Dengan keadaan pandemik COVID-19 yang masih berlanjutan, banyak pihak yang
masih terkesan dalam keadaan sekarang. Ramai yang kehilangan pekerjaan,
perniagaan tidak dapat diteruskan serta mengundang pelbagai masalah emosi
dan tekanan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Langkah bantuan dari
kerajaan dan pelbagai organisasi dalam membantu golongan yang memerlukan
amatlah digalakkan bagi membantu mengurangkan beban terhadap golongan yang
terlibat.
Bersempena dengan Ulang Tahun ke-88 Kulim (Malaysia) Berhad, sebuah kempen
derma #kulim88 di Media Sosial telah diadakan bagi membantu golongan yang
memerlukan dan masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Jika
anda juga ingin membantu mereka dengan memberikan derma dan bersedekah,
jom ikuti lebih lanjut tentang kempen #Kulim88 ini.
Kempen Amal #kulim88 Sempena Sambutan Ulang Tahun KULIM BERHAD Ke-88
Kempen ini dianjurkan oleh Kulim (Malaysia) Berhad dengan kerjasama
MyFundAction, iaitu sebuah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
terkenal dengan kerja kebajikan baik di dalam mahupun luar negara.
Sebagai pengenalan, Kulim (Malaysia) Berhad merupakan antara syarikat
peneraju utama penaman sawit di Malaysia. Selain daripada tanaman sawit,
Kulim (Malaysia) Berhad juga terlibat dalam penanaman nanas, kelapa dan
tanaman komoditi lain. Walaupun agak sinonim dengan penanaman berskala
besar, syarikat ini juga menjalankan perniagaan perladangan lembu untuk
sektor halal.
Dalam industri minyak sawit, Kulim Berhad diakui sebagai salah satu
peneraju minyak sawit terkemuka dan syarikat pelopor yang mengamalkan
standard Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan Malaysian
Sustainable Palm Oil (MSPO) dimana mereka hanya menggunakan minyak sawit
yang dihasilkan secara lestari.
- Memenuhi Peningkatan Permintaan Makanan (Food Demand)
- Menyokong harga makanan yang berpatutan
- Menyokong pengurangan kemiskinan
- Melindungi kepentingan sosial, komuniti & pekerja
- Melindungi alam sekitar & hidupan liar
Dengan
tawaran pekerjaan di bidang perladangan, ianya juga salah satu usaha dari
pihak Kulim Berhad menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu golongan yang memerlukan pekerjaan. Buat masa ini mereka
mempunyai seramai 9000 pekerja dan berhasrat menambah lagi bilangan pekerja
mereka di dalam sektor pekerja mahir dan juga unskilled worker.
Bagi
MyFundAction pula, entiti ini merupakan entiti yang sudah terkenal di
antarabangsa sebagai satu entiti Badan Kebajikan yang beroperasi secara
global di beberapa tempat. MyFundAction yang berpusat di Malaysia turut
beroperasi di negara dan kontinen seperti New Zealand, Mesir, Jepun,
Indonesia dan Afrika.
Berbalik semula kepada Kempen #kulim88, pihak Kulim Berhad mengadakan kempen
ini bagi menyebarkan perkara positif di sosial media agar tidak bersikap
negatif dengan situasi lockdown dan keaddan pendemik yang melanda dunia
sekarang.
Kempen 1 Post Sosial Media = Derma RM1
Anda semua boleh menyertai kempen #kulim88 dengan memuatnaik hantaran
gambar atau video ke dalam media sosial anda untuk membantu masyarakat yang
terjejas dengan Pandemik Covid19. Kempen bermula pada 6 Ogos 2021 dan
berakhir pada 22 Ogos 2021.
Setiap hantaran yang anda muat naik ke laman sosial, Kulim (Malaysia) Berhad
akan menyumbangkan RM1 ke tabung MyFundAction. Sasaran mereka adalah untuk
menyumbang sebanyak RM88,888 pada penghujung bulan Ogos.
Sebagai
penghargaan untuk anda yang menyertai kempen ini, sebanyak 10 orang pemenang
akan dipilih setiap minggu. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah likes dan
komen terbanyak, dan bakal memenangi wang tunai sebanyak RM88 setiap
seorang. Hadiah utama pula merupakan wang tunai sebanyak RM888 dan akan
diumumkan pada 25 Ogos 2021.
Langkah Menyertai Kempen #kulim88
1. Ikuti akaun sosial media FB Kulim (M) Berhad dan IG @kulimberhad
2. Muatnaik hantaran dengan tanda pagar #kulim88 serta tag Kulim (Malaysia) Berhad
3. Pastikan akaun media sosial anda adalah umum.
Maklumat lanjut layari laman sesawang berikut:
Website Kulim Berhad
FB Kulim Berhad
IG Kulim Berhad
2. Muatnaik hantaran dengan tanda pagar #kulim88 serta tag Kulim (Malaysia) Berhad
3. Pastikan akaun media sosial anda adalah umum.
Anda boleh memuatnaik hantaran gambar atau video di Facebook atau
Instagram tanpa had dan anda boleh memuat naik apa sahaja content
mengikut kreativiti masing-masing, asalkan mempunyai mesej positif.
Pemenang dipilih mengikut jumlah like sama ada facebook atau instagram
dan hantaran boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Mudah sahaja kan! Hanya muat naik posting di sosial media, pihak Kulim
Berhad akan dermakan RM1 kepada MyFundAction. Ada rezeki boleh menangi
hadiah wang tunai mingguan atau dipilih menjadi pemenang utama.
Jom sama-sama kongsikan pengalaman atau apa sahaja perkara positif
dengan meyertai kempen #kulim88. Jangun lupa jemput dan hebahkan kepada
rakan-rakan dan keluarga anda untuk menyertai inisiatif ini. Mari
sama-sama menderma dan membantu mereka yang memerlukan.
Website Kulim Berhad
FB Kulim Berhad
IG Kulim Berhad