Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, dua buah naskhah baharu
menampilkan karya asal dengan genre yang berbeza bakal dihidangkan secara
‘back-to-back’ untuk menghiburkan malam anda pada setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran
Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kedua-dua
drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
Drama ‘Hawa’ terbitan Infinitus Productions Sdn. Bhd yang mengangkat drama
genre kekeluargaan bakal mengambil alih slot Megadrama pada jam 10.00 malam
bagi menggantikan drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ bermula 24 Ogos 2021. Drama
ini menampilkan sutradara dan aktor berbakat Tam Suhaimi selaku pengarah dan
penulis skrip. Manakala bekas aktres yang kini lebih selesa bergerak aktif
dengan kerja di belakang tabir sebagai pengarah dan penulis skrip, Baizura
Kahar turut menyertai Tam sebagai panel skrip.
SINOPSIS & INFO DRAMA ‘HAWA’
Drama ‘Hawa’ yang mengandungi 9 buah episod ini berkisarkan tentang
kehidupan Along yang menjadi huru-hara selepas suaminya, Haji Ali koma.
Merumitkan lagi keadaan apabila munculnya isteri kedua Haji Ali. Sementara
itu, ahli keluarganya yang lain iaitu Hajjah Iman, Angah dan Acu pula
mempunyai masalah mereka sendiri.
Barisan Pelakon Drama HAWA
Drama ‘Hawa’ dibintangi oleh Nadiya Nisaa yang memegang watak sebagai Hajah
Saadah atau Along, Ruzana Ibrahim (Fauziah/Angah), Bella Dowanna
(Raudah/Acu), Hamidah Wahab (Hajah Imaan), Donna Muslim (Musa), Akmal
Abdullah (Azizah), Shah Faris (Naim) dan Yusri Saleh (Haji Ali).
Menurut Tam Suhaimi, Pengarah ‘Hawa’ “Keistimewaan naskhah ‘Hawa’ terletak
pada penceritaannya yang dilihat relevan dan ‘relatable’ sekaligus
menjadikan ia dekat dengan hati penonton. Tema drama bersiri ‘Hawa’ adalah
famili. Walaupun tidak sependapat dan sering bertelagah, kita tidak akan
sesekali membelakangi famili terutama sekali apabila dilanda musibah. Selain
itu, drama ini juga turut menampilkan barisan pelakon yang berjaya
menterjemahkan watak mereka daripada skrip ke skrin dengan berkesan.
Walaupun menghasilkan drama sewaktu pandemik amat mencabar, namun situasi
tersebut menjadi pendorong kepada pihak produksi untuk tampil dan berfikir
secara lebih kreatif bagi memberi kelainan untuk setiap babak. Oleh kerana
penggambaran drama bersiri Hawa dilakukan ketika fasa PKPP, terdapat
beberapa babak yang perlu diolah agar ianya selaras dengan SOP yang telah
ditetapkan. Pihak produksi juga turut mengambil langkah proaktif bagi
memastikan keselamatan tenaga kerja diutamakan pada setiap masa.
Jangan lupa saksikan drama Hawa pada setiap hari Isnin hingga Khamis di
saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih
fleksibel, kedua-dua drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO
dan On Demand.