Hi semua! Semalam Kak Bell diuji dengan satu lagi kehilangan anak bulus,
Cik Puteh yang menghidap sakit buah pinggang atau dipanggil
Chronic Kidney Disease (CKD). CKD kucing ni sebenarnya sama sahaja seperti sakit buah pinggang
pada manusia yang memerlukan long term treatment dan kebiasaannya
akan berakhir dengan kematian pada kucing. Dalam artikel ni, Kak Bell hendak
berkongsi tentang
simptom-simptom penyakit buah pinggang pada kucing dan
pengalaman menjaga kucing sakit buah pinggang.
Cik Putih berumur 6 tahun dan merupakan anak batch pertama kepada Muezza dan
Sky. Sekarang kucing first batch termasuk Cik Lucy, Cik Hitam termasuk
Muezza dan Sky masih ada lagi dan berumur antara 6 ke 8 tahun. Cik Puteh
memang jenis manja, tak banyak kerenah dan sebelum ni pernah kena
Feline Asma
(Asma Kucing) pada tahun 2018. Alhamdulillah asma dia sembuh hinggalah Cik
Puteh pergi sebab CKD. Kedua-dua kes pun kritikal, dan masih ingat lagi Kak
Bell hantar dia ke emergency jam 8PM.
Apakah Chronic Kidney Disease (CKD) Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing?
Chronic kidney disease (CKD) ini merujuk kepada kegagalan buah pinggang
kucing di mana fungsi tubular dan glomerular buah pinggang kucing yang tidak
dapat bekerja seperti biasa.
Terdapat dua jenis kegagalan buah pinggang, akut dan kronik. Jika stage
pertama, buah pinggang kucing mungkin boleh pulih dan fungsi buah pinggang
kembali bekerja dengan betul jika diberi penjagaan, ubat dan diet pemakanan
yang betul sebagai langkah dan cara mencegah sakit buah pinggang kucing. Walaubagaimanapun, jika sudah masuk stage 3,4 iaitu tahap
kegagalan buah pinggang kronik peringkat akhir, ianya dianggap tidak dapat
dipulihkan dan diubati.
Apakah Peranan Normal Buah Pinggang?
Seperti semua jenis mamalia, macam juga manusia, kucing mempunyai dua buah
ginjal yang terletak di abdomen bagi melakukan pelbagai peranan penting
untuk tubuh seperti:
- Membuang toksin dari darah
- Mengekalkan keseimbangan air
- Mengekalkan keseimbangan garam (dan elektrolit lain)
- Mengekalkan keseimbangan asid dalam badan
- Mengekalkan tekanan darah normal
- Penghasilan hormon
Cik Puteh masa kena asma
Bila kidney kucing tidak dapat berfungsi dengan baik atau berlaku
kemerosotan fungsi kerja, jadi badan kucing akan diracuni oleh produk
metaboliknya sendiri. Bila kidney kucing 67%-70% tidak berfungsi (stage 3
dan 4), barulah tanda klinikal akan kita nampak. Kebiasaannya memang lepas
kucing sakit berbulan atau bertahun-tahun baru akan perasan tanda-tanda CKD
ni. Jangka hayat kucing sakit buah pinggang ni pun bergantung. Ada yang
mampu hidup setahun bahkan hanya sebulan selepas diagnosis.
Tanda-Tanda & Simptom Penyakit Buah Pinggang Kucing
Kegagalan buah pinggang pada kucing biasanya adalah penyakit yang berkaitan
dengan usia (kerap pada kucing umur 8 tahun ke atas) dan boleh juga
disebabkan kucing memang dilahirkan dengan patologi buah pinggang yang tidak
berfungsi dengan baik sebagai kecacatan masa lahir atau penyakit keturunan.
Cik Puteh masa umur setahun
Perkara lain yang menyebabkan penyakit buah pinggang termasuklah gangguan
sistem imun, jangkitan dan tekanan darah tinggi. Kondisi-kondisi ini
seringkali menyebabkan masalah buah pinggang kronik yang menyebabkan
kegagalan buah pinggang. Jika kucing terkena penyakit leukimia, kegagalan
buah pinggang akan terjadi lebih cepat dan perkembangan penyakit ni boleh
terjadi dalam masa beberapa jam sahaja. Diantara simptom sakit buah pinggang
kucing adalah:
- Pengurangan berat badan secara tiba-tiba
- Muntah, Cirit birit
- Dehidrasi dan lesu (Lethargy)
- Hilang selera makan
- Lemah, berjalan terhuyung hayang dan tersandung
- Kerap minum sebab peningkatan dahaga (polydipsia)
- Kerap kencing (poliuria)
- Kencing diluar litter box dan tidak normal
- Bulu tak terurus (Poor coat)
- Hipertensi (tekanan darah tinggi)
- Nafas berbau (halitosis)
- Anemia
Pengalaman Menjaga Kucing CKD (Chronic Kidney Disease)
Mulanya memang tak ada kejanggalan pada Cik Puteh yang lepas beranak.
Anak-anak pun dah masuk 4 minggu dan dah buka mata. Balik kerja jam 2 pagi,
nampak kat lantai ada air kencing yang banyak, dia duduk lemah, lesu dan tak
menyusukan anak. Jadi Kak Bell force feed air dan check puting dia tak ada
susu. Memang firasat ada yang tak kena.
Kesesokannnya, 18 Mei, Kak Bell bawa ke Hospital vet dan buat ujian darah.
Vet sahkan yang Cik Puteh kena sakit buah pinggang disebabkan kadar
creatinine tinggi (bahan urik/urea), sel darah merah kurang dan sel darah
putih tinggi. Walau apapun mesti kene rujuk vet sebab Kak Bell memang tak
percaya ada rawatan tradisional kucing sakit buah pinggang.
Awalnya tak warded dan diberi ubat sebab vet nak tengok ada perubahan atau
tidak lepas diberi ubat dan Kak Bell kena asingkan dia dari anak meow dan
terpaksa force feed anak-anak dia. Mencabar jugalah nak bagi botol susu.
Makanan kucing sakit buah pinggang ni kena bagi makanan khas untuk
renal/buah pinggang seperti Hill's Prescription Diet k/d atau Royal Canin
Renal Support. Nak pakai jenama lain pun boleh asalkan khas untuk kidney/renal. Disebabkan vet tak ada stok,
Kak Bell cuma beli Recovery Wet Royal Canin. Selepas semalaman dia masih tak
ada perubahan jadi Kak Bell warded Cik Puteh di hospital.
Ujian darah dan ultrasound (scan) dibuat dan confirm Cik Puteh kena CKD
kritikal stage 4. Selepas seminggu warded dan selang sehari Kak Bell datang
melawat, nampak keadaan Cik Puteh makin ok. Itupun selepas 3 jenis antibiotik di cuba barulah Cik Puteh dah mula makan dan minum. Kak Bell bawa balik rumah lepas seminggu dan kena hari-hari bagi air,
sub-cut fluid hari-hari. Disebabkan Kak Bell takut nak cucuk sendiri, jadi
setiap hari lah kena bawa ke vet.
Vet beri dua pilihan untuk rawatan iaitu buat tranfusi darah atau suntikan hormon (Eprex 2000 IU) untuk tambah darah Cik Puteh. Kak Bell pilih hormone injection yang perlu dibuat 3 hari berturut-turut, kemudian buat blood test untuk tengok ada peningkatan jumlah darah atau tidak. Kemudian jika ok, kena repeat lagi selepas 2 minggu.
Jika komposisi analisis biokimia darah menunjukkan kandungan creatinine dan
urea yang tinggi, ini menunjukkan kegagalan buah pinggang kronik pada
kucing. Keputusan ujian akan menunjukkan penurunan ketara dalam bilangan
hemoglobin, platelet, count limfosit, tetapi peningkatan dalam jumlah
leukosit. Urinalisis akan menunjukkan kehadiran protein, pengurangan
ketumpatan isostenuria, dan reaksi akan berasid.
Staging Feline CKD by Serum Creatinine Concentration
Masa cucuk air, memang sedih sangat sebab kadangkala berdarah pada tempat
cucuk. Dah la kedua-dua belah kaki dicukur sebab drip air. Memang mengalir
air mata tengok keadaan dia. Kak Bell tanya juga agak-agak berapa lama Cik
Puteh boleh bertahan. Vet cakap, asalkan dia masih nak makan dan minum Kak
Bell kena bagi harapan pada dia. Memang sebak betul masa tu! Ada penjaga
yang buat keputusan Put To Sleep (PTS) tapi memang Kak Bell tak akan buat
PTS. Kak Bell tetap bagi harapan dan ikhtiar untuk Cik Puteh.
Ubat-ubatan Cik Puteh
Semasa di rumah memang kena force feed makan, minum air. Makan pun sangatlah
sedikit. Kalau masa poo pun sampai masih melekat pada badan dia dengan poo
besar kuku jari kelingking je sebab tak makan. Kencing pun Cik Puteh tak
boleh kawal dan dia akan kencing luar litter box dan kencing je atas kain atau
kertas/tisu. Memang dia tak larat sangat. Jalan pun terhuyung-hayang dan
tersandung. Kak Bell memang dah pasrah gila dan bawa dia tidur dalam bilik
supaya dekat dengan Kak Bell.
Lepas 3,4 hari kat rumah, keadaan Cik Puteh makin teruk dan Kak Bell gelisah
tangok dia. Kadangkala dia semangat nak makan bila bagi isi ayam, tapi makannya sikit sahaja. Esoknya Kak Bell ambil keputusan warded dia semula di hospital supaya keadaan dia
lebih stabil. Hari kedua Kak Bell tak melawat sebab kesuntukan masa dan
biasa memang akan lawat 2 hari sekali. Pagi hari ketiga, vet maklumkan yang
keadaan Cik Puteh memburuk. Dia semakin lemah dan suhu badan turun ke bawah
paras normal. Vet letakkan Cik Puteh atas heating pad dan nampak muka, bibir dia pucat. Vet
maklumkan suruh Kak Bell datang sebab mungkin Cik Puteh tak dapat bertahan.
Gambar-gambar kenangan Cik Puteh
Masa Kak Bell cari parking ada panggilan masuk jadi ambik masa sekejap.
Dalam masa 5 minit je rupanya vet dah SMS yang Cik Puteh dah tiada (passed away) pada jam
12.31PM. Ya Allah gugur jantung rasanya sebab baru je Kak Bell nak tengok
dia. Terkilan sungguh tak dapat pegang dia buat kali terakhir. Apa-pun Kak
Bell tabah sahajalah. Sedih tu ada tapi air mata ni tak nak mengalir dah. Yang
penting Kak Bell dah berusaha sebaik mungkin buat Cik Puteh. Tak sempat
sebulan pun Cik Puteh dah pergi. Tak apalah dari dia tersiksa sakit kan. RIP
Cik Puteh 6 July 2015-6 June 2021.
Kos Rawatan Untuk Penyakit Buah Pinggang Kucing
Kos rawatan untuk kucing yang sakit buah pinggang ni memang mahal. Jumlah
lebih kurang 2 ribu jugalah termasuk 2 hari terakhir Cik Puteh warded. Kalau
korang semua di tempat Kak Bell pun pasti akan lakukan benda yang sama kan? Duit kita carilah lagi lepas ni sebab rezeki ada je tuhan bagi. Kucing dah
dianggap sebagai ahli keluarga, jadi memang tanggungjawab kitalah untuk
berikan yang terbaik kepada mereka.
1st-day consultation + treatment
7 hari kos warded + rawatan
Kepada anda semua, jika ada yang tak kena pada kucing bawalah ke vet segera dan secepat mungkin. Untuk kes Chronic Kidney Disease (CKD) kalau tahu awal boleh lagi diselamatkan.
Susah nak jangka dari awal sebab simptomnya muncul bila dah kritikal. Jadi
Kak Bell galakkan korang semua bagi makanan dan diet yang sihat pada kucing
sebagai cara mencegah sakit buah pinggang kucing dan langkah penjagaan
kesihatan mereka. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, didoakan kebaikan
oleh kucing kita dan segala kebaikan kita di balas oleh-Nya.
Tags:
My Pet