Resepi Aiskrim Popsikel Mudah : Resepi Blueberry Yogurt Popsicle Dengan Laici - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Aiskrim Popsikel Mudah : Resepi Blueberry Yogurt Popsicle Dengan Laici

Trending

Resepi Aiskrim Popsikel Mudah : Resepi Blueberry Yogurt Popsicle Dengan Laici

Blueberry Yogurt Popsicle Dengan Laici ini memang sangat mudah nak buat. Malaysia sekarang pun panas macam musim summer eloklah basahkan tekak dengan eskrim kan. Kak Bell guna Oregon & Washington Bluberry. Kalau korang nak tahu, 2 buah negeri ni adalah negeri yang menghasilkan buah blueberries terbanyak di Amerika Syarikat, US.


Untuk aiskrim popsikel blueberry ni, lagi cantik kalau korang pergi dapatkan bekas tempat aiskrim supaya kejadiannya lebih cantik dan kemas. Kak bell ni cuma letak je dalam cawan kaca, lepas tu bekukan. Jadilah aiskrim cawan. Itu pun puas mencari batang aiskrim kekonon nak buat popsikel blueberry kan!


Ada banyak khasiat buah blueberry ni. Tidak kiralah kranberi ke, mulbery ke, semua buah dari keluarga berry ini memang ada khasiat. Di antara kebaikan buah blueberry seperti:
  • Tinggi kandungan vitamin-C, Vitamin K
  • Mengandungi serat yang tinggi
  • Kaya antioksidan
  • Baik untuk jantung
  • Boleh meningkatkan daya daya ingatan otak, menguatkan otak supaya kekal sihat


Ada banyak lagi resepi guna buah blueberry ni. Ni Kak Bell kongsikan resepi Blueberry Yogurt Popsicle Dengan Lychee.


Bahan-bahan
1-2 cawan blueberry segar
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air
1 3/4 cawan yogurt
1/2 sudu teh vanilla esen
3-4 buah laici (diracik)

Cara membuatnya:
1) Masukkan blueberry, 1/4 gula dan air, panaskan dengan api sederhana.


2) Bila dah mula lembut, pecahkan buah dengan senduk.
3) Kacau sehingga kuah menjadi pekat.



4) Angkat dan sejukkan pada suhu bilik
5) Sediakan yogurt dalam bekas, tambah baki 1/4 gula dan esen vanila dan pukul sebati sehingga kembang.

6) Masukkan bahan diselang-seli dengan yogurt dan laici


7) Sejukkan dalam freezer semalaman.


Sebenarnya leceh pakai laici sebab bahagian dalam tu ada kulit laici yang keras. Kalau nak senang pakailah buah lain macam mangga, strawberi, pisang ke supaya mudah. Tapi rasa buah blueberry dengan laici pun ngam sebenarnya. Next time Kak Bell uji rasa dengan buah yang lain pula. 

Kalau nak cuba resepi Popsicle blueberry + buah mangga + buah kelapa, boleh tengok resepi ni > Summer Oregon Washington Blueberries Popsicles. Selamat mencuba!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post