Hi semua! Siapa yang tak kenal dengan jenama barangan kemas tempatan
popular HABIB Jewels. Buat julung kalinya, HABIB tampil dengan kelainan
untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lagu dan video muzik raya khas
bertajuk, 'Irama Aidilfitri'. HABIB merupakan jenama barangan kemas yang
pertama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu dan video muzik
raya.
Pelancaran lagu Irama Aidilfitri dan Video Muzik Raya HABIB yang pertama
telah pun dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer
Habib bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin di
EQ Hotel Kuala Lumpur, pada 27 April 2021.
Majlis ini turut dimeriahkan oleh selebriti-selebriti terkemuka tanah air
seperti Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Bunga Isme dan ramai lagi.
Lagu Raya HABIB Berkonsepkan Retro Moden
Penggubahan lagu dan video muzik raya ini bertujuan untuk membangkitkan
emosi nostalgia raya dengan suasana yang meriah di samping orang yang
tersayang. HABIB berharap lagu ini dapat mengubati rindu kampung halaman
terutamanya bagi mereka yang tidak dapat menyambutAidilfitri bersama
keluarga pada tahun lalu.
Lagu raya HABIB bertajuk Irama Aidilfitri selari dengan tema Kempen Rantaian
Kasih HABIB pada tahun ini iaitu Irama Aidilfitri berkonsepkan Retro Moden
dengan elemen warna-warni, melambangkan keceriaan sambutan Aidilfitri.
Penggambaran video muzik diadakan di rumah tradisional yang mempunyai elemen
retro selaras dengan tema. Tema ini juga konsisten dengan risalah, wafer
emas dan juga sampul raya HABIB tahun ini.
Lagu 'Irama Aidilfitri' HABIB digubah oleh komposer dan penyanyi terkenal,
Awi Rafael yang juga terlibat dalam penghasilan video muzik ini melalui
agensi muzik beliau iaitu Newsantara Music. Lagu dan video muzik ini
menggabungkan barisan penyanyi tempatan: Ning Baizura - penyanyi 'soul
tanahair yang terkemuka; Ismail Izzani - pelakon, penyanyi, penulis lagu;
Tiz Zaqyah - pelakon yang terkenal; Julia Farhana Marin -pelakon dan
penyanyi; Bunga Isme pelakon dan penyanyi rap. Penyanyi-penyanyi muda
dibawah naungan Newsantara turut terlibat. Penampilan khas Rozita Che Wan
dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB dan juga Echa dan Naailah,
hos LIVE HABIB turut meriahkan video muzik ini.
Tanda Penghargaan HABIB Terhadap Artis & Industri Seni Tempatan
Lagu dan video muzik ini adalah hasil kolaborasi HABIB dengan syarikat
tempatan Newsantara. Pengasas Newsantara, Alfian Basir dan Awi Rafael, yang
giat mengasah bakat anak-anak seni tanah air. Kolaborasi ini merupakan
sesuatu yang sangat istimewa dan unik. HABIB dan Newsantara adalah dua
industri yang berbeza tetapi terdapat persamaan yang ketara. Kedua-dua
menitikberatkan karya seni kreatif. Kolaborasi ini juga adalah tanda
penghargaan dan sokongan terhadap industri seni tempatan selaras dengan
slogan #sokonglokal HABIB.
Sinonim dengan slogan HABIB, 'The Gift of Happiness', sudah pasti ramai yang
tahu, pelanggan selalunya membeli barangan kemas sempena dengan sesuatu yang
istimewa, seperti; pertunangan, perkhahwinan, hari jadi dan sebagainya
dimana ia membawa kebahagiaan kepadaseseorang. Persamaan ini selaras dengan
penghasilan muzik yang turut dapat membangkitkan emosi kepada penggemar
muzik. Maka, persamaan ketara ini mendorong HABIB untuk menerbitkan muzik
dan video muzik raya pada tahun ini.
'Ananas' Versi 'Grande' Koleksi Eksklusif Raya HABIB Tahun 2021
Sewaktu majlis pelancaran, para penyanyi dan selebriti mempersembahkan
'Irama Aidilfitri' secara LIVE dan memadankan Koleksi Eksklusif Raya HABIB
yang terdiri daripada HABIB Oro Italia 916®, berlian dan batu permata.
Koleksi 'Grande' HABIB Oro Italia 916® yang dipakai Che Ta pada tahun lepas
mendapat sambutan yang sangat hangat.
Oleh itu, tahun ini HABIB mengeluarkan koleksi baru yang dinamakan 'Ananas'
iaitu versi 'Grande' yang telah diperbaharui. Koleksi berlian pula tampil
dengan pelbagai rantai panjang dan loket besar dengan motif bunga-bungaan
serta set gelang tangan dan cincin.
Majlis diakhiri dengan nyanyian nasyid oleh Awi dan penyanyi Newsantara
sebelum berbuka puasa dengan patuhan SOP yang ketat.
Muzik Video Irama Aidilfitri LIVE!
Lagu Astaghfirullah Oleh Mya Harry & Awi Rafael
'Irama Aidilfitri' diterbitkan oleh Newsantara Music dengan kerjasama
Believe Music selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar
digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music
bermula 27 April 2021. Video muzik 'Irama Aidilfitri' boleh ditonton di
saluran Youtube Habib Jewels bermula 27 April 2021.
Website: Habis Jewel
IG: Habis Jewel Official