REVIEW NIO Case : Casing Vegan Untuk Wireless Earphones Sudio NIO - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal REVIEW NIO Case : Casing Vegan Untuk Wireless Earphones Sudio NIO

Trending

REVIEW NIO Case : Casing Vegan Untuk Wireless Earphones Sudio NIO

Hi semua! Sebelum ini Kak Bell ada kongsikan tentang fon telinga tanpa wayar iaitu wireless earphones Sudio NIO. Semenjak pelancarannya awal tahun lalu pada 11 Januari 2021 memang Sudio NIO ni jadi peneman setia Kak Bell setiap masa. Ada beberapa lagi jenama wireless earphone Kak Bell ada tetapi Sudio NIO ini lebih kerap Kak Bell gunakan sebab lebih baik dari segi clarity dan bunyi bass. Cuma bunyi volumenya kurang kuat. Untuk Review SUDIO NIO, bolehlah klik pautan ini.


Setelah 5 ke 6 bulan menggunakan Sudio NIO, ianya masih berkualiti baik tetapi bahagian bekas simpanannya sudah calar balar. Mungkin pihak Sudio telah sedia maklum akan hal tersebut, jadi Sudio telah menghasilkan "casing" untuk pengguna Sudio NIO. Bagi menghalang bekas penyimpanan dari kesan calar akibat dari pergeseran, Sudio telah memperkenalkan Nio Case Apple Skin Leather yang bio-degradable dan vegan. Jom baca lebih lanjut jika nak tahu tentang kulit epal yang dijadikan Apple Skin Leather.


Nio Case Casing Vegan, Bio-degradable Yang Diperbuat Dari Kulit Epal!

Casing Nio Case ini diperbuat dari daripada bahan semulajadi iaitu kulit epal dari ladang epal lembah Bolzano yang terletak di Utara Itali oleh pengeluar Paq Vegan Leather di Itali. Kulit epal yang telah dikeringkan, dijadikan serbuk halus terlebih dahulu sebagai bahan asas sebelum dijadikan kulit terbiodegradasi atau vegan leather. Maka terhasillah Nio Case Apple Skin Leather yang unik ini.


"The process of turning discarded apple peels into plant-based, cruelty-free leather creates a beautiful, hypoallergenic, and biodegradable material that fits your style."
"We are excited to be early adopters of this plant-based leather. As a carbon-neutral organization, we are constantly looking for ways to lessen our environmental footprint as a business, while continuing to deliver the highest quality products to our customers.” says Sudio CEO Johan Gawell.

Nio Case Apple Skin Leather ini bukan sahaja cantik bahkan ianya juga hypoallergenic dan bio-degradable, tidak akan memberi masalah kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif dan bahan yang digunakan dalam penghasilannya senang untuk diurai oleh bakteria bagi mengelakkan pencemaran. Casing Sudio Nio ini telah diperakui oleh USDA dan VeganOk sebagai bahan kulit terbiodegradasi terbaik berbanding produk kulit sedia ada.


Review Nio Case Apple Skin Leather

NIO Case ini datang dengan kotak pembungkusan yang lebih kurang sama dengan pakaging SUDIO NIO dengan warna hitam putih. Packagingnya kukuh dan tidak perlu risau tentang kerosakan kotak ketika pembelian dan penghantaran dibuat.


Pada awalnya memang Kak Bell rasa kagum sebab casing NIO ini diperbuat dari kulit vegan daripada kulit epal dan ianya sebijik nampak macam casing yang diperbuat dari kulit asli atau PU leather (polyurethane). Tekstur vegan leather ni juga cantik macam tekstur kulit kebiasaan dan selesa bila dipegang.

Kemasan jahitan sangat kemas dan NIO case ni kukuh dan boleh menyelamatkan SUDIO NIO anda dari kesan calar. Saiz casing NIO juga sangat bersesuaian dengan SUDIO NIO, tidak longgar dan tidak terlalu ketat bila nak masukkan dan keluarkan earphone dari casingnya. 



Terdapat satu tali pengikat yang strech dan durable dijahit pada vegan leather ni sebagai kemasan terakhir untuk penyimpanan Sudio NIO. Memang Kak Bell suka sebab casingnya perfectly fit dengan Sudio Nio tersebut. Buat masa ini hanya ada satu variasi warna untuk NIO case iaitu warna hitam. Mungkin pada masa akan datang, lebih menarik jika pihak Sudio mengeluarkan casing Sudio NIO dengan pelbagai pilihan warna yang lain.


Beli Sudio NIO Dapat Casing NIO Case Percuma!

Bagi peminat gadget yang berminat untuk memiliki Sudio NIO, anda boleh dapatkan Sudio NIO dengan potongan harga 15% dengan kod diskaun dibawah dan akan dapat sekali NIO Case vegan yang eco-friendly ini secara PERCUMA untuk setiap pembelian SUDIO NIO dari 10 Mei hingga 6 Jun 2021 (selagi stok masih ada).


15% OFF CODE: NIOCASE



Penghantaran adalah PERCUMA di Malaysia dan di seluruh dunia serta jaminan 3 tahun dengan Sudio Sphere. 


Boleh layari laman di bawah untuk maklumat lanjut.

Website: SUDIO
Instagram: SUDIO
Facebook : SUDIO SWEDEN
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post