REVIEW Kolagen Peptida : Colla-genic with Pomegranate Dari LAMEEYS - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal REVIEW Kolagen Peptida : Colla-genic with Pomegranate Dari LAMEEYS

Trending

REVIEW Kolagen Peptida : Colla-genic with Pomegranate Dari LAMEEYS

Bermula usia 30-an, penghasilan kolagen pada kulit akan merosot dan kulit akan mula mengalami proses penuaaan kerana proses pembaharuaan sel semakin perlahan. Seperti Kak Bell sendiri yang telah menginjak memasuki angka 40, sememangnya terasa proses penuaan yang semakin pantas. Garis ekspresi, kulit kering dan berkedut memang jelas tunjukkan kemerosotan kolagen pada kulit tanpa kita sedari. Kali ini Kak Bell kongsikan produk yang sedang Kak Bell guna sekarang untuk kekal cantik disamping menyelesaikan masalah penuaan kulit.


Minuman kolagen sekarang memang menjadi pilihan pengguna sebagai penyelesaian semulajadi kepada masalah kulit dan kecantikan, bermula dari dalam. Kak Bell sekarang mengambil Colla-genic Dengan Jus Delima (Colla-genic with Pomegranate), produk terbaru dari LAMEEYS. Sebutannya LA-'MISS'


LAMEEYS MELANCARKAN KOLAGEN PEPTIDA 6000MG -PENYELESAIAN KECANTIKAN & KESIHATAN DGN TEKNOLOGI KOREA TERKINI

LAMEEYS bakal melancarkan produk pertamanya, Colla-genic with Pomegranate yang bertekstur halus pada 15 Jul 2021 nanti. Ianya diformulasikan dengan peptida kolagen marin iaitu Kolagen Peptida (Collagen Peptides) yang diiktiraf HALAL.


Menariknya, setiap titisan Peptida Kolagen 6000mg Dengan Jus Delima ini terbentuk hasil daripada elemen berikut:


  • Teknologi termaju Korea – membantu menghidrolisis Kolagen menjadi molekul terkecil.
  • Saiz <1000 Dalton – semakin kecil molekulnya, semakin baik penyerapan kepada badan.
  • 6,000mg Kolagen Peptida – meningkatkan keberkesanan Kolagen
  • Tambahan Peptida Sutera – memelihara kelembapan, melindungi kulit daripada kekeringan.
  • Ekstrak buah delima – kaya dengan antioksidan untuk mencegah kerosakan oksidatif kulit.
  • Tanpa bahan pengawet tambahan
  • Bebas pewarna tiruan


APA PERBEZAAN KOLAGEN & PEPTIDA KOLAGEN?

Kolagen merupakan blok binaan terpenting bagi kulit manusia. Protein kompleks ini membentuk hampir 80% kulit dan memberikan struktur, keanjalan, perlindungan, selain berfungsi membantu mengekalkan kelembapan dari lapisan kulit yang paling dalam.


Kolagen mempunyai bentuk memanjang dengan struktur molekul yang besar menyebabkan kadar serapannya agak perlahan. Sebaliknya, Peptida Kolagen yang terhasil melalui proses hidrolisis pula menghasilkan molekul lebih kecil dan lebih bersedia secara biologi untuk diserap dengan pantas ke dalam aliran darah kerana rantai asid aminonya lebih pendek. Peptida Kolagen mempunyai berat molekul yang jauh lebih rendah (<1,000 Daltons). Semakin rendah berat molekul, semakin tinggi daya serapan yang dibenarkan oleh tubuh.


TENTANG LAMEEYS

LAMEEYS percaya bahawa kunci kepada kecantikan adalah dengan memastikan kesihatan tubuh dari dalam. Justeru, LAMEEYS menawarkan pelbagai produk penjagaan kesihatan & kecantikan yang diperakui bersih, selamat dan bebas daripada unsur-unsur yang membahayakan.


LAMEEYS memastikan ianya dicipta berasaskan sumber alami dan semulajadi, menepati maksudnya dalam bahasa Arab iaitu, lembut untuk disentuh. LAMEEYS juga percaya bahawa kecantikan dari dalam adalah hak milik setiap insan, lelaki mahupun perempuan. Untuk itu, produk yang ditawarkan pastinya mampu milik dan mudah dicapai di pelbagai pelantar pemasaran.

"Industri kecantikan kita telah mencapai piawaian yang terbukti hebat dalam menutupi kelemahan luaran wajah bermula dari concealer, bedak asas hingga pembayang mata. Ia membantu wanita untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan. Malangnya, menutupinya masih tidak dapat membantu wanita untuk mengatasi masalah kulit sedia ada,” ujar Pengurus Pembangunan Perniagaan LAMEEYS, Raja Marliza Safia.
"Itulah sebabnya wanita masih tercari-cari produk kecantikan yang boleh membantu mereka kelihatan bersinar dari dalam, tanpa kesan sampingan. Oleh itu, kami telah mencipta Colla-genic with Pomegranate, untuk membantu wanita tampil yakin dengan kulit mereka sendiri dengan cara yang paling semulajadi."

LAMEEYS berpegang kepada penyelesaian kesihatan & kecantikan itu tidak mahal tetapi pengabaian yang menjadikannya mahal!


Colla-genic with Pomegranate Membantu Mengatasi 5 Masalah Dengan 1 Penyelesaian

Diantara masalah umum yang selalu akan kita alami seiring peningkatan usia adalah seperti masalah kulit kering & kusam, parut jerawat, jeragat & bintik hitam, masalah tona tidak sekata, garis halus penuaan & kedutan, rambut nipis tidak bermaya serta masalah kuku pecah dan rapuh. Semua masalah ini dapat diatasi dengan satu penyelesaian dengan Colla-genic with Pomegranate jika diambil secara konsisten untuk menampakkan kesannya.

 

Kulit

Membaiki kolagen kulit & serat protein elastin untuk meningkatkan keanjalan, ketegangan dan penghidratan atau kelembapan kulit sehingga 91%.

Garis Penuaan Halus

Mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, mencegah tanda penuaan.

Tanda/Kesan Regangan

Minuman kolagen telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan keanjalan kulit sehingga mengurangkan penampilan stretchmarks akibat bersalin.

Rambut

Membantu melancarkan pertumbuhan semula sel-sel rambut dan memperbaiki penampilan dan kilauan rambut.

Kuku

Membantu meningkatkan kualiti kuku dan kesihatan kuku.


Kebaikan Colla-genic Dengan Jus Delima (Colla-genic with Pomegranate)

Pada usia 20-an, tubuh kita masih memiliki banyak kolagen tetapi kulit tetap berisiko kepada punca luaran seperti sinar UV matahari, gaya hidup tidak sihat, diet tidak seimbang mahupun masalah kerja dan tekanan hidup. Jadi sebaik-baiknya seawal umur 25 tahun kita sudah boleh mula mengambil supplement dan minuman kesihatan.


Menganjalkan Kulit Wajah

Bertindak menganjal dan menegangkan kulit wajah yang kendur. Kulit kusam menjadi cerah bersinar dan membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata.

Menguatkan Struktur Kulit

Daya serapan peptida kolagen yang tinggi meningkatkan fungsi agen penghalang kulit daripada kesan kerosakan.

Menghidupkan Semula Kulit

Mengurangkan garis halus dan kesan kedutan. Membantu penjanaan semula kulit melalui agen utama anti-penuaan.

Mengembalikan Keremajaan Kulit

Kaya dengan antioksidan & Vitamin C demi mengembalikan sumber dan mineral yang diperlukan oleh kulit.

Membekalkan Kelembapan Kulit

Membekalkan kelembapan yang diperlukan dengan daya penghidratan yang tinggi agar kulit kekal lembap sekaligus memberi efek kilauan pada wajah.


REVIEW Kolagen Peptida : Colla-genic with Pomegranate

Didatangkan dalam bentuk sachet sedia diminum, setiap kotak mengandungi 15 paket sachet dengan isian 25g. Kotak pembungkusan datang dalam warna pink-putih dengan gambar buah delima. Pakaging dalam bentuk sachet yang kecil berwarna pink ini memang memudahkan sebab kita boleh bawa dan minum pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.


Tekstur kolagen peptida ini likat tetapi mudah diminum dari paket. Warna minuman jus delima ni tidak terlalu merah, cuma macam warna madu dan ada bau buah-buahan sitrus yang tak terlalu kuat. Untuk rasa pula ada rasa manis buah dan sedikit rasa masam tanpa rasa kelat atau pahit buah delima. Kak Bell suka dengan rasanya sebab rasa masamnya tidak terlalu kuat dan rasa masam-manisnya blend secukup rasa.


Biasanya Kak Bell akan ambil 1 sachet waktu pagi dan 1 sachet sebelum tidur. Untuk waktu pagi seeloknya ambil 20-30 minit sebelum makan. Kalau nak ambil 1 paket sahaja sehari pun boleh. Lepas bangun tidur, goncang dahulu paket dan terus minum Colla-genic with Pomegranate ni sebab masa awal pagi perut masih kosong dan nutriet dapat diserap dengan lebih optimal.



Jika anda kerap berhadapan komputer untuk waktu yang lama, tidur lambat akibat akibat belajar atau bekerja (macam Kak Bell tulis blog, hehe), peminum kafein tegar dan kerap travel memang sesuai sangat consume produk ini. Untuk peminum kopi atau kafein, kena elakkan terus ambil kopi selepas ambil kolagen ni.

Untuk kesan optimum, perlu ambil 2 sachet sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur secara konsisten selama 7 hari. Memang jatuh hati terus dengan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni.


HARGA ISTIMEWA HARI RAYA HAJI DI LAZADA & SHOPEE

Produk ini kini boleh didapati di www.lameeys.com.my dan dijual pada harga pengenalan RM108 sekotak. Harga Runcit biasa ialah RM120 sekotak. Selain pembelian melalui website, LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima juga tersedia di pelbagai platform e-dagang yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pelanggan.


[PROMO RAYA HAJI]
Beli 2 Kotak RM188 (Harga Biasa: RM 240)
LEBIH JIMAT dengan BAUCAR RM30 Shopee atau Lazada
*Tertakluk terma & syarat

Bersempena sambutan dan kedatangan Hari Raya Haji, LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima mungkin jalan penyelesaian terbaik untuk mereka yang ingin mendaptakan nutrien kolagen secara efektif. Pengguna boleh rasai kesan penghidratan yang diperlukan oleh hanya dalam 7 hari! Produk ini juga dibuat hasil penelitian dengan 100% bahan semula jadi, diperakui HALAL dan selamat dimakan. Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman sesawang berikut.

Website: Lameeys
Facebook: Lameeys Facebook
Instagram: Lameeys (@lameeys_my)
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post