Crystal Skin Rish Beauty Minuman Botani Dengan Khasiat Tomato Kristal, Habbatus Sauda, Kolagen Untuk Kulit Cantik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Crystal Skin Rish Beauty Minuman Botani Dengan Khasiat Tomato Kristal, Habbatus Sauda, Kolagen Untuk Kulit Cantik

Trending

Crystal Skin Rish Beauty Minuman Botani Dengan Khasiat Tomato Kristal, Habbatus Sauda, Kolagen Untuk Kulit Cantik

Hi semua! Untuk entri kali ini Kak Bell nak kongsikan sebuah supplement kecantikan bagi mengatasi masalah kulit gelap, berparut dan berjerawat iaitu Crystal Skin. Produk ini dirumus dari bahan-bahan semulajadi bagi membantu kulit kita tampil lebih sihat dan menawan. Diantara bahan utamanya adalah Tomato Kristal yang diperolehi dari Tomato Putih. Penasaran kan? Kak Bell pun pertama kali mendengar tentang tomato kristal dan tomato putih ni.


Apa itu Crystal Tomato sebenarnya?

Ianya adalah hasil kajian saintifik yang berpuluh tahun bagi menghasilkan Tomato Kristal. Dengan ini lahirlah supplement ini yang di perbuat daripada 100% Non-Genetically Modified (Non GM0) White Tomato.


Sekarang ini tomato kristal telah digunakan secara meluas dalam bidang kosmetik kerana peranannya sebagai sumber sunblock semulajadi dan dapat menghalang penghasilan melanin seterusnya dapat bantu kulit yang mengalami masalah pigmentasi dan jeragat. Beza Tomato Kristal dengan sumber karatenoid lain seperti oren atau lobak, karatenoid dalam tomato putih ini tidak berwarna dan mampu mencerahkan kulit.


Kandungan Crystal Skin

Crystal Skin adalah minuman botani yang yang diformulasi dari bahan-bahan utama seperti Tomato Kristal, Habatus Sauda, Collagen, Ekstrak Biji Anggur, Vitamin C dan Jus Blackcurrant yang mana setiap satu mempunyai manfaatnya yang tersendiri.


  • Tomato Kristal
Anti-oksidan terkuat, kurang jeragat & melindungi dari kerosakan sinar matahari
  • Habbatus Sauda
Anti-radang, kurangkan jerawat & membunuh kuman
  • Vitamin C
Melindungi sel & menjaga kulit agar sihat
  • Collagen
Tambah keanjalan kulit & cegah kedutan
  • Ekstrak Biji Anggur
Anti-oksidan, membunuh kuman & membantu penyembuhan luka
  • Jus Blackcurrant
Anti-oksidan & menguatkan system pertahanan badan



Manfaat Crystal Skin

Merawat masalah kulit
Mengurangkan jerawat
Mengurangkan parut
Mengecilkan pori
Memutihkan kulit
Mengurangkan muka berminyak
Kulit kurang kusam dan glowing
Menambah kelembapan kulit


Crystal Skin merupakan produk bumiputera Muslim dan HALAL. Kesemua bahan yang digunakan adalah gred AAA dari kilang yang berstatus Halal dan mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.

Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Bahan-bahan ini juga terkenal untuk khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Bolehkah Lelaki Mengambil Crystal Skin?

Crystal Skin terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam agar lebih sihat, menawan dan berkeyakinan. Crystal Skin ini sesuai untuk diminum oleh perempuan mahupun lelaki.

Cara penyediaan pun mudah. Hanya sediakan 150ml air putih, campurkan satu sachet Cystal Skin untuk diambil setiap pagi sebelum sarapan. Kenapa perlu ambil sebelum breakfast? Kerana time waktu pagi adalah time paling optimum kita nak bekalkan tubuh badan kita dengan nutrien yang sepatutnya.


Tips Pengambilan Crystal Skin

Untuk memastikan kesan yang optimum selepas consume Crystal Skin, berikut ada beberapa tips yang boleh anda amalkan ketika mengambil Crystal Skin.


  1. Elakkan minuman yang berkafein, beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesan yang lebih baik.
  2. Minum 2 -3 liter air putih setiap hari untuk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.
  3. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.

Pengasas Crystal Skin Rish Beauty

Pengasas Crystal Skin, Airiey Sayuti mempercayai bahawa berkelihatan anggun amat penting agar seseorang itu berasa baik namun akan berasa lebih yakin dan bersemangat.



Ketika zaman remaja berat badan Airiey keterlaluan dan beliau mempunyai tone kulit yang gelap dan banyak jerawat namun dia kerap merasa rendah diri, segan , seorang pemalu & pendiam dan sering dipersendakan kerana gemuk dan kulit berjerawat dan gelap.

Walaupun beliau telah mencuba pelbagai jenama produk penjagaan kulit tempatan dan jenama skincare yang popular, makan suplemen kesihatan dalam bentuk kapsul atau serbuk dan juga menjalani gaya hidup yang sihat dengan bersenam, namun dia merasa kecewa kerana resultnya lambat dan tidak berapa berkesan. Akibatnya, Airiey mendapat inspirasi untuk menghasilkan produk yang benar-benar terbukti dapat berfungsi dengan berkesan dan selamat. Maka, wujudlah Crystal Skin. Untuk mengetahui lebih tentang kisah Airiey, sila melayani https://www.rishbeauty.com/tentang-kami/


Testimoni 1

Testimoni 2


Harga Crystal Skin Rish Beauty

Setiap kotak Crystal Skin mengandungi 15 sachet. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk Crystal Skin, korang boleh dapatkan secara atas talian (Online) di website rasmi Rish Beauty, Shopee ataupun Lazada.


Sekarang ada promosi, lebih banyak ada membeli lagi jimat. Dan lagi best setiap pembeli berpeluang memenangi iPhone. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga lebih jimat dengan diskaun istimewa berikut.


Untuk dapatakan Crystal Skin, boleh dapatkan di website rasmi Rish Beauty ataupun di platform Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, contest-contest menarik seperti Lucky Draw dan promosi terkini, boleh hubungi pihak Rish Beauty ataupun follow Rish Beauty di laman sosial media Rish Beauty.

Tel : +60-11-62000032
FB : www.fb.com/rishbeautyhq
IG : www.instagram.com/rishbeautyhq
TikTok : www.tiktok.com/@rishbeautyhq
YouTube : https://youtube.com/channel/UC2sO6hQMyq8nWB73z4B-xnQ
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post