Beberapa bulan kebelakangan, Britney Spears kembali menjadi sorotan media
berikutan kisah eksploitasi oleh keluarganya disaat menjalani
conservatorship. Akhirnya, Britney Spears bebas dari conservatorship setelah
13 tahun.
Pada pada akhir 1990-an dan awal tahun 2000an, Britney Jean Spears dianggap
sebagai ikon pop dan digelar "Puteri Pop Dunia" setelah kejayaan 2 album
studionya Baby One More Time (1999) dan Oops!...I Did It Again (2000) dan
menjadikannya artis remaja paling laris sepanjang masa. Masa zaman tu memang
suka betul dengan lagu-lagu Britney siap beli lagi kaset Britney. Pada 2008,
conservatorship diberikan kepada Britney Spears setelah dia dikatakan
mengalami krisis kesihatan mental.
Apa Itu Conservatorship?
Conservatorship atau penjaga sah adalah orang yang diberi kuasa oleh mahkamah
Amerika Syarikat ke atas anak jagaannya yang dianggap tidak mampu mengelola
kewangan atau kehidupannya sendiri. Biasanya conservatorship diberikan kepada
mereka yang berusia lanjut atau masih bayi, mengalami gangguan kesihatan
mental, menderita sakit parah atau mengalami kecacatan. Mahkamah biasanya
mempunyai kuasa bagi melantik penjaga bagi individu yang memerlukan
perlindungan khas dan penjaga (conservator) bertanggungjawab mengurus semua
hal anak jagaanya.
Dalam kes conservatorship Britney, James Parnell Spears iaitu ayah Britney
bertindak sebagai co-conservator, atau yang diberi kuasa oleh mahkamah untuk
mengurus kewangan Britney bernilai lebih dari 80 juta dollar AS (RM333,184
juta) bersama dengan syarikat pengurusan Bessemer Trust. Pihak konservator
mempunyai kuasa ke atas kewangan, kerjaya serta hal peribadi Britney seperti
lawatan terhadap anak lelakinya yang masih remaja dan sama ada dia boleh
berkahwin semula.
Podcast Britney's Gram mendakwa menerima maklumat dari sumber tanpa nama,
bahawa Spears telah dimasukkan ke pusat itu tanpa kerelaannya sejak Januari
2019. Mereka mendakwa kemasukan Britney ke hospital dan pembatalan konsert
Domination telah diperintahkan oleh bapa Spears selepas Britney memutuskan
untuk tidak mengambil ubat dan melanggar peraturan dalam konservatorinya yang
tidak membolehkan Britney memandu. Britney's Gram dan beberapa saluran berita
mempersoalkan tempoh konservatori Britney kerana ia sepatutnya berakhir
selepas The Circus Tour pada tahun 2009.
Gerakan #FreeBritney
Tanda pagar Free Britney, #FreeBritney telah dibuat oleh jutaan peminatnya
sejak 2019. Ia mungkin dilihat sebagai satu tindakan kecil, tetapi
meninggalkan impak yang besar buat peminatnya di seluruh dunia yang selama ini
sering tertanya-tanya sama ada akaun media sosialnya dikawal oleh orang lain
atau dirinya sendiri.
Setelah Britney Spears memuat naik beberapa hantaran di Instagram dengan
beberapa aksi pelik atau dengan mesej tersembunyi membuatkan para peminat
Britney mendakwa bahawa Britney telah dianiaya dan memerlukan bantuan. Terus
tanda pagar Free Britney meledak di sosial media. Akhirnya Britney berjaya
mendapatkan peguam baru untuk mengendalikan kes rayuan penyingkiran bapanya,
Jamie Spears yang didakwa mengeksploitasi dan mengawal hidupnya sejak 13 tahun
lalu. Bukan sahaja bapa, malah ibu dan adiknya Jamie Lynn Spears turut
didakwa.
Wakil peguam dan para peminat Britney sudah lama menuduh bapanya mengaut
keuntungan sepanjang menjadi penjaganya. Arahan conservatorship oleh mahkamah
dikeluarkan selepas penyanyi popular itu menyerang kereta seorang paparazi
pada 2007. Para peguam Britney berkata Jamie tidak layak kerana dikatakan
mempunyai masalah ketagihan alkohol dan menyebabkan trauma kepada anaknya
sejak kecil dan Setiap hari di bawah jagaan bapanya, Britney merasa terdera
dan menderita. Kesian ye Britney sampai nak beli Starbuck pun kena minta
kebenaran conservator dia terlebih dulu.
Tahun 2019, Britney gagal dalam cubaannya untuk ‘menyingkirkan’ bapanya
daripada mengawal kehidupan dan hal-hal peribadinya selepas Mahkamah Los
Angeles memutuskan perkara itu akan terus berkuat kuasa sehingga tahun 2021.
Britney telah meminta pengadilan untuk segera mengakhiri conservatorship yang
telah dijalaninya selama 13 tahun. Dalam pernyataannya di mahkamah Los
Angeles, Britney mengaku diri dia tertekan karena tidak bolem menbuat
keputusan terhadap kewangan mahupun soal hidupnya sendiri.
"Saya hanya ingin hidup saya kembali. Saya benar-benar yakin jika conservatorship ini kejam" ujar Britney dan meminta agar hakim mengakhiri conservatorship terhadap dirinya tanpa dipaksa untuk melakukan evaluasi.
Hasil gerakan #FreeBritney telah membawa kepada pendakwaan ke atas bapanya di
mahkamah Los Angeles dan Jamie Spears akhirnya disingkirkan daripada
konservatori jagaan Britney Spears. Hakim Brenda Penny telah mengarahkan Jamie
Spears untuk memulangkan semula semua aset Britney dan Jamie Spears digantikan
serta-merta dengan penjaga sementara, seorang akauntan bernama John Zabel.
Keputusan yang dikeluarkan itu sangat dinanti-nantikan. Selepas bertahun-tahun
lamanya para peminat dan rakan-rakan rapat Britney berkempen untuk
kebebasannya. Puluhan penyokong juga berkumpul di luar mahkamah dengan membawa
sepanduk ‘Penjarakan Jamie’ dan ‘Bebaskan Britney’. Slogan ini juga beredar
bebas sebagai tanda pagar di media sosial sedunia. Selebriti seprti Lady Gaga,
Cher dan Ariana Grande turut memberi sokongan dan respon terhadap pembebasan
Britney. Akhirnya, Britney Spears boleh menarik nafas lega! Tiada lagi beban
memeritkan buat Britney.
Tags:
Hiburan