McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan Sempena #LekLuMcDBelanja - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan Sempena #LekLuMcDBelanja

Trending

McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan Sempena #LekLuMcDBelanja

Hi semua! Sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, khidmat penghantaran makanan menjadi pilihan utama orang ramai mendapatkan makanan tanpa perlu keluar rumah. Kak Bell sendiri pun sentiasa memesan makanan daripada mereka. Selain petugas kesihatan, penghantar makanan adalah frontliner kerana tugas mereka sebagai sebahagian petugas barisan hadapan bagi memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi. Rasanya semua akan perasan semasa musim PKP ini, memang bertebaran abang-abang dan kakak-kakak rider ni menjalankan tugas mereka.

Riders are lining up at McDonald’s Kuala Terengganu to claim their free Quarter Pounder with Cheese meals.

Setelah kejayaan McDonald’s Malaysia dalam kempen #KitaBoleh yang meraikan frontliner petugas kesihatan sebelum ini, kali ini pihak McD Malaysia meneruskan usaha murni mereka meraikan pula penghantar makanan di seluruh Malaysia melalui kempen #LekLuMcDBelanja.

Kempen yang telah berlangsung dengan jayanya di mana rider atau penghantar makanan dari pelbagai agensi di seluruh negara telah berjaya menebus hidangan percuma dari McDonald’s Malaysia melalui kempen #LekLuMcDBelanja. Kerja keras para penghantar makanan ini memang patut dihargai keranan tanpa mereka berlaparlah kita dirumah kalau tidak memasak sendiri! Jom ikuti lebih lanjut untuk mengetahui tentang kempen #LekLuMcDBelanja rider.


McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Set Hidangan Percuma Quarter Pounder Dengan Keju

McDonald’s Malaysia telah membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan keju sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kak Bell memang sangat menyokong usaha McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan. Kadangkala kalau ada lebih rezeki, Kak Bell sendiri akan memberikan tips kepada para rider kerana tetap menjalankan tugas dalam suasana yang berisiko. Memang faham sangat bahawa mereka semua ini akan busy teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
McDelivery Service riders receiving their free Quarter Pounder with Cheese meals, marking the start of the #LekLuMcDBelanja #RiderKu campaign on 12 July 2021.

The McDonald’s team at Kuala Terengganu joins the nationwide programme in distributing free Quarter Pounder with Cheese meals to delivery riders as a token of appreciation

Usaha yang dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut sebagai penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya. Kadangkala sangat kesian bila nampak posting di sosial media yang mereka ini sampai tak sempat nak makan dan hanya akan makan selepas habis kerja. Tabik sangat kat mereka semua!


Sempena inisiatif #LekLuMcDBelanja yang bermula 12 Julai 2021, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) di seluruh negara, McDonald’s hargai penghantar makanan Malaysia ini dengan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan keju antara jam 2 petang hingga 5 petang di restoran McDonald’s seluruh negara tempohari.

McDelivery Service riders are happy to receive their free Quarter Pounder with Cheese meals.

GrabFood, FoodPanda and McDelivery Sevice riders with representatives from McDonald’s Sunway City Tambun

Menurut Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai sejak pandemik melanda bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar."
“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” tambah Azmir Jaafar.


Respon Para Rider Apabila Dihargai Pelanggan

Sebagai penghantar makanan, terdapat banyak pengalaman sepanjang menghantar makanan di musim pandemik. Berikut sebahagian daripada respon mereka apabila dihargai oleh pelanggan dan juga respon apabila McD belanja makan penghantar makanan dengan Quarter Pounder dengan keju percuma.

Ibu kepada lima anak, Roslina Talhad menyatakan dia perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

 
“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” Penghantar Makanan McDelivery Roslina Talhad

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.” Penghantar Makanan McDelivery William Quah.
“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” luah William Quah yang merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun.


Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.” Penghantar Makanan McDelivery Mohamad Azyhan Musa.


Terima kasih McDonald’s Malaysia atas usaha mereka mengajak orang ramai menghargai penghantar makanan Malaysia. Terima kasih juga kepada semua rider yang tetap bekerja keras menghantar makanan kepada pelanggan demi tugas sebagai frontliner.

Representatives from McDonald’s Malaysia showing their appreciation towards McDelivery Service riders

Sebagai tanda terima kasih kepada semua penghantar makanan, anda juga boleh turut sertai kempen ini dengan kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial anda dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Untuk info lebih lanjut, boleh layari laman web www.mcdonalds.com.my.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post