4 Cara Pergi Ke Chiang Mai Dari Bangkok - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 4 Cara Pergi Ke Chiang Mai Dari Bangkok

Trending

4 Cara Pergi Ke Chiang Mai Dari Bangkok

Hi semua! Dalam sedar tak sedar sudah hampir setahun pandemik Covid-19 melanda. Masih dalam suasana pandemik COVID-19 yang belum sepenuhnya pulih mengakibatkan segala kegiatan terpaksa dihadkan. Salah satu perkara yang Kak Bell rindu sangat nak buat adalah pergi bercuti dan melancong. Buat masa sekarang hanya mampu throwback sahajalah pengalaman bercuti ke destinasi luar negara.


Kalau destinasi di Asia Tenggara, Kak Bell sempatlah melancong ke Indonesia, Thailand, Vietnam dan Australia. Paling banyak ke Indonesia dan pernah ke Bangkok dan Chiang Mai. Jadi untuk kali ini Kak Bell nak berkongsi tentang sedikit pengalaman bercuti ke Chiang Mai dan bagaimana cara pergi ke Chiang Mai dari Bangkok.


Chiang Mai Ibu Kota Kedua Di Wilayah Thailand Utara

Chiang Mai adalah wilayah kedua paling besar di Thailand dan dikenali sebagai ibukota utara atau kota kedua Thailand. Chiang Mai yang bersempadan dengan Myanmar di sebelah utara ini dipenuhi dengan gunung-ganang, ada banyak taman negara seperti Doi Inthanon, Doi Suthep-Pui, Mae Ping, Sri Lanna, Huay Nam Dang, Mae Phang dan Chiang Dao yang boleh dilawati.

Wat Phan Tao

Semasa kunjungan Kak Bell ke Chiang Mai pada Julai 2017, sempatlah mengunjungi kawasan Kota Chiang Mai pada suatu ketika merupakan ibu kota kerajaan Lanna kuno yang lebih dikenali sebagai old city. Di Chiang Mai terdapat lebih dari 500 buah kuil dan Kak Bell dah berpeluang melawat Wat Chedi Luang dan Wat Phra Singh dan seterusnya ke kawasan pergunungan di Doi Inthanon

Wat Phra Singh

Wat Chedi Luang

Di bahagian Utara Thailand ini keadaan suhu dan cuacanya lebih sejuk dan berbeza dengan Bangkok yang lebih panas. Kak Bell cadangkan anda semua untuk bawa baju panas, baju sejuk atau selendang tebal sebab cuaca di Doi Inthanon memang sejuk. Berbeza dengan kota Bangkok, jika anda menginginkan percutian santai dan jauh dari hiruk-pikuk kota, Chiang Mai adalah destinasi yang patut anda kunjungi.


Cara Pergi Ke Chiang Mai Dari Bangkok

Jarak perjalanan ke Chiang Mai dari Bangkok adalah sejauh 700km dan akan mengambil masa lebih kurang 9 hingga ke 13 jam untuk sampai. Cara yang paling murah adalah dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas atau keretapi tetapi akan mengambil masa yang lama untuk sampai. Jika ingin lebih selesa dan menjimatkan masa, anda juga boleh pergi dengan menaiki kapal terbang. Terpulang pada anda untuk memilih cara pergi ke Chiang Mai dari Bangkok mengikut kesesuaian bajet perjalanan anda.

Bergambar di King Chedi, Phra Mahathat Chedi Nophamethanidol

Semasa kunjungan ke Chiang Mai, Kak Bell memilih perjalanan menggunakan khidmat travel agensi menggunakan van pelancong ke Chiang Rai untuk melawat Doi Ithanon National Park, King & Queen's Pagoda dan Wachiratharn Waterfall. Bajet percutian ke Chiang Mai tempohari adalah sekitar RM700. (Klik untuk ketahui itenerary perjalanan percutian ke Chiang Mai). 


Terdapat 4 cara untuk pergi ke Chiang Mai dari Bangkok yang boleh anda pilih mengikut bajet perjalanan anda.

1) Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Bas

Masa Perjalanan : 10 jam 30 minit
Harga tiket: RM102-RM136

Di Bangkok ada 3 terminal bas utama iaitu Sai Tai Mai (Southern Bus Terminal) untuk ke selatan Thai, Mo Chit (Northern Bus Terminal) untuk ke utara Thai dan Ekkamai (Eastern Bus Terminal) untuk ke timur Thai. Anda boleh membeli tiket bas ke Chiang Mai di Bangkok Bus Terminal (Chatuchak) atau Mo Chit Bus Station ataupun boleh dibeli secara online di Bookaway.



Terdapat 6 perjalanan setiap hari dari Bangkok ke Chiang Mai dan anda boleh memilih bas Kelas VIP atau Ekspres mengikut bajet dan keselesaan anda. Terdapat beberapa pilihan syarikat perkhidmatan bas iaitu Bangkok Busline, Khao San Tara Tour atau Sombat Tour dan anda kena pastikan tempat menaiki bas kerana terdapat stesen bas yang berbeza. Apa yang penting, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga ketika menaiki bas di Thailand kerana banyak terdapat kes-kes kecurian dan pickpocket.

Bangkok Bus Terminal (Chatuchak)

Perjalanan bas akan mengambil masa selama 10 jam sebelum tiba di Chiang Mai sama ada di stesen bas Chiang Mai Terminal 2 (Arcade) atau Chiang Mai Terminal 3. Terminal ini adalah berhadapan antara satu sama lain di seberang jalan utama yang membezakannya adalah terminal bas lama dan baru sahaja. Manakala Chiang Mai Bus Terminal 1 hanyalah untuk perjalanan di dalam bandar Chiang Mai sahaja.


2) Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Keretapi

Masa Perjalanan : 13 jam
Harga tiket: RM65-RM226

Untuk perjalanan menggunakan keretapi mengambil masa lebih kurang 13jam. Bagi anda yang ingin menikmati suasana permandangan bolehlah membuat tempahan perjalanan siang. Lebih menguntungkan jika menaiki keretapi pada waktu malam kerana dapat menjimatkan kos hotel apabila anda sampai di Chiang Mai keesokannya.

Wat Rong Khun (White Temple) di Chiang Rai

Terdapat pilihan Kelas Ekonomi, Second Class, and Sleeper. Jika tempahan tiket melalui Bookaway, anda akan disediakan selimut sepanjang perjalanan dan berhawa dingin. Anda akan menaiki keretapi dari Bangkok Hua Lamphong Railway Station (Bangkok Train Station) dan akan turun di Chiangmai Railway Station.


3) Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Minivan/Teksi

Masa Perjalanan : 9 jam
Harga tiket: RM1200-RM1577

Perjalanan dari Bangkok ke Chiang Mai menggunakan Minivan/Teksi adalah pilihan perjalanan yang agak mahal. Jika ke Chiang Mai dalam kumpulan besar (maksimum 9 orang), menaiki minivan dikira lebih selesa berbanding menaiki bas atau keretapi. Walaupun kosnya agak mahal, jika dikongsi sama rata kos per kepala akan jadi lebih murah.

Tha Pae Gate Chiang Mai

Menaiki Songtaew di Old City

Perjalanan dengan minivan pada Kak Bell lebih fleksibel sebab anda boleh berangkat dari mana-mana tempat di Bangkok dan juga boleh turun dimana-mana destinasi pilihan kita di Chiang Mai. Nak berhenti rehat atau ke toilet juga mudah dan boleh sahaja terus beritahu pada pemandu.


4) Bangkok ke Chiang Mai Menggunakan Kapal Terbang

Masa Perjalanan : 1 jam
Harga tiket: RM95-RM880

Pilihan terakhir untuk ke Chiang Mai dengan lebih pantas dari Bangkok tentunya dengan menaiki flight. Terdapat 6 syarikat penerbangan yang boleh anda pilih iaitu THAI AIRWAYS INTERNATIONAL, THAI SMILE, THAI AIRASIA, THAI VIETJET, THAI LION AIR atau NOK AIR. Jadual penerbangan juga banyak sampai 38 penerbangan setiap hari.


Harga tiket akan berjumlah di sekitar RM95 hingga RM880 untuk sehala. Kena pastikan jika terdapat kos tambahan untuk kos bagasi/luggage kerana ianya bergantung kepada polisi syarikat penerbangan yang berkenaan.

Percutian Kak Bell ke Bangkok dan juga Chiang Mai memang menyeronokkan walaupun kepenatan sebab kena menempuh perjalanan yang jauh dan mengambil masa. Memang tak boleh lupa semasa percutian di Bangkok menuju ke Kanchanaburi dengan menaiki tuk-tuk. Lepas mandi air terjun tak payah tukar baju sekejap sahaja baju kering sebab keadaan Bangkok yang panas.

Bor Sang Umbrella Village

Wanita suku Kayan Lahwi (Padaung Longneck Tribe)

Bagi anda semua yang inginkan percutian yang damai dan tenang, bolehlah berkunjung ke Chiang Mai. Jangan lupa semak dahulu pilihan perjalanan dan cara pergi ke Chiang Mai dari Bangkok dan lebih mudah dengan membuat tempahan tiket secara online dengan Bookaway. La gòn kráb!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post