4 Cara Pergi Ke Malaysia Dari India | Semua Yang Anda Perlu Tahu Untuk Perjalanan Ke Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 4 Cara Pergi Ke Malaysia Dari India | Semua Yang Anda Perlu Tahu Untuk Perjalanan Ke Malaysia

Trending

4 Cara Pergi Ke Malaysia Dari India | Semua Yang Anda Perlu Tahu Untuk Perjalanan Ke Malaysia

Malaysia boleh dibanggakan sebagai salah satu tempat pelancongan utama di Asia Tenggara. Negara ini merupakan pusat pertemuan dan asimilasi pelbagai budaya Asia dan Asia Tenggara, termasuklah dengan pengaruh ekspatriat barat yang semakin mengembang. Malaysia terletak bersebelahan Laut Cina Selatan dan bersempadan dengan negara-negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Brunei dan Indonesia. Kedudukan geografi Malaysia yang berpusat menjadikan ianya strategik sebagai pusat pelancongan dan perindustrian malah Malaysia juga telah menjadi pusat perdagangan yang menonjol di Asia Tenggara.

Kredit gambar @zarnizar @syafiqahhashimxoxo

Orang ramai dari seluruh pelosok dunia sanggup membuat perjalanan jauh untuk melawat Malaysia untuk menikmati keindahan atmosferanya. Pantai-pantai yang cantik, pusat-pusat perniagaan yang maju, bangunan pencakar langit, tapak-tapak bersejarah serta lokasi yang kaya dengan pusat keagamaan penting. Tidak lupa juga jalan rayanya yang sibuk, penuh dengan gerai makanan tempatan serta kepelbagaian restoran menarik untuk dicuba. Suasana malam di Malaysia juga tidak kurang meriah, vibrant dan lively!


4 Cara Pergi Ke Malaysia Dari India

Jika anda berasal dari negara India dan mungkin tertanya-tanya bagaimana anda dapat membuat perjalanan ke Malaysia dari India. Terdapat beberapa pilihan bagaimana cara anda boleh travel ke Malaysia dari India. Untuk memudahkan perjalanan anda melancong dan mengunjungi destinasi menarik di sini, anda boleh menempah tiket bas online setelah tiba di Malaysia.



Melalui Pengangkutan Udara (Kapal Terbang)

Perjalanan menaiki pengangkutan udara adalah cara terbaik untuk sampai ke Malaysia. Anda boleh datang ke Kuala Lumpur dengan menggunakan penerbangan tambang murah. 

Kredit gambar @khaiartzfar

Sebaik sahaja tiba di Malaysia, anda boleh mengunjungi mana-mana destinasi dengan mudah dan anda juga boleh menjadikan Malaysia sebagi sebuah transit untuk berkunjung dan melancong ke negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia. Perjalanan anda merantau ke negara-negara ini akan menjimatkan masa dan wang kerana tempoh penerbangan ke negara-negara ini tidak mengambil masa yang lama.


Melalui Perkhidmatan Kereta Api

Perkhidmatan kereta api nasional Malaysia yang di kenali sebagai KTM - atau Keretapi Tanah Melayu turut menawarkan perkhidmatan perjalanan keretapi dari Thailand ke Singapura. Jika anda tertanya-tanya bolehkah anda menggunakan perkhidmatan keretapi ke Malaysia, jawapannya boleh kerana terdapat perkhidmatan kereta api harian yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura dan Thailand.


Pada masa ini, memang tiada perkhidmatan kereta api secara terus dari India ke Malaysia. Jadi anda boleh mendarat di Thailand atau Singapura, kemudian menaiki kereta api ke Malaysia. Untuk pengetahuan anda, perjalanan dari Bangkok ke Malaysia mengambil masa 48 jam. Manakala, perjalanan dari Singapura pula mengambil masa hampir 10 jam.

Jika menggunakan KTM, anda tidak dinasihatkan untuk menaiki kereta api dari negara atau daerah yang lebih jauh. Ini kerana, tempoh perjalanan boleh mengambil masa lebih dari dua hari, dan anda akan cepat rasa bosan dan letih. Walaubagaimanapun, kos perjalanan kereta api dari Singapura ke Thailand adalah rendah dan murah. Secara purata, harga tambang perkhidmatan keretapi adalah diantara INR 600 (MYR33) hingga INR 2700 (MYR150). Walaubagaimanapun, harga tambang ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos menggunakan pengangkutan lain!


Melalui Jalan Raya

Walaupun tidak ada jalan raya yang terus menghubungi India ke Malaysia, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas dari Singapura atau Thailand, jika lebih suka perjalanan darat. Semua bas dari negara-negara ini boleh terus membawa anda ke semenanjung Malaysia. Apabila tiba di Malaysia, anda boleh mengambil teksi untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujui.

Kredit gambar @mawardiyunus

Memandu sendiri kenderaan sewa bukanlah pilihan yang selamat, melainkan anda mempunyai lesen memandu khas antarabangsa. Masa perjalanan adalah lebih kurang 6 jam hingga 10 jam. Tambang untuk seorang penumpang adalah sekitar INR 1000 (MYR55) dan INR 3000 (MYR167). Oleh itu, jika anda lebih selesa dengan perjalanan darat, mod pengangkutan yang paling sesuai adalah dengan menaiki bas. Anda boleh membuat tempahan mudah tiket bas online untuk perjalanan anda.


Melalui Laut

Anda juga boleh membuat perjalanan ke Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan feri dari Indonesia, Sumatera atau Thailand. Perjalanan melalui laut yang paling selesa adalah dengan menggunakan kapal layar mewah. Semenanjung Malaysia dihubungkan dengan laluan-laluan perkhidmatan feri dari Selatan Thailand dan beberapa daerah Sumatera. Sabah dan Brunei pula dihubungkan dengan Mindanao, Timur Kalimantan dan Sarawak. Jika perjalanan anda bermula dari India, anda perlu menggunakan perkhidmatan feri dari salah satu tempat ini. Masa perjalanan adalah lebih kurang 3 jam hingga 4 jam, manakala harga tambang untuk seorang penumpang sekitar INR 15000 (MYR835) hingga INR 25000 (MYR1395).

Kredit gambar @hasifhamsyari

Kesimpulannya, anda boleh sahaja mengunjungi Malaysia melalui beberapa pilihan perjalanan seperti di atas mengikut kesesuaian bajet perjalanan anda.


Bergerak Dari Tempat ke Tempat Lain Setelah Tiba di Malaysia

Di Malaysia, terdapat pelbagai perkhidmatan pengangkutan yang boleh anda gunakan dan tidak menjadi masalah untuk para pelancong bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Laluan rel metro adalah cara paling am untuk perjalanan jarak jauh. Anda boleh menggunakan monorel untuk bergerak melalui pusat-pusat perniagaan atau kebanyakan bandar di Kuala Lumpur. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi, tetapi kaedah ini agak mahal. Manakala, bas adalah pilihan yang lebih murah serta memberi anda peluang untuk menikmati pemandangan desa dan luar bandar semasa perjalanan anda.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post