Hi semua! 25 Oktober lepas Kak Bell sempat berkunjung ke cawangan Ke-4 Lulu
Hypermarket di Amerin Mall, Seri Kembangan. Sebelum ini semasa pembukaan
outlet ke-3 di Setia Alam pun Kak Bell sempat pergi. Biasalah, mesti Kak
Bell tak lepaskan peluang dengan tawaran hebat pembukaan outlet Lulu
Hypermarket.
Untuk outlet ke-4 Lulu Hypermarket ini berbeza daripada 3 cawangan yang
sebelumnya dan dikenali sebagai LuLu Grocer. Buat penduduk Balakong
atau Seri Kembangan atau mereka yang tinggal berhampiran Amerin Mall boleh
datang shopping barangan keperluan di sini.
Lulu Grocer Stor Runcit Pertama Lulu Group Retail
Lulu Grocer di Amerin Mall ini merupakan stor runcit yang pertama dibuka
oleh Lulu Group Retail. Lulu Grocer ini berkonsepkan beli-belah barangan
keperluan secara selesa, pantas dan mudah.
LuLu Grocer mempunyai keluasan 31 ribu kaki persegi dengan bahagian pasar
raya, makanan panas, barangan segar dan pelbagai barang keperluan lain.
Amerin Mall juga terletak bersebelahan dengan Lebuhraya SILK, jadi LuLu
Grocer memang mudah diakses dari arah Serdang, Cheras dan Kajang.
3 Hari TAWARAN PEMBUKAAN Bermula 25-27hb Oktober
Seperti yang kita semua maklum, LuLu terkenal dengan kebersihan, ruang
membeli-belah yang luas, selesa dan harga terbaik. Buat pelanggan Lulu
Hypermarket, sekarang ada TAWARAN PEMBUKAAN selama 3 hari bermula 25-27hb
Oktober. Kalau opening outlet Lulu memang semuanya murah. Pastikan semak
dahulu barang yang ada tawaran harga rendah dan murah.
Amerin Mall turut menyediakan kemudahan seperti tempat makan, tempat letak
kenderaan serta semua perkara yang akan menjadikannya Lulu Grocer sebagai
tempat beli-belah kejiranan kegemaran anda. Pendek kata semua barangan
dapur, barangan segar dan barangan kegunaan rumah yang lain ada di Lulu
Grocer. Sempatlah Kak Bell shopping satu troley barangan di Lulu Grocer.
Antara barangan yang Kak Bell beli dengan harga tawaran promosi seperti
beras Basmathi Sunflower (RM34.90; retail RM60), container 71L (RM29.90;
retail RM52.99), sabun serbut TOP 2.1kg (RM8.99; retail RM15.90), pewangi
ruangan Ambi Purr (RM3.99; retail RM6.90), tisu daput Scott (RM8.99; retail
RM14.95) dan macam-macam lagi.
Sekiranya korang mencari kimchi, sambal belacan, keju, acar pelbagai jenis,
cili jeruk, barangan kisar seperti bawang, cili dan sebagainya, bolehlah
terjah ke bahagian Delicatessen. Kalau nak cari jenis kekacang dan pelbagai
jenis kurma boleh cari di bahagian Roastery.
Antara tempat yang Kak Bell akan singgah mestilah bahagian Hot Food (Masakan
Panas). Di sini ada macam-macam makanan yang sedap seperti nasi ayam mandy,
nasi beriani, lasagna, ayam bakar dan pelbagai lagi pencuci mulut Arab.
Memang ramai ya yang beratur nak tapau sebab harganya murah dan berpatutan
jika dibandingkan dengan kedai di luar.
Bersempena dengan hari pembukaan, ada beberapa hidangan yang ditawarkan pada
harga promosi. Contohnya seperti beli 2 ekor ayam bakar akan dapat air coke
1.5 litter secara percuma. Di bahagian Bakeri ada disediakan aneka kek,
roti, biskut homemade dan manisan. Selain produk in-house, terdapat juga
jenama lain seperti Gardenia dan pelbagai lagi.
Jadi, apa tunggu lagi. Sebarkan berita baik ini kepada semua rakan anda yang
tinggal berdekatan dan nantikan Tawaran Pembukaan Lulu Grocer yang
Super-Duper. Memang berbaloi! Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman
sosial media rasmi LuLu Hypermarket di bawah: