Pandemik Covid-19 yang sudah hampir 2 tahun melanda negara dan dunia pada
ketika ini telah mengubah lanskap ekonomi Malaysia dan dunia. Ramai usahawan
berdepan dengan masalah dan pelbagai cabaran ekoran pandemik Covid-19 yang telah pun mengubah kehidupan biasa manusia. Secara
jujurnya, memang Kak Bell simpati dengan usahawan terlibat sebab kawan Kak
Bell sendiri pun ada yang terpaksa menutup perniagaan berikutan tiada
pendapatan. Bayangkan sejak PKP 1.0, sebanyak 100000 PKS telah gulung tikar
dan setelah lanjutan PKP 3.0 sehingga 28 jun, 40% PKS gulung tikar akibat
Covid-19.
Selain perniagaan, kita rakyat marhean biasa ni pun turut terjejas sebab ada
yang diberhentkan kerja. Nak mulakan bisnes pun tiada modal dan banyak
persaingan pula sebab masing-masing hendak berniaga. Nak join program
usahawan, katanya nanti lepas termakan umpan dia sembelih pula kaw-kaw.
Bayarannya pun bukan sedikit, ikan jerung pun boleh meninggal. Pada Kak Bell
sebahagian komen-komen negatif begini perlu ditolak ke tepi sebab
sesungguhnya kita sebagai manusia, memang perlukan motivasi dan semangat
dalam setiap apa yang kita nak buat sebagai pemacu perjalanan kita untuk
capai sesuatu yang diimpikan.kita Bila jatuh dari sesuatu, jatuh dari
bisnes, perlulah kita bangkit semula untuk kelangsungan hidup. Semuanya
berbalik kepada diri sendiri sama ada teruskan usaha, melakukan perubahan
dan tindakan berterusan.
Entri kali ini, Kak Bell nak kongsikan tentang kempen 'Bangkit Richworks'
atau 'Kempen Bangkit' Dr Azizan Osman yang akan diadakan hujung Ogis 2021
nanti. Apa kata kita ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang sudah
pun berjaya seperti para usahan Richwork untuk bisnes tahun 2021 ini.
Halatuju Lanskap Ekonomi Berubah Kerana Pandemik
Wabak Pandemik Covid-19 telah menjejaskan seluruh dunia, seluruh lapisan
masyarakat dan sektor ekonomi terkesan dalam cara pemasaran atau jual beli
tradisional. Semua transaksi perniagaan telah berubah dan tertumpu kepada
bisnes secara digital . Mengikut data statistik, jumlah keseluruhan
penghantaran makanan secara online adalah sebanyak RM211 juta dan jelas
perlunya tranformasi cara perniagaan beroperasi ke era digital kerana
halatuju lanskap ekonomi telah berubah kerana pandemik yang melanda.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd berkata, " Pergerakan yang terbatas, penutupan sempadan dan sebahagian sektor ekonomi mengakibatkan bukan saja perniagaan terjejas malah sampai ada yang gulung tikar. RichWorks sangat memahami keadaan ini, ramai usahawan yang berhubungan dengan kami di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka."
“Pandemik ini masalah satu dunia dan kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Jangan anggap negara kita akan pulih (pandemik) dalam masa terdekat. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” jelas pengasas Richworks International Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Terdapat dua kumpulan usahawan ketika pandemik iaitu mereka yang tidak
nampak jalan menyebabkan sesetengah hanya mengeluh dan menyalahkan orang
lain atau seorang yang berusaha mencari jalan penyelesaian. Pilihan
sebenarnya ada di tangan kita sendiri untuk bertindak perbaiki bisnes dan
mahu mendapatkan hasil yang mana.
BANGKIT: Bina Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital Percuma?
RichWorks, Peneraju dan Pencetus Revolusi Pemasaran Usahawan Malaysia era
digital bakal membawakan program khas buat para usahawan dan bakal usahawan
dalam menjalani perniagaan dan mengharungi badai wabak pandemik. RichWorks
terus komited untuk bimbing usahawan keluar dari kemelut keresahan kepada
jana kewangan berganda dan Richworks nak bantu ramai orang ramai untuk
memulakan dan memperbaiki bisnes yang sedia ada.
Bersempena 13 tahun RichWorks, mereka bakal menganjurkan pembelajaran secara
Virtual Online sepanjang pandemik dan PKP ini melalui program BANGKIT BISNES
DARI KRISIS 3.0. Mesti yang tertanya-tanya mesti berapalah harga seminar Dr
Azizan Osman ni kan? Ok, Bangkit kembali bersama RichWorks melalui
BANGKIT: Bina Bisnes Dari Krisis 3.0
adalah secara PERCUMA di mana nilai tajaan program 3 hari ini adalah RM3,666
bermula 27 Ogos - 29 Ogos 2021 melalui ZOOM Webinar.
Program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh
Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks dah bantu
lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan
Virtual Online. Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini
saja sudah 800K lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat
daripada program itu. Sebelum itu, sudah lebih 700,000 orang telah mengikuti
program RichWorks secara fizikal sejak 2008 - 2019 (11 tahun) . Ada saja
testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan
perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada
yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat
sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini.
Meskipun banyak perniagaan yang ditutup, ada juga yang bukan saja bertahan
malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ini. Mentor
Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman nak
adakan buat pertama kali program khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 -
Solusi Bisnes & Pemasaran Digital bagi mendorong kebangkitan usahawan
ketika tempoh sukar ini.
Datuk Wira Dr Azizan Osman (DWDAO) dan RichWorks sudah mula melatih dan
membimbing usahawan sejak 2008 lagi, 13 tahun dalam industri. Sebelum
tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing
dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar,
seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.
Difahamkan DWDAO telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 dan belajar bersama
pakar-pakar di sana tentang digitalisasi. Sekembalinya Datuk Wira Dr Azizan
Osman, beliau terus berkongsi tentang transformasi digitalisasi dan
kepentingannya sebelum ada Covid-19 ini lagi. Beliau sendiri selalu upgrade
diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan
research apa yang relevan dengan bisnes sekarang. Beliau punya passion nak
lihat anak bangsa usahawan ini berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan
berfikiran negatif namun dia tetap lakukan apa yang boleh beliau lakukan dan
sumbangkan kepadaorang ramai.
APA YANG BAKAL DIPELAJARI DALAM SESI BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3.0: SOLUSI BISNES & PEMASARAN DIGITAL
2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital
3. Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang
4. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda
5. Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang
6. Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital
Datuk Wira sebagai MenThor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu
lakukan untuk dapat bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini. Ya
program-program FREE ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada
yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari
kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi
RichWorks berjaya membantu para usahawan ini mencapai keuntungan RM1 juta
pada suku pertama dalam tempoh 6-12 bulan. Bagi yang nak memulakan bisnes
dari rumah bagi tahun 2021 ini, memang wajarlah dapatkan panduan dan program
mentoring dengan mengikuti program zero kos marketing 2021 BANGKIT BISNES
DARI KRISIS 3.0.
Mungkin ada kata, jika nak bantu bagilah semuanya PERCUMA. Suka atau tidak,
setiap penganjuran latihan dan prorgam bimbingan melibatkan kos, masa,
tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan. Tetapi
melalui ilmu, strategi dan MenThor yang ada results ini bawa kesan dan
perubahan dibuktikan sendiri peserta-peserta yang belajar & lakukan
tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan MenThor secara konsisten
mengikut tahap dan fasa bisnes mereka. Lihat di Telegram Azizan Osman
Official dan FB, anda dapat lihat sendiri setiap hari ada saja aktiviti
untuk beri ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan dan DWDAO
sendiri. Difahamkan pada tahun lalu saja, daripada lebih 700 usahawan di
bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar
RM2.2 bilion.
Program FREE nak pancing orang ramai supaya masuk program berbayar Datuk Wira Dr Azizan Osman!!!
Itulah antara komen dapat dilihat apabila keluarnya berita pasal Datuk Wira
nak buat satu program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan
dalam masa pandemik. Sedih pun ada, mungkin mereka tak pernah ikut program
berkenaan. Kalau dah ikut pun, mungkin tak lakukan tindakan konsisten yang
perlu untuk lihat hasilnya. Tiada paksaan untuk sesiapa untuk ikuti program
lain ianya pilihan mereka sendiri. Melalui program-program percuma pun boleh
buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan
terus konsisten.
Sehubungan itu, bagi usahawan-usahawan malah anggota masyarakat lain
dijemput hadir ke program BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3.0 yang mana ilmu dan
panduan penting dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sudah pun
berjaya bantu ramai usahawan dengan lebih 700,000 orang telah dibimbing
sejak bermula pandemik hingga kini. Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu
dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku
disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online,
penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain.
Bagi yang ingin mendaftarkan diri dalam program percuma tersebut, bolehlah
mendaftar sekarang untuk Bangkit kembali bersama RichWorks yang akan
diadakan pada 27 Ogos - 29 Ogos 2021 melalui ZOOM Webinar.