90% GRADUAN KESAL DENGAN JURUSAN DIPILIH : KUPASAN EKSKLUSIF BERSAMA TUN
MAHATHIR DI PLATFORM YEG ACADEMY
| Platform pendidikan dan kerjaya atas talian, Your Education Guidance
Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke - 7, Tun Dr
Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan
masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal
berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos,
Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya
Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan
negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90%
pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka
pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat
sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat
beliau bersama warganet kelak.
Caprice, Ernie Zakri Di antara Selebriti Yang Akan Turut Serta Di Live Educareer YEG Academy
Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja
berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan
selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz
Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama ,
YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian
pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.
Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu
membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar
cita-cita.
Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung
ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya mereka
dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri,
mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.
Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin
Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar
sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan
keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar
pengangguran negara.
“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan.
Temui Tun Dr Mahathir Mohamad Di Platform YEG Academy
Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran
langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai
sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula
program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri
Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation
Career Malaysia.
“ Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM. Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim.
Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti
terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka
berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang
masing-masing.
“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”
Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, pihak YEG percaya dapat
memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak
dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang
pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat
oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika
siaran langsung itu dibuat kelak.
Mengenai YEG Academy
Menyasarkan menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang terbesar di Asia
menjelang tahun 2023 , Your Education Guidance Academy (YEG) dimiliki
sepenuhnya oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Mula beroperasi secara rasmi pada
tahun 2018, YEG Academy membantu dan menghubungkan golongan muda M40 dan B40
untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Bumiputera yang berkualiti memandangkan tempat di Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) agak terhad kerana meritokrasi.
Syarikat ini juga secara konsisten memastikan golongan muda mendapat
pendidikan yang lengkap ekosistem nya; belajar dan mendapat pekerjaan
setelah tamat belajar. YEG Academy yang berpengkalan di Kota Damansara,
Selangor ini turut menjamin silabus pembelajaran tambahan berkaitan digital
ekonomi sentiasa dikemaskini mengikut peredaran dunia semasa.
Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan
http://yegmy.com/bootcamp/ hari
ini. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial dibawah:
Instagram @yegacademy.official
YouTube @YEGAcademy