Hi semua! Kak Bell harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat hendaknya.
Pejam celik, pejam celik rupanya sudah setahun kita menghadapai hidup dalam
norma baharu kerana wabak pendemik Covid-19. Gaya hidup dan rutin seharian
juga banyak yang berubah. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
bagi mengawal penularan wabak COVID-19 telah menyaksikan peralihan trend
pengguna dan tabiat membeli-belah baharu dikalangan rakyat Malaysia menerusi
pembelanjaan online e-dagang. Lebih baik kurangkan risiko dan membeli-belah
secara online sahaja.
Setiap orang yang berbelanja pasti mahukan pulangan wang terhadap
perbelanjaan yang dibuat. Kalau boleh memang akan cari barang dengan harga
paling murah dan berbaloi. Rasanya buat kaki online shopping pasti tidak
asing dengan platform 'rebet tunai' atau 'cashback' (aplikasi rebat) kan?. Ya,
membeli-belah atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan secara online,
kemudian dapatkan pulangan tunai setiap kali berbelanja. Biasalah, siapa
saja yang nak rugi kan!
Sekarang ini memang terdapat banyak aplikasi atau platform yang menawarkan
cashback dan seumpanya. Diantara platform cashback popular yang ada
di Malaysia seperti SHOPBACK, OctaPLuS dan rebate Mango atau
Milkadeal Cashback di Singapura. Kali ini Kak Bell nak kongsikan
tentang satu lagi
aplikasi rebat nombor #1 di
Malaysia iaitu Getbats. Pernah dengar tentang Getbats, #1 rebates
platform? Adakah Getbats 'terlebih bagus' berbanding SHOPBACK atau OctaPLus?
Jom teruskan pembacaan anda untuk GETBATS app review.
Getbats merupakan di antara 3 platform online shopping terbaik dan juga
diantara 3 platform rebat tunai terbaik yang ada di Malaysia. Getbats ni
mula dilancarkan pada 9 November 2019 dan kini menjadi salah satu platform
rebat tunai yang semakin diterima ramai di Malaysia. Melalui platform rebat Getbats, peniaga (merchant) dan pengguna kedua-duanya akan dapat pulangan
rebat tunai setiap kali membeli-belah dengan aplikasi Getbats.
In-store Merchants
Online store Merchants
Apabila anda membuat sebarang pembelian atas talian dengan mana-mana
syarikat yang berdaftar dengan Getbats, rebat tunai akan diberikan
berdasarkan peratusan yang telah dipersetujui. Selain pembelian atas talian,
rebat juga boleh diperolehi melalui pembelian offline. Menarik kan?
Anda boleh menempah bilik hotel, membeli pakaian ataupun buku, merancang
perjalanan, membeli makanan dan bermacam-macam lagi kerana terdapat lebih
1000 gedung dan servis atas talian yang berdaftar dengan mereka. Antaranya
ialah Lazada, Zalora, Shopee, PizzaHut, Russell Taylor, Nestle, Agoda,
ezbuy, PGMall, dacsee, MAS, Air Asia,Huawei, HP, Sephora, Nike, Adidas,
KLOOK, Kinokuniya dan lain-lain lagi. Malah, senarai syarikat ini bertambah
saban hari.
Aplikasi Getbats Lagi Best Dari SHOPBACK? OctaPLus?
Sistem rebat melalui Getbats membolehkan pembeli atau peniaga dalam talian
menerima rebat tunai menerusi aplikasi melalui
pembelian online atau offline dan juga menerusi
program affiliate melalui pengenalan referral link kepada pengguna
lain.
Platform rebat tunai paling pintar di Malaysia ini memang berbeza jika
dibandingkankan dengan paltform rebat tunai yang sedia ada. Terdapat 5
perbezaan bagi platform Getbats berbanding platform lain yang sedia ada iaitu:
- Shopping platform secara online + pembelian fizikal (offline)
- Proses pengesahan pendek 1-30 hari
- Tiada tarikh luput, tiada had maksima untuk rebat tunai
- Kaedah pembayaran rebat melalui e-wallet
- Tempoh withdrawal cepat 3-5 hari bekerja
Jika dibandingkan dengan platform cashback lain, Getbats turut memberikan rebat tunai buat pengguna melalui pembelian offline. Tidak kira bila anda membuat perbelanjaan online atau offline, kedua-dua cara akan diberikan pulangan rebat. Selain itu tempoh pengesahan rebat hanya mengambil masa maksimum 30 hari berbanding platform lain yang mengambil masa sehingga 120 hari! Tempoh masa untuk withdrawal pun cepat hanya dalam masa kurang seminggu (3-5 hari bekerja) berbanding platform lain yang mengambil masa 7-14 hari bekerja.
Dari ciri-ciri tadi, memang nampak perbezaan yang platform Getbats lagi best dan memudahkan pengguna. Getbats gunakan e-wallet untuk transaksi. Mungkin untuk kaedah pembayaran kebanyakkan
pengguna lebih sukakan kaedah pembayaran terus ke dalam akaun bank
berbanding e-wallet tetapi ianya masih praktikal. Pada Kak Bell menarik juga
kaedah pembayaran dibuat secara e-wallet, lebih mudah dan cepat. Buat
masa ini pembayaran rebat boleh ditebus ke aplikasi Boost dan masih dalam
proses bagi aplikasi Grab dan TouchnGo.
Dapat bonus register MYR0.68 sen
Pengguna paltform Getbats juga akan ditawarkan dengan pelbagai promosi
terbaru yang akan pop-up semasa login di aplikasi. Selain itu juga ada Touch
To Surprise dan Lucky Draw. Anda hanya perlu sentiasa semak di aplikasi
setiap hari untuk dapatkan sebarang tawaran dan promosi istimewa dari
merchant yang terlibat.
Tawaran promosi dikemaskini setiap hari
Jika ada pertanyaan atau ada isu teknikal, di platform Getbats ada robot
24/7 AI Customer Service nama Wink-Wink. Kalau nak chat dengan
Live Agent hanya pada hari Isnin-Jumaat, 9AM ke 6PM sahaja. Semua
data yang dimasukkan untuk bantuan adalah dibawah akta Personal Data
Protection Act 2010 (PDPA), jadi tak perlu risau.
Tiada Had Dan Tiada Tarikh Luput Bagi Jumlah Rebat Tunai
Salah satu perbezaan yang paling menarik pada Getbats berbanding aplikasi
lain seperti Shopback atau OctaPlus,
tiada tarikh luput untuk nilai rebat tunai yang telah dikumpul.
Memang agak melecehkan kalau ada tarikh luput seperti kebanyakkan aplikasi.
Kalau Kak Bell memang sentiasa sahaja segala points atau rebat hangus sebab
tak pakai. Iyalah kadangkala sampai lupa nak semak berapa banyak dah kumpul
rebat point, tahu-tahu je dah sampai tarikh luput.
Jadi, pengguna Getbats boleh kumpul sebanyak mana jumlah rebat tanpa had dan
boleh withdraw bila-bila masa sahaja ikut kehendak masing-masing.
Medium pembayaran (payment gateway) untuk platform Getbats juga adalah pelbagai. Pengguna boleh membuat transaksi melalui internet banking (FPX), easy payment plan, pembayaran melalui kad debit/kad kredit dan juga E-wallet.
Payment Gateway Partners
Selain memperolehi rebat dari pembelian yang dibuat, pengguna juga akan
dapat lebih ganjaran melalui referral link sekiranya anda berjaya merujuk
rakan anda untuk turut menggunakan Getbats. Malah, anda juga akan menerima
wang bonus permulaan kerana mendaftar dan terima rebat jika rakan atau ahli
keluarga membuat pembelian melalui Getbats!
Kak Bell pun dah mula muat turun aplikasi Getbats serta dah bersedia nak
kumpulkan rebat tunai. Baru sahaja register dah dapat welcome cashback
sebanyak MYR0.68 sen. Siapa nak bagi kan?
KLIK Untuk
REGISTER
Pada Kak Bell tak rugi pun bila anda semua gunakan aplikasi Getbats ni. Dah
alang-alang shopping online, buka sahaja Getbats dan confirm dapat ganjaran
balik. Nanti korang boleh browse pada aplikasi untuk semak merchant mana yang
ada di bahagian online store atau in store. Nak lebih untung, semak peniaga yang sedang buat tawaran rebat pulangan paling tinggi.
Getbats boleh dilayari samada melalui komputer peribadi ataupun telefon
pintar dan available untuk muat turun di GooglePlay. Jadi apalagi, jom muat
turun aplikasi GETBATS dan dapatkan rebat tunai secara online mahupun
offline!
GETBATS website
Facebook GETBATS
IG GETBATS