Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Sedap Mudah Dan Tip Kerang Tidak Kecut - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Sedap Mudah Dan Tip Kerang Tidak Kecut

Trending

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Sedap Mudah Dan Tip Kerang Tidak Kecut

Hi semua! Sejak dua tiga menjak ni memang lama betul Kak Bell tak masuk dapur. Memang malas nak memasak dan tak cukup masa. Kalau cuti pun Kak Bell order dari aplikasi Grab Food atau Food Panda aje. Tambahan pula, sinki dapur asyik tersumbat disebabkan housemate entah apa yang depa masak. Penat berbuih mulut dah nak habaq, hujung-hujung Kak Bell simpan minyak tutup pili air sinki. Biarlah nak kata kejam, asyik kite je nak kena betulkan sinki tersumbat kan.


Lepas habis sebotol chemical Kak Bell curah sepanjang 3,4 kali tersumbat, hujung-hujung pakai pelocok terus keluar semua benda alah yang tersumbat, lega akhirnya elok sampai la ni. Barulah senang hati sikit nak memasak. Hehe.

Ok, kerabu kerang ala Thai ni Kak Bell dah buat lama dah, cuma hari ni baru ada masa nak siapkan resepinya. Kebetulan haritu singgah ke Jaya Grocer nampak gemuk-gemuk kerangnya jadi Kak Bell sambarlah nak buat kerabu kerang. Bagi yang gemar seafood terutama kerang, selain buat kerang bakar dan kerang rebus, bolehlah cuba buat kerabu kerang Thai. Kak Bell beli yang dah siap kupas, nampak tak pemalasnya sis Bella. Cara buat kerabu kerang ala Thai yang sedap ni memang mudah. Kerang pun segar bugar je tak kecut. Nak tahu tip kerang tidak kecut bagaimana, jom baca seterusnya.


Bahan A
3-4 ulas bawang putih
4-5 biji cili api

Bahan B
1 paket (300-400gram) kerang segar
2 ulas bawang merah-dihiris
1-2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
1 sudu besar gula pasir
1 biji tomato
Sedikit daun ketumbar
Sedikit ais kiub


Cara Buat Kerang Ala Thai Sedap Mudah

1) Rebus kerang seketika dalam 3 hingga 4 minit atau hingga kerang masak.
2) Rendam kerang tadi dalam bekas berisi air dan kiub ais.

3) Tumbuk Bahan A seadanya tak perlu terlalu halus.
4) Masukkan gula pasir, sos ikan dan perahan air limau bersama kulit limau yang dipotong.


5) Masukkan tomato yang telah dipotong dadu, hirisan bawang merah bersama daun ketumbar, gaul sebati.
7) Curahkan bahan-bahan ke atas kerang dan gaul sekali lagi hingga rata.



Untuk resepi asal dari Rasa MY, kerabu kerang ni gunakan sos nampla (sos ikan) dan gunakan gula apung Thai. Disebabkan tak ada Kak bell guna gula pasir dan sos ikan jenama Squid. Kemudian Kak Bell sekarang dah tak boleh nak makan pedas sejak gastrik, jadi pakai sedikit sahaja cili padi.


Tip Kerang Segar Tidak Kecut

  • Rendam kerang yang telah direbus dalam air berisi ais kiub supaya kerang segar dan tidak kecut
  • Boleh buang sebelah sahaja kulit kerang atau kupas sepenuhnya
  • Untuk elak terlalu berair, buang bahagian isi dan biji tomato
  • Boleh sesuaikan rasa masam, masin, manis ikut selera masing-masing

Ada beberapa lagi versi untuk sediakan kerabu kerang ni. Ada yang gunakan belacan, jus asam jawa atau gunakan gula perang. Di bawah ni resepi 1Kg kerang dari SAYSdotCOM.

Bahan kisar
5 biji cili merah besar
15 biji cili padi
5 biji bawang putih
2 sudu besar sos ikan
5 sudu besar air limau kasturi
5 sude besar gula perang
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk perasa ayam Maggie
1 cawan air

Bahan sampingan
Daun ketumbar (dihiris nipis)
Kubis (dihiris nipis)
Lobak merah (dihiris nipis)
2 sudu besar tepung jagung
Kerang


Cara penyediaan:
1. Rendamkan kerang dengan cuka selama sejam. Bersihkan.
2. Kemudian, rebus kerang selama 2 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk.
3. Mula-mula kisarkan bahan kisar.
4. Kemudian, didihkan bahan kisar sehingga cili masak.
5. Masukkan air tepung jagung. Kacau sebati sehingga pekat dan likat. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
6. Letakkan daun ketumbar, lobak merah dan kubis yang dihiris nipis. Gaul rata.



Nampak kerangnya sangat fresh dan juicy kan? Memang selera sungguh lah kalau makan. Bolehlah buat resepi kerabu kerang untuk buka puasa nanti. Lepas ni Kak Bell nak cuba buat resepi kerabu sotong pulak. Kalau nak resepi kerabu yang lain boleh la cuba resepi kat bawah ni.








Buat korang yang malas membaca, nak tengok video cara memasak dan cara membuat kerabu kerang ala Thai, boleh tonton video dari Kak Marlina. Selamat mencuba.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post