Kurangkan Bahaya Rokok Dengan Alternatif Bebas Asap - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kurangkan Bahaya Rokok Dengan Alternatif Bebas Asap

Trending

Kurangkan Bahaya Rokok Dengan Alternatif Bebas Asap

Merokok adalah tabiat yang amat sukar dihentikan bagi seorang perokok tegar. Umum mengetahui terdapatnya kesan buruk merokok kepada organ dalaman seperti hati dan paru-paru. Kesan merokok juga terpalit kepada golongan perokok pasif malahan lebih mendatangkan impak bahaya kepada mereka.

Walaupun sekarang terdapat beberapa pilihan alternatif kepada rokok seperti alat e-rokok, vape, pod, produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran dan sebagainya, adakah telah dilakukan kajian jangka panjang yang cukup tentang kesan rokok alternatif ini terhadap perokok dan juga orang awam? Adakah kesannya sama sahaja dengan penggunaan rokok konvensional?


Berdasarkan informasi yang disokong oleh PMI dalam penulisan artikel ini, berikut merupakan beberapa informasi yang menjelaskan tentang kesan dan kebaikan penggunaan alternatif bebas asap.

Nikotin Bukan Penyebab Penyakit Berkaitan Rokok

Nikotin terdapat secara semula jadi dalam daun tembakau. Nikotin menyebabkan rasa ketagihan tetapi ianya bukan penyebab utama bagi penyakit berkaitan dengan merokok. 

Semasa proses pembakaran tembakau yang mengeluarkan rasa tembakau dan nikotin tersebut, juga terdapat lebih 6,000 bahan kimia turut terhasil dan kira-kira 100 daripadanya telah dikenalpasti sebagai penyebab atau kemungkinan penyebab penyakit yang berkaitan dengan merokok seperti barah paru-paru, penyakit kardiovaskular dan emfisema.


Philip Morris Malaysia Dalam Misi 'Smoke-Free Future'

Penyelidikan dan pembangunan telah dilakukan selama bertahun-tahun sejak 2008 oleh Philip Morris International (PMI) dan Philip Morris Malaysia (PMM) juga komited terhadap penciptaan teknologi alternatif bebas asap dan berhasrat untuk memberi manfaat kesihatan kepada umum dan sebagai alternatif yang kurang berbahaya kepada para perokok. 

Bagi perokok yang masih tidak berhenti merokok, mereka juga berhak mendapatkan alternatif yang lebih baik melalui inovasi penghasilan produk bebas asap yang merupakan alternatif yang lebih baik daripada rokok. Banyak syarikat tembakau lain yang sudah mempunyai produk dalam kategori ini seperti Glo (British American Tobacco), IQOS (Philip Morris International) dan Ploom Tech (Japan Tobacco International).

Sistem Pemanasan Tembakau IQOS Kurangkan Penghasilan Bahan Kimia Berbahaya

Untuk menghentikan tabiat merokok adalah pilihan terbaik bagi perokok tetapi kadangkala ianya tidak berhasil buat sesetengah orang. Hal yang demikian, PMI telah menginovasi IQOS sebagai alternatif yang lebih baik berbanding rokok konvensional bagi perokok yang tidak mahu berhenti merokok.

Dengan IQOS, ia menghasilkan wap yang mengandungi nikotin tanpa proses pembakaran tembakau tetapi cuma dengan memanaskan tembakau. Malah, tahap kandungan bahan kimia adalah jauh lebih rendah dengan menggunakan sistem pemanasan tembakau ini berbanding dengan asap rokok.


Hasil kajian terhadap bahan kimia di dalam aerosol yang dihasilkan melalui produk tembakau yang dipanaskan tanpa pembakaran mendapati wujud penurunan kadar bahan kimia yang cukup signifikan berbanding rokok konvensional.


Berikut di antara beberapa kesan positif terhadap penggunaan alat alternatif bebas asap, khususnya produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran:
  • Tiada kesan negatif terhadap kualiti udara keseluruhan
  • Tahap kandungan bahan kimia yang jauh lebih rendah berbanding dengan asap rokok
  • Potensi mengurangkan risiko penyakit berkaitan merokok
  • Tiada bau busuk asap rokok, tangan tidak berbau
  • Tiada habuk rokok

Alternatif bebas asap memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap kesihatan awam dan juga perokok. Untuk makluman, alat produk bebas asap ini bukannya untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi sebagai langkah bagi mengurangkan kesan buruk rokok.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post