 8.30 malam.
Konsert ini yang sepatutnya berlangsung pada 17 Januari 2021 terpaksa
ditunda disebabkan pandemik Covid 19 di mana industri seni tanah air amat
terkesan. Dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, konsert
ini akan berlangsung dengan kapasiti 50% kehadiran penonton dengan
penjarakkan sosial. Peminat yang bakal hadir di konsert tersebut juga
diwajibkan membuat ujian kendiri Covid 19 sekurang-kurangnya 48 jam sebelum
hari konsert. Pihak penganjur memandang berat dan akan memastikan segala SOP
dikuti serta mengharapkan agar para penonton yang hadir untuk menyaksikan
konsert ini turut mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Gabungan vokalis hebat Zamani bersatu dengan pemain-pemain instrument
professional iaitu Shah (gitar), Eddie (keyboard), Man (dram) dan Lili
(bass) akan membawa khalayak mengimbau nostalgia masa lalu sewaktu membesar
dengan lagu-lagu handalan mereka. Pastinya setiap lagu akan disertai dengan
nyanyian bersama para peminat kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1991 ini.
Tiga puluh tahun dalam industri dan melalui pelbagai kenangan pahit dan
manis bergelar anak seni, Slam sentiasa menghadiahkan persembahan bertenaga
dan kaya bunyi bagi melengkapkan momen-momen indah buat semua peminat.
Slam pernah muncul dengan rangkaian konsert yang sentiasa meninggalkan kesan
yang tersendiri buat peminat, untuk konsert kali ini mereka merasakan
persiapan akan jadi lebih mantap. Sudah lama tidak muncul dengan sebuah
konsert dan selalunya sebelum ini Slam akan mengadakan konsert dua tahun
sekali. Jadi kali ini persediaan akan lebih ekstra dan rapi.
"Kalau sebut tentang kelainan, kami boleh katakan susunan muzik akan lebih mantap lagi dan kita membesarkan lagi muzik dan bunyi dengan penambahan instrument. Untuk konsert kali ini juga, kami akan menggunakan teknblogi moden dengan menyelaraskan visual dan teknik pencahayaan. Rasanya ini merupakan sebuah stepping stone' untuk Slam memberikan satu perkara baru untuk para peminat," ujar Shah mewakili kumpulan Slam."Harapan kami agar Konsert Slam Mentari Muncul Lagi ini merupakan permulaan untuk konsert- konsert kami yang mendatang. Banyak perancangan yang sudah terkandas. Ini akan menjadi sebuah pengenalan Slam serius kembali dan juga hadiah buat para peminat," tambah Shah.
Kumpulan yang berasal dari Johor ini sudah menempa nama bukan sahaja di
Malaysia tetapi juga dikenali di Singapura, Brunei dan Indonesia, Lagu
Gerimis Mengundang telah diubah kepada pelbagai versi di negara jiran,
Indonesia. Lagu tersebut merupakan salah sebuah lagu yang terkandung dalam
album studio kedua, Kesan Terbukti yang dilahirkan pada tahun 1995. Album
ini juga turut menampilkan pelbagai lagu hits seperti Tak Mungkin Berpaling,
Manisnya Rindu, Bukan Niat Membalas Derita, Kembali Terjalin dan Nurkasih.
Sebelum itu, Slam muncul melalui album bertajuk Slam pada tahun 1994 dengan
mengenengahkan lagu-lagu seperti Buat Seorang Kekasih dan Nina. Album ketiga
kumpulan yang dianggotai oleh Zamani, Shah, Eddie, Ajak, Man dan Lili ini
muncul pada tahun 1996 dengan tajuk Kembali Merindu. Antara lagu-lagu yang
menjadi siulan melalui album ini lalah Jika Kau Rasa Getarnya, Kita Terpaksa
Bermusuhan dan Kembali Merindu. Pada tahun yang sama, Slam muncul dengan
konsert berskala besar pertama di Stadium Negara yang bertajuk Slam Live
Concert Unplugged. Kumpulan ini turut dianugerahkan Anugerah Kembara di AIM
ke-4.
Pada tahun 1998, mereka kembali meledak dengan album Dalam Harapan yang
mengandungi lagu- lagu seperti Mentari Muncul Lagi, Tiada Aku Jemu, Entah
Mengapa dan Terpukau Seribu Rindu. Album Slamanja dikeluarkan pada tahun
2003 dengan dikuti album Menggapai Langit pada tahun 2007.
Antara pencapaian lain buat Slam yang tersimpan erat dalam sejarah penubuhan
mereka ialah memenangi tempat ketiga di Voice of Asia 1997 dan Anugerah Khas
di Anugerah Musik Indonesia 1999.
Konsert Slam Mentari Muncul Lagi menawarkan tiket berharga RM 700, RM360,
RM260, RM200, RM160, RM130 untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.
Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk
tempahan tiket.
KONSERT SLAM MENTARI MUNCUL LAGI
Tarikh: 12 Februari2022
Venue : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Harga tiket :
RM700 (Meet & Greet)
RM360 (Diamond)
RM260 (Platinum)
RM200 (Gold)
RM160 (Silver)
RM130 (Bronze)
Web : www.shirazprojects.com
Tiket : www.myticket.asia
Contact : 03-86050196
Info Hotline : 012-2560082
Facebook : shirazprojects
Instagram : shirazprojects
Hashtag : #KonsertSlamMentariMunculLagi
Radio Rasmi : Buletin FM
Tiket Rasmi : MyTicket
Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Slam dan Shiraz
Projects. Peminat-peminat Slam juga boleh membeli T-shirt eksklusif apabila
membeli tiket konsert di laman web www.myticket.asia
Pihak Shiraz Projects berterima kasih kepada PENJANA, KKMM dan MyCreative
kerana memberi sokongan kerana tanpa sokongan dari mereka adalah sukar untuk
melaksanakan konsert dalam skala besar di kala industri amat terkesan dengan
situasi pandemik di kala ini.