Buat kaki wayang di Malaysia, sudah bersediakah anda untuk merasai
pengalaman menonton filem luar biasa selepas ini? Tak lama lagi bolehlah
korang semua menonton wayang di Dadi Cinema iaitu rangkaian pawagam kedua
terbesar di China (disebut sebagai DAA-DEE) yang akan dibuka tidak lama
lagi. Jom teruskan baca untuk Dadi Cinema review.
Pavillion KL Star Max Hall; movies under the stars
Rangkaian pawagam terkemuka China ini bakal beroperasi mulai 1 November 2021
dengan pembukaan dua cawangan pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men
USJ. Kedua-dua lokasi tersebut menampilkan konsep dalaman yang unik: Dadi
Cinema Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi pawagam pertama di Malaysia yang
memperkenalkan “konsep menonton wayang di bawah bintang” melalui Star-Max Hall
di mana seluruh dewan pawagamnya dihiasi dengan tema galaksi dan bintang
gemerlapan. Projektor laser canggih juga digunakan untuk memaparkan grafik
pawagam yang lebih terang dan jelas sementara sistem bunyi Dolby Atmos pula
menawarkan pengalaman audio keliling yang menakjubkan. **Star Max Hall - a cinematic journey under the stars with an immersive experience movie viewing.
Da Men Street
Da Men waiting area
Da Men Concession counter
Rekabentuk pawagam di Da Men USJ pula berlandaskan konsep terbuka “Street
Scheme” (Da Men Street) yang dihiasi dengan gambar rajah seni bina dan tanda
isyarat lalu lintas, sekaligus menghadirkan rasa girang buat penonton wayang
meskipun sebelum tayangan bermula.
Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur juga menyediakan pengalaman VIP dengan
layanan Star+ Hall premium yang datangnya dengan tempat duduk recliner, pad
pengecasan wayarles, butang panggilan servis, dan akses ke ruang istirehat
peribadi yang menawarkan makanan dan minuman ringan terpilih tanpa had untuk
dinikmati sebelum tayangan bermula.
Pavillion KL Hall 2
Pavillion KL Star Lounge
Pavillion KL Recliner Seats; leatherette recliner cabin seat
Anak-anak kecil juga pasti terhibur di Dadi Cinema dengan adanya Lil Star Hall
yang mesra keluarga. Dewan ini dilengkapi dengan tempat duduk comel yang
direka khas untuk kanak-kanak serta taman permainan Lil Star Playland untuk
anak-anak anda bermain sementara menanti tayangan bermula. Kedua-dua kemudahan
ini boleh didapati di kedua-dua cawangan Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ.
Watching a movie at Dadi Cinema is more than just sitting at your seat with your popcorn enjoying the latest blockbuster. Pengunjung pawagam juga
berkesempatan untuk membeli belah di bahagian cenderahati Dadi Cinema. Mereka
juga boleh mendaftar atas talian untuk kad keahlian Dadi Cinema iaitu U+, yang
membolehkan mereka menikmati diskaun dan tawaran istimewa di kesemua cawangan
Dadi Cinema.
Lil Star Hall Pavillion KL
Lil Star Playland Pavillion KL
Dadi Cinema adalah sebahagian daripada Dadi Cinema Group. Ia merupakan
rangkaian pawagam kedua terbesar di China dengan 2,936 skrin dalam 496
pawagam meliputi 191 bandaraya di seluruh negara China. Ini merupakan julung
kalinya syarikat ini mengembangkan perniagaannya ke Malaysia dan dua lagi
lokasi baharu iaitu Pavilion Bukit Jalil dan Pavilion Damansara Heights yang
telah dikenalpasti untuk pembukaan pada masa akan datang.
Buat korang yang lebih gemar berkunjung ke pawagam for watching a movie, jangan lupa datang menonton
dan nikmati sendiri kepuasan dan pengalaman yang sukar dilupakan di Dadi
Cinema. Tiket boleh diperoleh melalui atas talian, aplikasi Dadi Cinema
(Huawei App Gallery & Apple Store), atau di kaunter konsesi di pawagam.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dadi Cinema, sila layari
www.facebook.com/dadicinema/ atau
www.dadi.my.
Tags:
Movie Review