Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) melancarkan pelan transformasi lima tahun
untuk menjadi peneraju agribisnes. Pelancaran ini bersempena meraikan ulang
tahun ke-88 penubuhannya. Rancangan pelan transformasi tersebut adalah
meliputi usaha untuk memperkukuhkan perniagaan terasnyanya, mewujudkan
pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya,
dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.
Mohd Faris Adli Shukery, Pengarah Urusan Kulim berkata antara tugas
pertamanya di Kulim sejak menyandang jawatan tersebut pada Oktober tahun
lalu adalah untuk menyelaraskan haluan strategik syarikat. Beliau
menjelaskan bahawa tujuan utamanya untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim
sebagai peneraju agribisnes dan mewujudkan legasi yang mampan selain
menghasilkan sebuah organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan
kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang.
5 Keperluan Strategik Dalam Pelan Transformasi KULIM BERHAD
- Menyelaraskan struktur perniagaan dan organisasi Kulim
- Memperkukuhkan perniagaan teras iaitu agribisnes
- Pengembangan perniagaan dengan memanfaatkan kelebihan aktiviti agribisnes kumpulan
- Meningkatkan kecemerlangan operasi Kulim
- Penyenaraian organisasi di bursa saham
Mohd Faris berkata pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan
perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif, dan
penambahbaikan kepada struktur organisasi, yang dijangka selesai pada hujung
tahun. Antara penekanan lain juga mengembangkan perniagaan huluan, tanaman
bernilai tinggi dan kawasan pertumbuhan baharu khususnya pertanian pintar
atau bersepadu dan pengurusan ternakan, Kulim juga meneroka hiliran yang
akan menyumbang kepada margin keseluruhan rantai nilai.
"Walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19, Kulim berjaya mencatat peningkatan hasil sebanyak 17% dari RM1.21 bilion pada 2019 menjadi RM1.41 bilion pada 2020," kata Mohd Faris, sambil menambah bahawa peningkatan ini adalah hasil tenaga kerja Kulim yang kental, dibantu oleh program digitalisasi di bawah rancangan transformasi."
Kulim juga menerapkan sistem baharu untuk meningkatkan sistem pengurusan,
operasi, tadbir urus dan perakaunan, serta meningkatkan lagi penjenteraan
dan automasi dengan melabur lebih banyak untuk jentera. Faris turut berkata
kunci kejayaan transformasi adalah dengan menghargai usaha pekerja
pekerjanya, dibantu oleh digitalisasi dan mekanisasi untuk meningkatkan
produktiviti.
Agenda ESG Kulim Berhad
Kulim Behad juga komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial & Tadbir
Urus (ESG) dan menyedari kepentingan ESG di seluruh organisasinya. Agenda ESG
selalu ada dalam DNA Kulim dan mereka sentiasa beroperasi dengan cara
menghormati, melindungi dan memulihara semua aspek yang berkaitan dengan
persekitaran semula jadi. Ini adalah bukti komitmen mereka terhadap RSPO dan
MSPO, dan seterusnya digariskan oleh
United Nation’s Sustainable Development Goals dalam operasi perniagaan
mereka.
Bagi mengurangkan perubahan iklim, mereka telah melabur ke dalam penjanaan
Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) dengan menggunakan sisa dan pelepasan dari
kilang bagi menyumbang kepada jejak karbon yang lebih rendah secara
berkesan. Sehingga ini, KULIM BERHAD telah mendapat pentauliahan 4 buah
kilang biogas dan yang terakhir dijangka siap pada akhir tahun 2021.
“Kami tetap komited terhadap pensijilan RSPO dan MSPO, melabur dalam inisiatif Tenaga Diperbaharui dan bekerjasama dengan kumpulan biodiversiti untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar."
KULIM BERHAD juga sedang mempertingkatkan biodiversiti melalui kumpulan
pemuliharaan mereka iaitu Kulim Wildlife Defenders (KWD) untuk
menghapuskan pemburuan haram di ladang. Untuk melindungi komuniti setempat dan
juga hidupan liar, mereka bekerjasama dengan Wildlife Conservation Society
(WCS) dan Jabatan Perhilitan Johor untuk mengukuhkan pemantauan dan kawalan
dalaman kami terhadap pencerobohan gajah dan pemuliharaan habitat mereka.
KULIM juga melaksanakan inisiatif pembangunan masyarakat melalui institusi
dan program untuk masyarakat, kanak-kanak dan pendidikan, kebajikan
masyarakat, infrastruktur, budaya dan agama. Syarikat juga komited terhadap
integriti, apabila Kulim telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan Sistem
Pengurusan Pencegahan Rasuah ISO 37001: 2016 (ABMS) oleh SIRIM pada 4 Jun
2021.
KULIM Berhad Bakal Mengeluarkan Minyak Masak Jenama Sendiri
Sebagai sebuah organisasi yang dipercayai untuk pengedaran Crude Palm Oil
(CPO) di Malaysia, KULIM BERHAD yakin mampu bersaing dalam pasaran dalam
tempoh masa yang akan datang. Mohd Faris Adli Shukery juga turut menyatakan
pelan bahawa KULIM bakal mengeluarkan minyak masak jenama merkea sendiri
yang setanding dengan jenama minyak masak tempatan sedia ada.
LANCAR LOGO BAHARU Sebagai Penjenamaan Identiti korporat
KULIM BERHAD yang berusia 88 tahun pada tahun ini sangat teruja untuk
meraikan kejayaan tersebut bersama keluarga Kulim dan rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, Mohd Faris turut merasmikan logo dan video korporat baru
Kulim sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula untuk
menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol sebagai sebahagian
daripada Korporat Malaysia.
Ketika negara dalam detik sukar berikutan pandemik, pihak Kulim juga
bersemangat untuk membantu antara satu sama lain ketika pandemik Covid-19
ini. Terdahulu mereka telah melancarkan kempen #kulim88 dan #kulimpeduli.
Kempen #kulim88 dilancarkan pada 6 Ogos 2021 dan berakhir pada 29 Ogos 2021,
manakala kempen #kulimpeduli disasarkan bermula pada bulan ini sehingga
akhir Disember 2021.Kempen ini bertujuan untuk membantu 1,500 penerima di
Malaysia. Kedua-dua inisiatif ini dikolaborasikan dengan pelbagai pertubuhan
iaitu Yayasan Jcorp, MyFundAction, dan agensi strategik lokal Johor yang
lain.
Website Kulim Berhad
FB Kulim Berhad
IG Kulim Berhad