Pengalaman & Ikhtiar Menggunakan Essential Oil Young Living Malaysia Semasa Tempoh Kuarantin | Hi semua! Seperti tajuk untuk artikel ini, ya Kak Bell bulan lepas telah
menjalani tempoh kuarantin 14 hari. Dah masuk hampir 2 tahun pandemik
Covid-19 melanda, akhirnya terkena juga. Siapa yang nak sakit kan? Tambah
lagi dengan situasi penyakit yang kita tak boleh nampak dan cara jangkitan
yang amat mudah. Jadi Kak Bell nak kongsikan sedikit pengalaman dan ikhtiar
menggunakan Essential Oil Young Living sepanjang tempoh kuarantin tempohari
selain beberapa cara untuk tingkatkan sistem imun badan.
Pada mulanya memang masing-masing tak aware pun penyakit ni rupanya
dah ada dikalangan orang sekeliling. Sehinggalah seorang kawan buat test dan
ternyata positif. Jadi teruslah kami semua buat
Ujian RTK Antigen dan alhamdulillah keputusan Kak Bell negatif. Selepas 2 hari lakukan RTK
antigen, badan Kak Bell mula rasa tak sedap, rasa nak demam. Memang dalam
hati dah rasa lain macam disebabkan 2 orang kawan rapat disahkan positif
semasa buat ujian RTK. Jadi untuk kepastian selepas beberapa hari Kak Bell
buat ujian PCR (Transcription-Polymerase Chain Reaction).
Memang sangat berdebar semasa tunggu keputusan sebab lebih dari 10 orang
kawan Kak Bell positif dan memang high chances Kak Bell juga positif
sebab badan dah mula rasa lain macam. Lepas 2 hari check aplikasi
MySejahtera dah bertukar jadi merah! Tak tahulah apa perasaan masa tu sebab
Kak Bell ada penyakit asma. Dahla virus ni memang akan menyebabkan masalah
berkaitan dengan paru-paru untuk pernafasan, memang rasa sangat tertekan dan
risau.
Ikhtiar Menggunakan Essential Oil Young Living Semasa Tempoh Kuarantin
Terus-terang semasa tempoh kuarantin memang pelbagai perasaan yang datang
dan susah nak cakap. Walau apa-pun memang kena banyak bertenang dan
bersabar. Semasa tempoh kuarantin ada beberapa perkara yang perlu dibuat
sebagai cara tingkatkan sistem imun badan. Kena banyakkan minum air
putih, kerap mandi untuk turunkan suhu badan, makan makanan yang boleh
meningkatkan antibodi atau immune system, makan buah-buahan, ambik
vitamin C dan banyak berdoa. Kebetulan Kak Bell memang dah beli set PSK
Essential Oil (EO) Young Living bulan sebelumnya, jadi Kak Bell
guna EO Young Living Malaysia ni sebagai ikhtiar untuk tingkatkan sistem imun
tubuh.
Untuk vitamin C Kak Bell guna Redoxan Double Action vitamin C + Zinc dan
juga Vitamin C Shaklee. Kalau ada demam batuk memang kena ambik panadol dan
ubat batuk. Kebetulan simptom yang Kak Bell alami agak ringan iaitu demam
yang on-off dan cirit-birit, mudah letih dan memang akan banyak tidur.
Bersyukur sangat sepanjang kuarantin tiada masalah dengan deria bau dan rasa
dan paling penting tiada isu dengan asma dan pernafasan. Kak Bell pun
amalkan teknik bernafas ikut hidung hembus ikut hidung, bernafas ikut hidung
dan hembus pula ikut mulut dalam masa 10 saat dan bagi paru-paru
expand dan cukup oksigen. Bahaya kalau kandungan oksigen jatuh bawah
paras oksigen normal oximeter, kurang 95%. Biasa bangun tidur akan rasa
badan dedar dan ok bila makan panadol. Kemudian dedar balik sehinggalah
beberapa hari.
Guna EO Thieves + EO Lemon Sebagai Immune Booster Dan Meredakan Demam
Mulanya Kak Bell hanya nak support business kawan beli Essential Oil Young
Living. Kemudian ramai yang kongsikan
kebaikan essential oil young living dan ada juga artis yang positif
kongsikan review, jadi apa salahnya kita berikhtiar dan kongsi tentang
kebaikan dan manfaat essential oil.
Untuk essential oil Young Living, Kak Bell diffuse EO thieves + lemon, letak
setitis dua dalam diffuser kemudian letak setitik juga dalam air buat minum.
Selain itu, kelebihan thieves young living ini adalah sebagai immune
booster, boleh digunakan untuk sakit gigi dan boleh di sapu pada tapak kaki.
EO Thieves memiliki aroma rempah segar dan hangat dan panas sebab ianya pati
yang pekat. Kalau kena kulit memang rasa pedih macam kena cili, jadi kita
letak di tapak kaki untuk meresap dalam badan. Kononnya sis letak pada mask
dan sapu bawah hidung, memang pijar lah jawabnya.
Untuk EO Lemon pula dapat membantu meredakan demam, berkesan untuk
menurunkan suhu badan ketika demam. Alhamdullillah selepas hari ke-8 dah
tiada gejala demam dan cirit-birit tapi dalam hati masih tertanya-tanya
demam lagi ke aku ni? Dah ok ke tak ni?
Kebaikan Dan Manfaat Essential Oil Young Living Malaysia Untuk Kesihatan
Apa itu Essential Oil products (minyak pati)? Essential Oil (EO) sejak beribu tahun
dahulu telah digunakan sebagai ubat-ubatan untuk kesihatan. Disebabkan oleh
sifat essential oil yang antiradang, antibakteria, antiviral, detoxifying
& menenangkan menjadikan EO sangat popular sebagal terapi yang
semulajadi yang selamat dan berkesan mengikut masalāh-masalah kesihatan
tertentu.
Oil infused products mempunyai banyak kebaikan dan bukan sahaja digunakan sebagai terapi
aromaterapi, tetapi juga di dalam bahan bahan pencuci, kosmetik dan
penjagaan wajah dan badan. EO ini dihasilkan dari proses ekstraksi
steam distillation dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti
bunga-bunga, daun, dahan, batang, dan kulit buah bagi mendapatkan minyak
pati aromatik. Minyak yang keluar dari hasil steaming ini sangat pekat dan
mempunyai bau yang kuat dan mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan untuk
kesihatan.
Kak bell pun pada mulanya rasa starter kits RM750 tu agak mahal tetapi ianya sangat
berbaloi sebab dalam 1 set Premium Starter Kit (PSK) Young Living tu dah ada
1 diffuser + 11 Essential Oil yang harganya lebih dari RM1500. Memang dah
jimat banyak sebab sebotol EO pun dah berharga RM100. Tambahan pula nak
pakai untuk kesihatan, jadi Kak Bell rasa tak rugi untuk melabur demi
kesihatan dan kesejahteraan.
Dalam set tu ada Diffuser jenis Dessert Mist dengan 11 Essential Oil (EO)
seperti
Lavendor, Lemon, Peppermint, Thieves, Digize, Purification,
Frankincense, Panaway, Copaiba
dan Spearmint.
Untuk Frankincense tu Kak Bell pakai pada
luka kesan cakar kucing dan
EO young living untuk tidur lena dan menenangkan boleh pakai
Lavender (Lavandula angustifolia), Mandarin orange
(Citrus Reticulata), Vetiver (Vetiveria zizanioides),
Frankincense (Boswellia carteri), Cedarwood
(Cedrus atlantica) atau Ylang Yang (Cananga odorata). Lebih
lanjut nantilah Kak Bell kongsi dalam artikel seterusnya.
Disebabkan kami masing-masing dah ada pengalaman kuarantin jadi
masing-masing pun ikhtiar pakai EO Young Living untuk manfaat kesihatan.
Yang penting kena ikhtiar.
2 pilihan set Premium Starter Kits (PSK) Young Living
Kalau ada yang berminat nak pakai dan cuba Essential Oil Young Living ni,
bolehlah daftar dengan Kak Bell. Kak Bell ada support group yang sangat
bagus, sangat aktif dan selalu membantu jawab segala persoalan, cara nak
guna EO YL ni. Alhamdulillah ada kawan-kawan yang selalu membantu dan beri
semangat. Tak lupa juga buat kawan-kawan yang setiasa check setiap jam,
call dan whatsapp Kak Bell tanya keadaan. Kak Bell hargai sangat-sangat.
Selain ada banyak penjimatan sebagai ahli sah Young Living, nanti boleh
dapat 24% diskaun bagi setiap produk Young Living Malaysia ada. Kalau rajin
dan minat business memang boleh jana side income. Premium Starter Kits (PSK) tidak termasuk kos penghantaran RM20. Kalau join dengan Kak Bell,
sis belanja postage.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Young Living, nak jadi ahli ke, boleh klik sini > https://whas.me/PiAs5poTuG
Apa yang penting, virus ni masih ada dan kita semua berpotensi dijangkiti.
Kak Bell pun bila dah kena, bukan bermakna tak boleh dijangkiti lagi. Jadi
kita kena lebih berhati-hati dan banyak berdoa supaya dijauhkan dari wabak
ni. Kak Bell harap korang semua jaga diri dan sentiasa sihat selalu.
Young Living Essential Oils Mission Statement
Mission Statement | Executive Management Team | Regional Leadership Team | Scientific Advisory Council | Protecting Our Planet | Young Living Foundation | Young Living Farms