Siapa sahaja yang tidak memiliki akaun Facebook di zaman sekarang.
Facebook
ialah sebuah web rangkaian sosial yang mula terkenal sejak tahun 2006.
Facebook sekarang dikendali dan dimiliki oleh Facebook, Inc. dan kini
dikenali sebagai
Meta Platforms.
Asalnya, Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan
sekursus sains komputer Andrew McCollum, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz
dan Chris Hughes mencipta laman web ini terhad hanya buat penuntut Harvard
dan seterusnya berkembang dan mempunyai lebih dari 400 juta ahli yang aktif.
Laman sosial FB ni memang telah jadi sebuah platform popular untuk berniaga
di atas talian dan sebagainya.
Diantara topik popular yang selalu ditanya oleh pengguna Facebook ialah
'bagaimana cara nak delete akaun Facebook'? Kebanyakkan yang bertanya adalah
disebabkan berlakunya kematian dan waris atau ahli keluarga yang terbabit
ingin memadam akaun FB berkenaan. Ada juga yang ingin berhenti sekejap dari
dunia Facebook dengan cara deactivate sementara FB atas sebab nak fokus
kepada peperiksaan, tak nak ade gangguan atau nak relaxs sekejap untuk cari
ketenangan dari dunia Socmed.
Untuk makluman memang terdapat cara untuk delete akaun/memadan akaun FB
personal, FB pages atau deactivate buat sementara waktu akaun FB. Ada beza
tau antara deactivate dan delete. Ramai orang nak delete Facebook tapi tak
jumpa cara yang betul. Kebanyakkan pengguna Facebook hanya boleh deactivate
kan sahaja Facebook diorang. Kalau korang deactivate FB, bila korang log in
akaun korang akan active semula. Tapi kalau delete, sekali dah send delete,
terus dah tak ada lah akaun tu. Tanpa tunggu lama-lama, jom baca lebih
lanjut cara memadam akaun Facebook secara kekal atau sementara (deactivate
FB).
CARA NAK DELETE AKAUN FACEBOOK
Untuk langkah ini boleh digunakan untuk memadam akaun FB personal.1. Log in Facebook
2. Pergi ke Setting & Privacy
3. Klik bahagian Setting
4. Klik pada bahagian Profile Access And Control
5. Klik ' Deactivation And Deletion'
6. Pilih samaada nak delete kekal (klik DELETE ACCOUNT) atau nak deactivate sementara (klik DEACTIVATE ACCOUNT)
7. Ikut je arahan yang diberikan selepas itu.
CARA NAK DELETE AKAUN FACEBOOK PAGE
1. Log in Facebook dan pergi ke FB Pages2. Pergi ke Setting & Privacy
3. Klik bahagian Page Settings
4. Scroll bawah dan klik pada bahagian Page Access And Control
5. Klik ' Deactivation And Deletion'
6. Pilih samaada nak delete kekal FB Page (klik DELETE PAGE) atau nak deactivate sementara (klik DEACTIVATE PAGE)
7. Ikut je arahan yang diberikan selepas itu.
CARA MUDAH MUAT TURUN DATA FB SEBELUM DELETE AKAUN FACEBOOK
1. Log in Facebook2. Pergi ke https://www.facebook.com/help/delete_account
3. Klik Download Your Infomation
4. Klik pada DELETE ACCOUNT
FB akan beri info jumlah gambar dam post yang telah dibuat sepanjang
gunakanFB. Semua maklumat ini disimpan di pelayan. Facebook juga
menyimpan maklumat mengenai alamat IP yang anda gunakan untuk log masuk
ke Facebook, tarikh, masa dan sejarah status akaun.
Bagi akaun FB akan diberi masa 30 hari jika korang nak restore semula.
Selepas 30 hari, akaun akan permanently dipadam. Proses padam semua
data FB akan mengambil masa 90 hari untuk segala-galanya untuk
dipadamkan dari pelayan Facebook. Dalam tempoh 90 hari, akaun tidak
akan dapat diakses oleh orang lain.
Untuk FB Page deletion akan diberi masa 14 hari untuk pemilik akaun
restore semula page jika tak jadi delete.
CARA AKTIFKAN SEMULA DEACTIVATE AKAUN FB
Untuk deactivate akaun FB akan ambil masa 24 jam untuk betul-betul akaun facebook lenyap. Akaun FB akan aktif semula bila akaun FB di log in semula.Pewaris Akaun (Legacy Contact)
Sebenarnya Facebook juga mempunyai ciri Legacy Contact. Ia bertujuan
untuk mewariskan akaun anda kepada orang lain apabila anda sudah tiada
lagi.
Melalui pewaris, mereka boleh:
- Menulis siaran yang dipinkan (pinned post) untuk profil anda seperti kongsi mesej akhir bagi pihak anda atau memberitahu atas pemergian anda
- Kemas kini gambar profil dan muka depan (cover photo)
- Memohon Facebook memadam akaun anda
- Muat turun salinan tentang perkara yang telah anda kongsi di Facebook (jika anda menghidupkan ciri ini)
Namun, pewaris tidak boleh:
- Log masuk akaun anda
- Baca mesej anda
- Mengalih keluar (remove) mana-mana rakan anda atau membuat permintaan menjadi rakan yang baharu
Legacy Contact yang telah dipilih itu juga boleh diberikan akses (tekan
Data Archive Permission) untuk memuat turun salinan data yang telah anda
kongsikan di Facebook, seperti yang telah dinyatakan di atas. Anda turut
boleh menukar Legacy Contact Facebook yang dipilih tadi dengan tekan
"remove" dan pilih kenalan yang lain.
Jadi, disarankan juga buat anda untuk membuat tetapan Legacy Contact ini
sekiranya masih belum berbuat demikian. Semoga cara yang dikongsi
memberi panduan dan manfaat buat pengguna Facebook.
Tags:
Blogger Tips