DRAMA SIAPA JAGA MAK PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal DRAMA SIAPA JAGA MAK PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA

Trending

DRAMA SIAPA JAGA MAK PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA

Drama bersiri ‘Siapa Jaga Mak’ merupakan sebuah naskhah kekeluargaan yang diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku kepada masyarakat di Singapura. Drama 13 episod yang sarat dengan emosi dan iktibar ini berkisarkan tentang tanggungjawab dan konflik yang dihadapi oleh empat buah keluarga dengan latar belakang yang berbeza dalam memberikan penjagaan yang sempurna untuk ibu tercinta.


Drama ‘Siapa Jaga Mak’ terbitan syarikat produksi yang berpangkalan di Singapura, DV Studio Pte Ltd ini turut menampilkan dua pengarah handalan dari negara seberang Tambak.

Episod 1 hingga 6 diarahkan oleh Vishali Panch. Manakala episod 7 hingga 13 pula diarahkan oleh Zulanan Ahmad. Ia turut dibintangi oleh Aishah Ahmad, Fauziah Zie, Suhaillah Salam dan Fadilah Samsudin selaku teraju utama di samping barisan pelakon seperti Hasif Nasir, Den Sabari, Fauzah Mohd Noor, Freda Mel, Iskandar Ismail, Johan Jaafar, Julia Tari, Khairudin Samsudin serta ramai lagi.


SINOPSIS DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’

Diilhamkan oleh kisah-kisah pengasuh yang benar, Siapa Jaga Mak ceritakan tentang empat keluarga yang menghadapi pelbagai emosi daripada penjagaan orang tua. Konflik keluarga, masalah wang dan peranan berbeza adalah isu-isu yang akan menyentuh hati pengasuh-pengasuh di Singapura.


Menceritakan tentang empat keluarga yang menghadapi pelbagai emosi dalam penjagaan orang tua. Dapatkah konflik keluarga, masalah kewangan dan peranan berbeza dapat dileraikan dan menyatukan keluarga ini atau sebaliknya?

Norliza – seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya kerana adik-beradik yang lain sibuk. Dia terpaksa berhenti kerja walaupun baru dinaikkan pangkat. Anaknya yang baru saja bersalin juga tidak diberi perhatian. Manakala ibunya pula tidak berapa sukakannya.

Mariam – seorang pensyarah yang ingin menjaga ibunya kerana ingin mengelak perkara buruk daripada berlaku. Tersepit dalam pergaduhan/hubungan di antara kedua-dua ibu bapanya. Pada masa yang sama, anak-anaknya tidak serasi dengan suami barunya.

Hasanah – seorang wanita bekerjaya yang sibuk menjaga kedua ibu bapa sehingga melupakan kehidupan sendiri. Dia juga tidak ada menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa dalam hidupnya dan lebih rela menjaga orang tuanya kerana mahu kejarkan pahala.

Danial – seorang belia yang sibuk dengan kerja sekolah dan masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang cucu untuk menjaga neneknya kerana kedua-dua ibu bapanya sudah bercerai.


Barisan Pelakon DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’

AISHAH AHMAD sebagai Norliza
SUHAILLAH SALAM sebagai Mariam
FADILAH SAMSUDIN sebagai Hasanah
HASIF NASIR sebagai Danial
FAUZIAH ZIE sebagai Rosmah
DEN SABARI sebagai Adam
FAUZAH MOHD NOOR sebagai Umi
FREDA MEL sebagai Ani
ISKANDAR ISMAIL sebagai Norman
JOHAN JAAFAR sebagai Ramli
JULIA TARI sebagai Jamilah
KHAIRUDIN SAMSUDIN sebagai Nordin
MD NIK AQIMI HASHIM sebagai Syafiq
MISHALL KIARA sebagai Syiqin
NARAIN sebagai Zain
NATASHA MEL sebagai Ana
NURUL AKHMAR sebagai Nora
RAHMAN RAHIM sebagai Abah
SUFIAN AHMAD sebagai Hamid
YAYA HAMID sebagai Rita


SINOPSIS EPISOD DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’

Episod 1: Setelah Mak dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan barah, anak-anaknya harus membuat keputusan siapa yang menjaga beliau. Keluarga Mariam pula mengalami kegencotan apabila pakcik dan makciknya yang cedera berpindah ke rumahnya; dan Hasanah agak resah akan kesihatan ibunya.


Episod 2: Masalah meningkat apabila setiap keluarga mula menyesuaikan dan mengubah cara hidup mereka. Mariam harus memastikan keselamatan Umi dan Abah, Norliza bersusah payah untuk menyenangkan hati ibunya, Danial mempelajari tentang kesukaran menjaga orang tua, dan kesihatan ibu Hasanah semakin merosot.


Episod 3: Seperti yang diinginkan ibunya, Hasanah berjanji untuk menjaga Ramli hingga selamanya. Abah berasa sukar untuk menyesuaikan diri di rumah Mariam. Jamilah mengabaikan nasihat Danial mengenai kesihatannya. Norliza berbelah bagi antara tanggungjawabnya sebagai anak kepada Rosmah dan ibu kepada Rita.

Episod 4: Setiap keluarga menghadapi cabaran-cabaran dengan pengasuhan apabila mereka cuba mengatasinya. Danial bersusah payah antara kerja rumah dan sekolah, Norliza terlalu sakit untuk menjaga Maknya, perhubungan Abah dengan Umi dan keluarga Mariam semakin renggang, dan demensia Ramli semakin merosot.



Episod 5: Cabaran menentukan sama ada sebuah keluarga boleh bekerjasama atau tidak. Apabila Ramli terhilang, keluarganya harus bekerjasama untuk membawanya pulang. Adam dan Mariam membincangkan cara untuk menyenangkan hati Abah. Dan kesabaran anak-anak Rosmah semakin kurang apabila mereka bertegang urat.


Episod 6: Perubahan boleh bantu sebuah keluarga, tetapi tidak semua akan setuju. Mariam tertanya-tanya jika pulangan Umi dan Abah ke rumah mereka memang terbaik. Hasanah mengambil langkah untuk pastikan keselamatan ayahnya, tetapi ia tidak mudah. Nordin mengupah seorang pembantu tetapi Rosmah tidak bersetuju.

Episod 7: Amanah seseorang mudah dihilangkan dan sukar dipulihkan. Nora rasa kedua-dua pembantu amat curiga. Ana & Ani mula menentang Mariam, tetapi Adam yang disalahkan. Semasa Norliza menyembunyikan darah tingginya dari keluarganya, Jamilah juga menyembunyikan kecederaannya dari cucunya.


Episod 8: Kesangsian dalam keluarga masing-masing bertambah teruk. Anak-anak Rosmah buat spekulasi ke kehilangan Yanti. Danial berdepan dengan Jamilah mengenai kecederaannya, tetapi dia tegaskan keputusan agar tidak melawat doktor. Keharmonian keluarga Mariam berpecah-belah, dan Abah mahu balik ke rumahnya.


Episod 9: Niat baik seseorang boleh bawa padah dari kebaikan. Umi beritahu Mariam agar jangan khuatir tentang Abah, tetapi dia kesal tinggal sendirian. Rita rasa kecewa kerana ibunya rahsiakan kesihatannya. Zain berhasrat untuk dekati Hasanah tetapi, dia harus jaga Ramli. Dan Jamilah malu terhadap dirinya.


Episod 10: Norliza terjatuh sakit dan Rosmah rasa kesal kerana dia menolak pertolongan dari anak-anaknya yang lain walaupun dia selalu berada dalam kesakitan. Hasanah bertentangan dengan pinangan Zain – bagaimana pula dengan ayahnya? Kemurungan Jamilah melebihi. Dan keluarga Mariam menyambung semula.

Episod 11: Zain berbelah bagi antara Hasanah dan tawaran pekerjaan baru di UK. Abah ingin mengobarkan semula cintanya kepada Umi pada hari ulang tahun mereka. Rosmah merancang untuk meninggalkan lebih banyak duit untuk Norliza tetapi adik-beradiknya tidak puas hati. Kemurungan Jamilah semakin menolak Danial.



Episod 12: Danial menebus kemarahannya terhadap Jamilah kerana dia tidak mahu putus asa denganya. Abah ingin Umi pulang ke rumah mereka, tetapi Umi rasa dia akan berbalik semula. Hasanah menolak pinangan Zain dan Hamid menyalahkan Nora. Rosmah dan Norliza tiba-tiba dimasukkan ke hospital pada masa yang sama.


Episod 13: Apabila doktor menasihati Rosmah untuk menjalani pembedahan, anak-anaknya membuat keputusan untuk mengikuti kata Mak. Adakah Umi akan pulang ke rumahnya dan berdamai dengan Abah? Mariam tidak sabar menunggu rumahnya kembali ke keamanan! Hamid mendedahkan mengapa Hasanah menolak pinangan Zain.

Drama ‘Siapa Jaga Mak’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 5 Ogos 2021 di Slot Tiara Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post