Drama Seram Malaysian Ghost Stories Di Astro Ria - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Drama Seram Malaysian Ghost Stories Di Astro Ria

Trending

Drama Seram Malaysian Ghost Stories Di Astro Ria

Buat peminat drama bergenre seram dan mistik, Astro Ria bakal menyiarkan drama seram baharu ‘Malaysian Ghost Stories’ secara back to back bersama dengan drama Hawa sebagai pelengkap malam hari yang selesa dan menghiburkan.


Drama ‘Malaysian Ghost Stories’ terbitan Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. yang mengetengahkan genre seram bakal menggantikan drama sekuel ‘Saga 2.0’ pada jam 11.00 malam bermula 25 Ogos 2021. Idea asal drama ini diilhamkan oleh Syawal Azrai serta turut mendapat sentuhan tiga pengarah berbeza yang terdiri daripada Izuan Mokhtar, Azhari Zain dan Eoon Shuhaini. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang dan Amar Amir.


Menurut Arie Zaharie, Penerbit ‘Malaysian Ghost Stories’, objektif utama yang ingin disampaikan kepada penonton ialah untuk memaparkan pelbagai kisah hantu yang sering diceritakan di Malaysia sebagai hiburan untuk memberi kelainan. Kebanyakan generasi muda zaman sekarang kurang percaya dengan kewujudan entiti seram. Drama seram ini menghimpunkan semula kisah-kisah tersebut untuk dijadikan asas penceritaan utama.


Drama ‘Malaysian Ghost Stories’ bakal mengupas secara terperinci kepelbagaian jenis hantu yang sering didengari di Malaysia agar dapat memberi gambaran dan visual yang jelas mengenai bentuk, rupa dan sifat hantu tersebut serta bagaimana cara untuk mengatasi sebarang gangguan mistik sekiranya ada. Setiap kisah yang ditonjolkan sarat dengan nilai murni untuk diambil sebagai teladan dan pengajaran agar kita tidak sewenang-wenangnya mempersendakan kewujudan makhluk ini.

Daripada segi persediaan untuk menghasilkan drama seram, pihak produksi turut mendapatkan khidmat nasihat pengamal dan pakar dalam perubatan Islam sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini sewaktu di lokasi. Untuk pengetahuan, Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Tuan Asmawi turut membuat penampilan istimewa dalam salah sebuah episod.


SINOPSIS & INFO DRAMA ‘MALAYSIAN GHOST STORIES’

Menerusi paparan sebanyak 18 buah episod, himpunan penceritaan kisah seram berkaitan alam mistik legenda yang sering diceritakan secara turun temurun dalam pelbagai versi oleh masyarakat di Malaysia akan ditampilkan dengan sentuhan baharu.


Sebanyak 18 buah cerita hantu yang berlainan akan dibawakan pada setiap episod seperti ‘Nenek Hostel’, ‘Hantu Kum Kum’, ‘Nenek Kebayan’, ‘Jin Pemusnah’, ‘Hantu Raya’, ‘Hantu Air’, ‘Balan-Balan’, ‘Pontianak’, ‘Langsuir’, ‘Pelesit’, ‘Hantu Jepun’, ‘Pocong’, ‘Nu Gui’ (Hantu Cina), ‘Nishi Dak’ (Hantu India), ‘Ulek Mayang’, ‘Hantu Tiada Kepala’, ‘Hantu Barang Antik’ dan ‘Hantu Jari’.


Barisan Pelakon Drama ‘MALAYSIAN GHOST STORIES’

Seramai lebih 27 selebriti popular tanah air terlibat untuk menjayakan drama ini. Antaranya termasuklah Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot dan ramai lagi.

Buat peminat kisah-kisah seram dan mistik, jangan lupa tonton drama MALAYSIAN GHOST STORIES pada setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kedua-dua drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post