DOA IFTITAH DALAM TULISAN RUMI, KELEBIHAN DOA & MAKNANYA - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal DOA IFTITAH DALAM TULISAN RUMI, KELEBIHAN DOA & MAKNANYA

Trending

DOA IFTITAH DALAM TULISAN RUMI, KELEBIHAN DOA & MAKNANYA

Ifitah bermaksud pembuka dan dibacakan dalam mana-mana solat fardu. Doa ini dibaca selepas mengangkat takbir (takbiratul ihram) rakaat pertama solat fardu sebelum membaca Al Fatihah. Berikut adalah doa iftitah dengan bacaan tulisan jawi, tulisan rumi dan juga maksudnya.

DOA IFTITAH

Doa Iftitah Dalam Tulisan Jawi

Allaahu Akbar Kabiraa, Walhamdulillahi kathira,
Wa Subhanallahi Bukratan Wa asila,
Wajjahtu Wajhiya lil-lazi Fataras-Samawati wal-Ardh,
Hahifan-Musliman Wama ana minal-musyrikin,
Inna salati, wanusuki wamahyaya, wawamati Lillahi rabbil-alami
laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu Wa Ana Minal Muslimin

اَللهُ اَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْاَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلّهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ. لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ


DOA IFTITAH DALAM


Doa Iftitah Dalam Tulisan Rumi

Allah Maha Besar sebesar-besarnya,
Dan pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan Maha Suci Allah siang dan malam (pagi dan petang),
Kuhadapkan mukaku kepada yang Menciptakan langit dan bumi,
(Aku) berpegang teguh (lagi) berserah diri dan 
bukanlah aku dari golongan yang menyukutukan

Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku
hidupku dan matiku
Bagi Allah Tuhan semesta alam
Tidak ada sekutu bagi nya
Dan dengan itu aku diperintahkan
(Dan) aku (adalah) daripada golongan orang-orang Islam

DOA IFTITAH

DOA IFTITAH DALAM



HUKUM MEMBACA DOA IFTITAH

Hukum membaca iftitah dalam solat adalah sunat. Ia boleh dibaca ketika solat fardu dan solat sunat. Jika tidak melakukanya, tidak perlu sujud sahwi. Membacanya setelah takbiratul Ihram merupakan satu tuntutan Nabi SAW. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah SWT. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan bahawa baginda SAW amat menitik beratkan pembacaan iftitah ini.

Pendapat majoriti ulama menyatakan membaca iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat jika tidak dibaca, namun seeloknya kita mempraktikkan bacaan doa iftitah sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW. Sabda Nabi SAW:

”Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.]


Kelebihan Doa Iftitah

Sesungguhnya Abu Hurairah menceritakan bahawa:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?’'.

Baginda menjawab; ‘Aku membaca;

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ،" اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ

“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun”. (Riwayat Imam Muslim)

Seperti yang dikatakan, Doa Iftitah adalah sunat dibaca. Kita boleh memilih mana-mana doa iftitah yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya walaupun ianya sunat, tetapi makna yang terkandung di dalamnya sebaiknya dilaksanakan bacaannya. Semoga membantu mereka yang masih baru belajar solat dan memahami doa ini.

ل ذ ي ف
لا ش ر ك ي ن

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post