Selepas JOOX SuperRoom Challenge 1.0 yang lalu mendapat sambutan ramai,
aplikasi penstriman muzik JOOX kembali dengan peraduan JOOX SuperRoom
Challenge 2.0. JOOX dan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000 bagi
orang ramai yang menyertai peraduan JOOX SuperRoom Challenge bermula 7
hingga 20 Oktober ini.
Menerusi JOOX Superoom Challenge 1.0, hampir 80 peserta yang terdiri
daripada orang awam, selebriti, badan-badan NGO dan influencer media sosial
telah menyertainya dan seramai 35 peserta telah diumumkan sebagai pemenang.
Selepas pertandingan tersebut berakhir, pihak JOOX mendapati jumlah ROOMS
yang dibuka lebih tinggi daripada sebelumnya sehingga 200 ROOMS dibuka
setiap hari. Peningkatan pembukaan JOOX Rooms menunjukkan bahawa JOOX telah
berjaya memperkenalkan JOOX ROOMS di Malaysia dengan jayanya.
JOOX Superoom Challenge Bertujuan Bantu Jana Pendapatan
Pihak JOOX memperkenalkan idea pertandingan menggunakan platform digital
ini adalah bagi membantu masyarakat termasuklah golongan anak seni untuk
menjana pendapatan menerusi peraduan Joox SuperRoom Challenge. Sesiapa
sahaja boleh menyertai JOOX Superoom Challenge ini dan ianya terbuka kepada
semua individu termasuk peniaga atas talian, golongan selebriti dan
influencer media sosial dan anda juga!
Menariknya JOOX SuperRoom Challenge 2.0 ini, hos berpeluang memenangi hadiah
wang tunai yang lebih lumayan, menggunakan sistem ranking untuk mencari lima
pemenang top 5 setiap hari. Dengan desain baharu yang telah dikemaskini dan
direka untuk menjadi lebih mesra pengguna pasti akan memberi pengalaman
lebih menarik kepada hos JOOX ROOM.
Hadiah-Hadiah JOOX SuperRoom Challenge 2.0
Untuk mendapatkan hadiah wang tunai, setiap hos perlu mencapai jumlah
sekurang-kurangnya 100 pengunjung sepanjang JOOX SuperRoom 2.0 Challenge
berlangsung. Selain itu setiap peserta JOOX SuperRoom Challenge 2.0 turut
berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3,000 menerusi Jackpot.
Penerima Jackpot ditawarkan kepada hos yang mempunyai jumlah tontonan dalam
talian paling ramai sepanjang pertandingan JOOX SuperRoom Challenge 2.0
berlangsung. Pemenang hadiah Jackpot akan diumumkan selepas pertandingan
tamat kelak.
Tempat Pertama : RM600
Tempat Kedua : RM500
Tempat Ketiga : RM400
Tempat Keempat: RM300
Tempat Kelima : RM200
JOOX menetapkan syarat bahawa ke semua peserta perlu menggunakan platform
JOOX Rooms di aplikasi JOOX dan perlu mengemudi atau hoskan sesi secara
langsung selama sekurang-kurangnya satu jam. Sehubungan itu, JOOX
mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan platform digital kami
untuk berkongsi pendapat, mengekspresikan diri serta menghebahkan mengenai
produk jualan anda. Jadi bolehlah ajak kawan-kawan anda semua untuk bersama
dalam sesi JOOX Rooms anda. Lagi ramai penonton, lagi berpeluang cerah untuk
menang hadiah wang tunai!
Bagi anda semua di luar sana yang ingin tampilkan kreativiti dan bakat
masing-masing disamping menjana pendapatan bersama JOOX, bolehlah sertai
JOOX SuperRoom Challenge. JOOX sediakan platform ini kerana mereka ingin
membantu anda menjana pendapatan dan membantu masyarakat di luar sana selain
bersaing dengan sihat melalui pertandingan ini.
Rebut peluang ini, buka ruangan anda sendiri di JOOX ROOMS sebagai hos dan
mula jana pendapatan anda sekarang dan memenangi hadiah wang tunai lumayan
sehingga RM10,000. Pendaftaran peraduan dibuka dari 1 Oct - 12 Oct dan
pertandingan bermula pada 7Oct -20Oct.
Semua maklumat lanjut dan syarat penyertaan turut disiarkan laman Facebook
rasmi JOOX MY. Good luck buat semua!