Hi semua! Memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang sesuai untuk kulit
memang amat penting. Kak Bell sendiri pun sangat amat berat tentang ini
sebab pernah ada pengalaman menggunakan produk kosmetik yang tidak sesuai
dan menjejaskan kulit wajah. Keadaan persekitaran di Malaysia yang panas dan
kering juga merupakan antara cabaran bagi sesebuah produk, tambahan pula
dengan keadaan pendemi yang memerlukan penjarakan sosial serta pelbagai
tekanan lain. Paling penting, perlu dipastikan bahawa sebarang produk yang
digunakan pada kulit kita dapat bertahan, serta dapat membuat kita berasa
kekal hebat sebagaimana semasa mula memakainya.
Kali ini Kak Bell hendak berkongsi tentang sebuah jenama kosmetik Indonesia
iaitu Fanbo Cosmetics yang sudah lama bertapak sejak tahun 1968. Kini,
produk ini telah memasuki Malaysia dan jenama ini dibuat khusus bersesuaian
untuk wanita Asia Tenggara. Jadi sekarang, Kak Bell sedang menggunakan
produk Fanbo iaitu set penjagaan wajah Fanbo Precious White dan juga produk
lain seperti bedak muka dan pensel kening.
Fanbo Cosmetik Jenama Nostalgik Yang Masih Kekal Kontemporari
Dengan warisan Fanbo yang menyerlahkan kehebatan setiap wanita supaya tampil
dengan versi yang terbaik diri mereka, produk penjagaan kulit yang mempunyai
reputasi yang baik serta boleh diharap ini kini dibawakan untuk wanita pada
semua peringkat umur. Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk
semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi.
Fanbo kini bersedia untuk menawarkan produk-produk berkualiti kepada wanita
Malaysia, sebagaimana yang sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran
selama berdekad lamanya. Bagaimanapun, ’jenama nostalgik’ ini masih kekal
kontemporari dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan
untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk-produknya mengikuti
perkembangan terkini.
Produk Fanbo Dari Ekstrak Pohon Sakura
Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan
ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya
yang tersendiri. Fanbo membawakan falsafah ini menerusi produk penjagaan
kulit dan kecantikan jenama tersebut, demi memastikan bahawa kaum wanita
mempunyai pilihan yang elegan dan mudah didapati untuk menyerlahkan seri
semula jadi mereka menerusi cara yang mencerminkan alam semula jadi.
Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit. Ianya
menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan,
mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang.
Ia bukan sahaja lembut dan halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan
seri semula jadi kulit anda.
Rangkaian Fanbo Precious White
Precious White
Rangkaian Precious White, semuanya dengan ekstrak Sakura, melembapkan kulit
supaya tampak sihat dan segar. Ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan
kotoran, benda asing, dan mekap dengan mudah, dengan provitamin dan ekstrak
Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.
Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah
digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian anda.
Pancake Powder
Dikaji dan dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit, bedak kompak
ini didatangkan dalam rona kulit tempatan. Tepung jagung menyerap minyak
yang berlebihan pada kulit, dan zink oksida melindungi kulit daripada UVA
dan UVB –ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya
matahari.
Pensel Kening
Untuk membantu anda menyerlahkan kening supaya tampak lebih natural. Produk
yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga
tahan lama.
Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan
melindungi kulit. Produk Fanbo dapat membantu melembapkan kulit dan
melindunginya daripada anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih
untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk,
oleh itu anda tidak perlu memperbaharui solekan anda selepas membersihkan
muka. Fokus produk tersebut adalah untuk membawakan penyediaan dan asas yang
berkualiti supaya anda dapat menyerlahkan gaya semula jadi anda. Formulasi
yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan
perlindungan berjam-jam lamanya.
My Verdict
Sebelum Kak Bell cuba Fanbo Precious White Skincare ini wajah kulit Kak Bell
kadang-kadang ok, adakalanya memang kering terutama di bahagian pelipis pipi
dan di tepi kelopak hidung. Ini semua gara-gara pakai produk yang salah.
Selepas putus stok, terus jadi kering dan tak pernah nak elok. Untuk rutin
harian memang pakai pencuci muka biasa sahaja yang dibeli di pasaraya. Kak
Bell dah gunakan siri penjagaan Fanbo Precious White Skincare ni selama 2
minggu secara rutin yang terdiri dari Milk Cleanser, Facial Foam, Face Toner
dan Moisturizer. Produk Fanbo ni semua packaging dia berwarna pink dan putih.
So far so good, ada perubahan pada kulit muka Kak Bell.
Fanbo Precious White Milk Cleanser
Precious White Milk Cleanser ini membantu menghilangkan kotoran dan sisa
makeup di wajah. Untuk solekan mata, Kak Bell bersihkan dahulu dengan eye
makeup remover sebab kesan solekan mata tak hilang jika Kak Bell hanya terus
gunakan milk cleanser. Tekstur milk cleanser ni agak kental tetapi lembut
dan berwarna putih susu. Cuma apply jumlah secukupnya untuk bersihkan sisa
solekan. Baunya Kak Bell sangat suka dengan wangian bunga sakura. Produk ini
yang mengandung Sakura Essence, Pro Vitamin B3, AHA dan Chamomile Oil memang
membantu memberi kelembaban kulit dan kulit muka tidak terasa melekit. Untuk
first step, cuci muka dengan milk cleansing ni best.
Fanbo Precious White Facial Foam
Selepas cuci muka dengan susu pembersih, langkah kesua cuci dengan pencuci
muka Fanbo Precious White Facial Foam. Untuk pencuci muka Fanbo ni juga
berwarna putih, tetapi bukan putih susu. Teksturnya juga kental dan hanya
sedikit sahaja amaun yang perlu digunakan. Walaunpun sedikit, buih yang
terhasil cukup banyak dan dapat mencuci keseluruhan muka.Bau wanginya juga
sama dengan milk cleanser. Selepas cucian, tiada efek muka tertarik atau
kering. Cuma rasa segar, lembab dan lembut. Precious White Face Wash ini
mengandung extract sakura selain mengandung AHA dan Pro-Vitamin B3.
Fanbo Precious White Face Toner
Setelah selesai langkah mencuci wajah, step mengunakan toner amatlah
penting. Selain membersihkan lagi sisa kotoran, kandungan aktif toner dapat
mengecilkan pori-pori wajah. Tekstur tonernya cair seperti air biasa dan
berwarna putih kosong tanpa warna. Ada sedikit bau wangi tetapi tidak
sewangi milk cleanser dan facial foamnya serta tiada bau alkohol yang kuat.
Selepas pemakaian, tiada rasa efek tegang tetapi wajah akan rasa sedikit
berhaba (tidak cooling sebab non-alkohol).
Precious White Moisturizer
Langkah terakhir yang wajib adalah pelembab muka selain sunscreen. Precious
White Moisturizer mengandung Pro-Vitamin B3, Extract Sakura dan Chamomile
oil sebagai anti-radang. Fanbo Precious White Moisturizer ini sesuai dipakai
semua jenis kulit dan memang membuat kulit muka lebih lembap. Warnanya putih
dan teksturnya tidak terlalu kental seperti milk cleanser dan sangat ringan
bila diratakan ke seluruh wajah. Kak Bell sangat suka sebab pelembapnya
mudah meresap dan baunya tidak terlalu kuat seperti produk lainnya.
Fanbo Gold Compact Powder
Untuk Fanbo Gold Compact Powder ni ada 6 variasi dengan nombor kod 01-Kuning
Pengantin, 02-Natural, 03-Sawo Kencana, 04-Janur Kuning, 05-Kuning Langsat
dan 06-Sawo Matang. Fanbo Gold Pancake dicipta untuk semua jenis kulit dan
Kak Bell sekarang ada variasi kod 01, 04 dan 06.
Corn starch yang digunakan dalam bedak ini memang bantu menyerap minyak yang
berlebihan pada kulit supaya tahan lama tetapi Kak Bell rasa ianya terlalu
ringan untuk wajah Kak Bell. Mungkin Kak Bell dah terbiasa dengan face
powder yang lebih tebal teksturnya. Walaubagaimanapun, compact powder Fando
ni sangat jimat sebab datang dalam isian 20.5g berbanding dengan jenama lain
yang lebih ringan. Packaging dia memang nampak old-fashioned macam zaman
dulu-dulu. Memang nostalgia sangat!
Keseluruhannya, produk Fanbo Precious White series ni bagus dan Kak Bell
suka bila menggunakannya. Tak perlu beli barang mahal-mahal sedangkan ada
produk berpatutan yang setanding. Produk-produk Fanbo boleh didapati di
Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut PGMALL, Shopee and
Lazada.
Website: Fanbo Cosmetics
FB: FanboCosmeticsMY
IG: fanbo.my