Jom Sertai Pertandingan Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jom Sertai Pertandingan Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom

Trending

Jom Sertai Pertandingan Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom

Hi semua! Hampir tidak sedar bahawa bulan Ramadan hanya berbaki 10 hari lagi. Mesti masing-masing dah mula sibuk dengan persiapan menyambut Hari Raya. Walaupun Syawal semakin hampir, Ramadan pula hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, mesti kita semua sibuk memasak untuk hidangan berbuka dan bersahur. Perkara paling pening nak fikir ialah nak masak apa? Kalau dah payah sangat beli juadah di bazar Ramadan ajelah jawabnya.


Bagi Kak Bell untuk penyediaan hidangan berbuka ataupun sahur, Kak Bell nak sediakan menu yang mudah dan menjimatkan masa, yang penting sangat menyelerakan. Memang malas nak buat hidangan yang remeh-temeh! Untuk lebih mudah Kak Bell selalu juga sediakan makanan ready-to-eat atau makanan sejuk beku. Cuma masuk dalam microwave atau campakkan sahaja dalam air fryer. Mudah bukan?

Untuk memudahkan kerja-kerja memasak anda semua, Kak Bell nak kongsikan satu produk sejuk beku iaitu Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ dan juga info tentang Pertandingan Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom. Nak tahu jom baca lebih lanjut.


Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’

Produk Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ ini merupakan diantara produk sejuk beku keluaran syarikat pemprosesan hasil laut QL Foods Sdn. Bhd. Terdapat lima jenis ‘Crab Stick’ dengan cara masakan yang berbeza antaranya seperti goreng, stimboat, oden, sushi dan lain-lain lagi.


Kak Bell hari ini nak kongsikan satu menu masakan yang sedap dan menjimatkan masa iaitu ketam berlada. Kalau ada yang tak sempat ke pasar untuk membeli ketam, bolehlah gantikan ketam dengan Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ ke dalam masakan anda.


Produk Mushroom Mempunyai Pensijilan Halal JAKIM

Bagi anda yang mempunyai rasa was-was, produk Mushroom telah mendapat pengiktirafan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), dan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).


QL Foods Sdn Bhd juga mempunyai Sistem Pengurusan Halal Dalaman yang diselia oleh Eksekutif Halal yang khusus dan komited untuk memastikan semua produk keluaran daripada syarikat ini mematuhi prosedur halal seperti yang ditetapkan oleh JAKIM. Jadi buat pengguna Muslim, anda boleh gunakan produk Mushroom tanpa rasa ragu.


Pertandingan Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom Dan Menangi Duit Raya RM12,500

Kak Bell nak ajak anda semua untuk menyertai pertandingan Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom. Mana tahu ada rezeki untuk memenangi duit raya berjumlah RM12,500! Cara menyertai sangat mudah.


Langkah-langkah penyertaan seperti yang berikut: 

1. BELI mana-mana produk Mushroom.
2. MASAK menggunakan produk Mushroom.
3. WhatsApp ke 0162800489 berserta: nama penuh, akaun facebook, nama resipi dalam gambar dan senarai resipi.
4. 'LIKE' fanpage QL Mushroom, kongsikan gambar di facebook anda dengan tanda pagar #ResipiRamadanQLMushroom #DuitRayaQLMushroom dalam 'public mode'.


Tempoh peraduan ini bermula dari 11/04/2021 sehingga 16/05/2021. Masih sempat lagi untuk anda semua menyertai pertandingan anjuran QL Mushroom. Pemenang berpeluang untuk memenangi Duit Raya berjumlah RM12,500 yang merupakan pin tambah nilai Touch n’Go tertakluk kepada terma & syarat pertandingan.


Esok Kak Bell nak serbu mana-mana pasaraya terdekat untuk dapatkan produk Mushroom dan sertai pertandingan Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut:
 
Website: QL Foods
FB: QL Mushroom
IG: QL Mushroom

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post