Seperti namanya, 'air fryer' menggunakan udara untuk memasak makanan tanpa
menggunakan api atau alat pemanas. Perkakas dapur yang satu ini, memang
sangat sesuai untuk mereka yang ingin kekal sihat dan memudahkan kerja
memasak di dapur. Berbanding dengan oven tradisional, air fryer tidak perlu
dipanaskan (pre-heated) terlebih dahulu. Cuma mmasukkan makanan ke dalam
ruang memasak dan tunggu sehingga masak. Dengan air fryer, masakan juga akan
lebih sihat kerana sebanyak 70% penggunaan minyak telah dikurangkan.
7 Tip Bagaimana Memilih Air Fryer Terbaik
Sebelum membeli air fryer, ada beberapa perkara dan kriteria utama yang
boleh dipertimbangkan oleh pembeli seperti jenis air fryer macam mana yang
hendak dibeli, berapakah bajet, kapasiti memasak dan beberapa perkara lain.
Berikut adalah beberapa tip bagaimana memilih air fryer terbaik.
1. Jenis Air Fryer
Umumnya, air fryer terbahagi kepada 3 katogeri utama iaitu:- Air fryer jenis basket
- Air fryer jenis turbo
- Air fryer jenis halogen
2. Bajet
Terdapat banyak jenis air fryer dengan pelbagai harga. Ada yang bermula
dengan RM150 sehingga kepada RM1,300. Secara purata, harga air fryer ialah
lebih kurang RM300. Semuanya bergantung kepada jenama, model dan kapasiti
yang diinginkan untuk sesebuah air fryer. Jadi berapakah harga sebuah air
fryer yang anda ingin belanjakan?
2. Saiz / Kapasiti
Kapasiti merupakan salah satu perkara yang perlu diutamakan. Kebanyakan air
fryer di pasaran mempunyai kesesuaian untuk keluarga yang mengandungi 4
orang ahli. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang lebih ramai, cari model
air fryer yang bersaiz XL atau XXL. Sekurang-kuranya dapatkan air fryer yang
boleh memuatkan 1 ekor ayam sudah memadai.
3. Ciri-Ciri Yang Perlu Dicari
Selalunya kita akan membezakan di antara air fryer jenis digital atau
analog. Tetapi ada juga sebahagian air fryer hanya mempunyai 1 tombol/knob
kawalan masa dengan susu yang tetap. Rasanya lebih selesa jika dapatkan air
fryer dengan fungsi kawalan suhu dan masa ketika memasak.
- Tombol kawalan masa dan suhu
- Pemasa (digital atau analog)
- Mode dan aksesori untuk menggril
- Program pra-set
- Penggera apabila masakan sudah selesai
4. Kuasa Watt
Umumnya kita tahu bahawa kuasa air fryer yang tinggi, masa memasak pun
singkat. Penggunaan elektrik bergantung kepada nilai kuasa watt dan jumlah
masa yang digunakan untuk siap memasak. Saiz air fryer yang besar memerlukan
kuasa yang lebih tinggi untuk memanaskan ruangnya yang besar dan memasak
makanan yang banyak. Kebanyakkan air fryer dilengkapi dengan kuasanya antara
1000 – 2000 watt.
5. Fungsi Istimewa
Air fryer dengan fungsi Istimewa/multi fungsi untuk pelbagai jenis masakan
juga adalah bonus. Pastikan air fryer dapat memasak makanan secara sekata
dengan peredaran angin panas 360 darjah.
6. Senang Dibersihkan
Pastikan komponen basket atau bekas memasak air fryer yang senang ditanggal
dan dibersihkan. Pastikan juga bahawa komponennya adalah anti-lekat
(non-stick grill).
7. Maklumbalas Pengguna
Antara tips yang sangat penting untuk anda tentukan air fryer terbaik dan
paling sesuai adalah dapatkan maklum balas dan komen dari pengguna.Jangan
lupa membaca komen dan review daripada pengguna sebelumnya.
Setelah melihat beberapa tips pemilihan air fryer yang bagus untuk anda
pertimbangkan, berikut jom lihat beberapa jenama dan model air fryer terbaik
& jenama air fryer paling laris Di Malaysia!
10 Model Air Fryer Paling Laris Di Malaysia
1) Russell Taylor AF-24 (RM229.00)2) Russell Taylor AF-34 (RM220.00)
3) Khind ARF22 (RM255.00)
4) Russell Taylor AF-25 RM218.30
5) Philips HD9220/20 (RM689.00)
6) Primada PCR1220 Rotatable 3D Air Fryer (RM297.97)
7) Philips HD9860 Air Fryer (RM1,449.00)
8) Philips Viva HD9623 (RM638.00)
9) Xiaomi Onemoon (RM189.00)
10) Tefal FX1000 (RM359.00)
9 Air Fryer Terbaik Di Malaysia
Di antara jenama atau brand air fryer terbaik di Malaysia adalah seperti
Philips, Haier, Tefal, Airbot Morgan, Khind, Elba, Milux dan lain-lain. Jom
kita lihat 9 model Air Fryer Terbaik Di Malaysia.
2) HETCH Digital Turbo Air Fryer DAF-1720-HC
3) Russell Taylors Air Fryer AF-34 XL 4.8L
4) Khind ARF3000 Air Fryer 3L
5) Tefal Fry Delight Air Fryer (FX1000)
6) Haier HA-AF253 Air Fryer
7) Airbot AF100 Air Fryer
8) Birkeshire AF-500-M XXL Air Fryer
9) PerySmith 4.8L 3D Air Fryer Ecohealth Series PS1520
Senarai 25 Air Fryer Terbaik Di Malaysia
- Hiraki AF105 (3.8L)RM139.90
- Yilizomana (7L) RM199
- Kelen Munoz Air Fryer (3.8L) RM125+
- Kelen Munoz KMAF5SSTDB (6.8L) RM229.99
- Panaletrik (3.8L) RM124
- Samu Giken (10L) RM399.90
- Riino AF510T (12L) RM539
- Primada PCR1220 (14L) RM359
- Hafele (25L) RM499
- Cuisinart (17L) RM1,559
- Corvan AF50 XXL (5L) RM338
- Airbot AF550 (5.5L) RM179
- Nakada NKD1100 (5L) RM229
- PerySmith Air Fryer EcoHealth Series PS1520 (4.8L) RM247
- Giselle KEA0202 (4.8L) RM180
- Khind Air Fryer ARF3000 (3L) RM126.90
- Russell Taylors AF-24 (3.8L) RM179.99
- Russell Taylors AF-34 (4.8L) RM229
- Russell Taylor AF-70 (7.7L) RM289.99
- Russell Taylor AF-55 (5.5L) RM329.99
- Hericaine Monda Digital Air Fryer (4.8L) RM186
- Philips HD9218 (0.8L) RM419
- HETCH Digital Turbo DAF-1720-HC (10L) RM385
- XiaoYueLiang Onemoon OA2 Air Fryer White (4.5L) RM169
- Gaabor Air Fryer GA-M4A (4L) RM189
- Gaabor Air Fryer GA-M35A (4L) RM139
**Sumber : https://iprice.my/compare/
**Harga adalah berubah dari platform Shopee & Lazada
Boleh dikatakan semua air fryer yang ada di Malaysia sangat versatil dan
boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis resepi masakan. Tetapi untuk
sayuran segar hijau agak kurang bersesuaian kerana air fryer akan
mengurangkan nutrien dan menjadikan sayur cepet kecut dan hangus. Apapun
bolehlah rujuk buku panduan yang disediakan oleh jenama penyedia air fryer
anda.