‘SAGA’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00
malam mulai 11 Ogos 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan
Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On
Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Ikuti Sinopsis Episod Drama SAGA
berikut:
Episod 1 Drama SAGA
Andy (30an) baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman bagi
jenayah yang tidak sengaja dilakukan. Sewaktu ketiadaannya, Rudy (20an) yang
sedang belajar di politeknik, membela ibunya, Mak Masni (60an) yang uzur.
Rudy membenci abangnya kerana Andy membawa aib pada keluarga. Biarpun masa
depannya kelam, Andy gembira menghabiskan masa di gelanggang tinju. Ia
memberinya peluang melepaskan kekecewaan hidupnya.
Din Cobra (30an) berusaha menjadi juara dalam perlawanan Mixed Martial Arts.
Pegawai promosi, Ryan (30an) gembira dengan perlawanan yang Din Cobra
tunjukkan kerana ia memberikannya keuntungan besar. Ryan menjadikan MMA
sebagai usaha niaga di mana dia mengatur pertaruhan dan perlawanan. Namun,
wang lumayan yang diperolehi lenyap dalam sekelip mata di kasino.
Selepas berbulan lamanya, Andy masih gagal memperolehi sebarang pekerjaan.
Sementara Rudy rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Malangnya, Rudy
selalu dibuli di tempat kerja. Andy tahu akan masalah Rudy bila dia
terdengar perbualan adiknya di telefon. Tanpa diketahui Rudy, Andy menyerang
si pembuli sebagai amaran agar adiknya tidak diganggu lagi.
Dengan bantuan rakannya, Andy mendapat pekerjaan sebagai ‘bouncer’ di kelab
malam. Satu malam, dia dapati Jun, pelayan kelab dikejar oleh sekumpulan
pemuda. Dengan cekap, Andy berjaya mengalahkan pemuda-pemuda itu. Sejak
peristiwa itu, Jun hidup dalam ketakutan. Andy cuba menjaga keselamatan Jun
dan ini merapatkan hubungan mereka berdua.
Episod 2 Drama SAGA
Satu hari Andy berjaya menumpaskan Farid yang cuba mengganggu pengurus Din
Cobra. Ketangkasan Andy melawan Farid disaksikan oleh Din Cobra yang
kemudian mengajak Andy agar bekerja dengannya. Sejak dia berdamping dengan
Din Cobra, Andy menaruh minat pada MMA. Dalam pada itu, Rudy tahu akan
perbuatan abangnya menyerang si pembuli. Barulah Rudy sedar betapa abangnya
sayangkan dirinya. Sementara itu, Andy dan Jun semakin rapat. Jun sedar yang
Andy terpikat padanya tetapi Jun tidak ada hati kerana dia sudah berkahwin.
Suaminya berada dalam jel sekarang.
Perlawanan MMA berterusan. Andy berharap dia akan menang kerana dia perlukan
wang untuk rawatan ibunya. Malangnya, dia kalah dan cedera. Mak Masni mahu
Rudy merawat abangnya itu. Sejak itu, hubungan Rudy dengan abangnya mulai
pulih. Sementara itu, Jun dapati suaminya, Amirul, pernah cuba ‘menjualnya’
dulu. Jun kecewa dan mengambil keputusan untuk bercerai. Sejak itu, Jun
menghabiskan banyak masa dengan Andy hingga dia jatuh cinta.
Dengan berlalunya masa, wang yang Ryan dapat dari pertaruhan haram itu
berkurangan. Lalu Ryan merancang untuk mengatur perlawanan agar Din Cobra
kalah. Rancangan ini akan memberikannya wang lumayan dari pertaruhan haram
itu. Tapi Din Cobra tidak setuju. Ryan menjadi amat marah dan rancang untuk
menghancurkan masa depan Din Cobra. Beberapa minggu kemudian, Din Cobra akan
menentang Chanarong, pelawan dari Thailand. Ryan rancang untuk membuat Din
Cobra lumpuh sewaktu perlawanan.
Episod 3 Drama SAGA
Andy kecewa pada nasib yang menimpa Din Cobra yang kemudian menyuruh Andy
meneruskan perjuangannya.Setiap hari, Andy berlatih bagi meningkatkan
kemahirannya dalam MMA. Andy menang dalam perlawanan pertama dan seterusnya.
Din Cobra berharap Andy akan menjadi juara kelak.
Kesihatan Mak Masni menjadi genting. Dia sering mengalami sesak nafas dan
sakit dada. Doktor menasihatinya untuk menjalani pembedahan tetapi Mak Masni
menolak. Dia lebih senang menemui mautnya dari berhutang. Kededua Andy dan
Rudy terganggu dengan sikap negatif ibunya.
Sementara itu, Andy dapat tahu yang Jun sudah berumahtangga. Dia berasa
tertipu dan hal ini mengganggu fikirannya dan menyebabkan dia hilang tumpuan
bila berlatih. Rudy bimbang akan keadaan abangnya. Lantas Rudy menemui Jun
yang kemudian kabarkan yang dia sudah bercerai dari suaminya.
Perlawanan MMA terus berjalan. Satu hari Danial (40an) menemui Ryan,
menawarkan wang lumayan kalau Ryan setuju menentukan keputusan perlawanan.
Danial mahu pelawannya, Man Rimau menang bila menentang Andy nanti. Ryan
cuba pengaruh Andy kerana sedar dia perlukan wang untuk rawatan ibunya.
Ryan tersentak bila Andy menolak keras rancangannya untuk menentukan
pertandingan. Lalu Ryan bercadang menggunakan Jun untuk mencapai hasratnya.
Ryan mengerahkan orangnya untuk menculik Jun. Rudy bersama dengan Jun
sewaktu penculikan itu berlaku.
Episod 4 Drama SAGA
Jun and Rudy disembunyikan di sebuah tempat sepi. Namun Andy tidak sedar apa
yang terjadi. Dia hanya tahu yang Jun menghilangkan diri. Dalam pada itu,
Ryan tunjuk rasa kurang senang terhadap Andy. Sementara itu, kesihatan mak
Masni semakin membimbangkan. Anak-anaknya menghantar dia ke hospital tetapi
dia menolak sebarang rawatan.
Danial marah terhadap Ryan kerana tidak berjaya memujuk Andy agar setuju
dengan rancangan mereka. Sebenarnya, Danial takut pelawannya, Man Rimau
kalah di tangan Andy. Danial sedar yang Andy semakin gagah dan berkemahiran
dari hari ke sehari. Akhirnya, Ryan terbetik idea yang boleh memenuhi hasrat
Danial dan Ryan. Ryan berbisik ke telinga Danial.
Andy bersungguh-sungguh berlatih kerana mahukan reputasi itu. Akhirnya dia
berjaya menewaskan Man Rimau. Atas kemenangan itu, Andy membuat permintaan
untuk menentang Chanarong sebagai cara untuk membalas dendam. Sementara itu,
Jun dan Rudy dapat melepaskan diri dari penangkapan Ryan.
Hari perlawanan di antara Andy dan Chanarong akhirnya menjelang. Jauh di
lubuk hatinya, Andy gerun bila teringat perbuatan Chanarong pada Din Cobra.
Sewaktu berlawan, Andy hilang tumpuan hingga membolehkan Chanarong menumbuk
Andy berkali-kali. Mujur loceng berbunyi, menandakan masa pusingan tamat.
Kehadiran Din Cobra menonton perlawanan itu meningkatkan semangat Andy.
Namun Andy lebih gembira bila Jun datang menyaksikan perlawanannya. Andy
akhirnya berjaya menewaskan Chanarong. Andy amat gembira atas kemenangan
itu. Namun Jun merancang untuk memutuskan hubungannya dengan Andy.