Sebelum munculnya pelbagai mobile games populer di kalangan gamers pada
masa ini, ada beberapa game PC atau game video tape yang dimainkan oleh
generasi milenial. Kalau budak-budak zaman 90-an mesti tak asing lagi dengan
video game seperti Super Mario, tetris, hidden objek, match three dan yang
sewaktu dengannya. Paling busuk pun main permainan santai seperti Solitaire
dan Minesweeper yang biasanya sedia ada di dalam sistem operasi Microsoft
Windows. Kalau zaman dulu game ini ajelah yang ada kat PC atau dekstop
kan.
Kemudian, permainan game semakin berkembang kepada permainan game online.
Game online sekarang pun dah tidak sama seperti game online zaman dulu.
Kalau game online dulu hanya 2 pemain sahaja dalam satu-satu masa tetapi
sekarang dah boleh multiplayer dengan kemampuan peranti canggih zaman
sekarang.
Bagi korang yang lahir pada zaman 90-an mesti tidak asing dengan 10
permainan game video, game arcade dan game online klasik berikut. Kalau tahu
memang sah-sahlah korang semua pun dah tua macam sis.
1) Tetris
Tetris adalah permainan video pemadan jubin atau susun bata yang asalnya
direka dan diprogramkan oleh jurutera perisian Rusia Soviet Alexey Pajitnov.
Zaman dulu selalu main melalui game boy. Masa tu adik beradik ramai memang
berebutlah masing-masing nak main game boy kan! Nak main game Tetris, kena
tunggu giliran.
Dulunya game Tetris ni warna hitam putih aje. Tak macam sekarang dah
berwarna-warni dan pelbagai jenis. Paling baru Tetris 99 yang boleh
secara multiplayer seramai 99 orang pemain! orang boleh main percuma secara
online.
2) Pacman/Cookie Monster
Game ni memerlukan Pac Man untuk makan sebanyak yang boleh titik titik dalam
blok-blok maze. Kemudian ada 4 ekor hantu yang akan kejar Pac man iaitu
Inky, Blinky, Pinky dan Clyde. Pac Man kena lari dan tak boleh berlanggar
dengan ghost tadi. Kalau Pac Man makan buah ceri, ghost tadi akan jadi
perlahan sekejap. Bolehlah makan titik-titik sampai habis.
Korang juga boleh cuba main game
Cookie Monster
yang diilhamkan oleh PacMan. Caranya sama sahaja cuma bila Cookie Monster
makan pelet kuasa, ghost akan bertukar jadi biskut.
3) Super Mario
Generasi 90-an pasti tidak asing lagi dengan game Mario Bros. Siri Mario
ini adalah salah satu francais permainan yang paling berjaya dan terkenal.
Memang tak sah kalau zaman dulu semua orang akan ada video game tape Super
Mario. Korang kena melompat untuk elak kura-kura, hit blok untuk dapatkan
syiling emas, cendawan merah, cendawan 1UP hijau atau bunga api.
Cendawan merah membuat anda tumbuh menjadi Super Mario (jadi besar) dan
dapat bunga api untuk tembak bola api kepada musuh. Cendawan putih untuk
tambah nyawa. Permainan ni last sekali berlawan dengan naga untuk
selamatkan Princess Peach.
4) Minesweeper
Kebanyakkannya mungkin ramai yang tak nak main game ni sebab payah nak
menang. Game ni perlu pemain untuk buka semua kotak yang ada nombor dan
flag sepuluh bom untuk ditanda. Nak terangkan pun payah memang sampai ke
sudah sis tak pandai nak main. Asyik bom meletop aje!
5) Solitare Freecell
Game ni akan open kad dan deal semua kad pada deck.Misi game ini adalah
untuk menyusun semua kad mengikut turutan menaik berdasarkan jenis bunga
pada kad dan juga susnan pangkat atau nilai kad. Contohnya, kad akan
disusun dalam urutan K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A dengan bunga
yang serupa pada kad.
Kalau dulu memang main yang sudah diinstal dalam Microsoft Windows. Kalau
nak main online secara free pun boleh game
Solitare Freecell
ni. Kalau suka main game kad yang lain seperti 21 Blitz, 5 Stack Blackjack
atau Hearts boleh main free di
Card Games.
6) Zuma Legend
Ada banyak versi game Zuma ni. Memang tak ingat dunia lah main sebab nak
habiskan level. Game Zuma Deluxe dulunya memang sangat popular. Untuk
online sis main Zuma Legend. Game ni mudah sahaja, cuma perlu aim dan
tembak bola berwarna dari mulut kumbang (shooter) ke bahagian lingkaran
bola berwarna yang lain. Bila pair 3 bola dengan warna sama, bola akan
hilang. Kene cepat habiskan semua bola sebelum bola sampai ke hujung
lingkaran. Kalau Zuma Deluxe depa pakai katak as shooter dan kena install
dalam lappy or PC. Untuk elak laptop slow dan berat, main online free je
Zuma Legend
ni.
7) Galaxian/Galaga/Space Invaders
Game ni semua lebih kurang sama sahaja konsepnya. Galaga tu game sequel
untuk game Galaxian. Dalam game ini perlu tembak semua musuh atau alien
atau space ship dan kumpul mata. Akhir sekali lawan boss.
8) Battle City Tank
Game Tank ni adalah game strategi yang merupakan game perang kereta
kebal. Game ni boleh up to 2 orang pemain dan kena tembak kubu batu
bata musuh. Korang juga boleh bina blok kubu pertahanan untuk halang
tank musuh tembak kubu utama. Boleh pakai blok warna putih sebab kuat.
9) Words Search
Salah sebuah game santai tapi memerlukan mata yang tajam untuk cari
perkataan tersembunyi. Untuk puzzle game ni ada saiz grid 12x12, 14x14
dan 16x16. Sebelah kiri akan ada senarai perkataan yang perlu di cari.
Lepas jumpa, perkataan tersebut akan hilang dan perkataan baru muncul.
Nak cuba taham kepantasan dan ketajaman mata, boleh main online secara
percuma di Words Search Puzzle Game.
10) Game Hidden Object
Untuk game cari barang tersembunyi juga sangat popular dan even sampai
sekarang pun terdapat banyak jenis permainan game hidden object. Ada
sesetengah game boleh zoom in untuk cari objek dengan lebih jelas.
Tetapi kadang-kadang tak jumpa juga dibuatnya.
Main Game Online Percuma
Sekarang ni memang Kak Bell lebih selesa maian game online percuma
sahaja. Sekurang-kurangnya dapat release tension dan tak perlu pakai
ruang dalam hardisk untuk install arkib game. Rupa-rupanya masih ada
game-game yang kita selalu main masa kecil-kecil dulu. Kalau tak sama
pun ada juga game yang diinspirasikan daripada game-game lama. Korang
boleh cuba cari di
Solitaire.org.
So dalam semua senarai game ni ada tak yang pernah korang main? Nampak
sangat kita semua dah berusia ya. Memang mengimbau kenangan betul,
nostalgia main game masa zaman kanak-kanak di tahun 80-an atau 90-an.